Azrin dan Kak Eka Fahara juga ada tagged saya. Tag kali ini... adalah mengeluarkan segala harta benda yg tersimpan dalam purse/handbag utk tatapan umum! Ish... ish... bahaya tag ni! Serupa macam buat deklarasi depan kastam airport pulak dah!! Ianya juga satu bentuk pencerobohan hak persendirian! Haha. Oklah... saya cuba menyahut cabaran tag ini.
And this is it!! Photo taken as at this morning...
1) Kunci rumah saya & rumah mak
2)Kunci ofis & kereta ofis
3) Kunci Pug
4)Access card rumah & ofis
5)Discount voucher Spa (tapi masih belum berkesempatan utk ber'spa'!)
6) 2 tiket concert 'Lelaki Ini Anuar Zain' (concertnya minggu lepas... tapi tiket tak keluar2 lagi dari handbag! Teruk betul!)
7)Incanto Heaven
8)Strepsils & Uphamol 650 (utk sakit tekak & pening kepala!)
9) Thumbdrive
10) Pen
11) Handphone yg sudah banyak kali jatuh terhempas!
12) Extra battery utk handphone (kan kaki bergayut... satu bateri tak pernah cukup!)
13) Compact powder
14) Lipstick
15) Sepeket tisu
16) Purse yg padat dan sendat dgn segala jenis kad, lesen, IC, duit yg tak seberapa, resit-resit pembelian barangan yg entah apa-apa, gambar AHA masa 6 tahun, gambar papa AHA masa 21 tahun! Haha
Secara umumnya, inilah barangan standard saya. Tetapi ianya bergantung juga kepada saiz handbag yang dibawa, tujuan perjalanan dan destinasi yg dituju! Ianya mungkin kurang muatan atau lebih muatan... mengikut kesesuaian dan keperluan! Kalau handbag besar yg saya selalu bwk utk bercuti... akan ada novel yg sedang dibaca, telekung dan camera. Tapi kalau handbag saya yg kecil & comel yg selalu saya bawak pergi pasar... cuma purse dan handphone saje.
Sekian terima kasih! Saya tak nak tag orang lain... sebab dah ramai pun menjawab tag ini sebelum saya...
No comments:
Post a Comment