TOP 20 JUALAN ALAF
JAN-MAC 2009
KATEGORI NOVEL
1. MIKHAIL - Ramlee Awang Murshid
2. MULANYA SATU CINTA -Rose Harissa
3. CINTA DUA JIWA-Rania Firdaus
4.TARIKH LUPUT CINTA-Lynn Dayana
5.HORIZON CINTA-Umi Azrini
6.MENANTI KHALIDAH-Ana Balqis
7.SETULUS HATI-Rosita Abd Wahab
8.SELAGI ADA DIA-Aisya Sofea
9.SERIBU KALI SAYANG-Anis Ayuni
10.MENITI MAUT-Eyman Hykal
11.ZIKIR RINDU-Azizi Hj Abdullah
12.HIJAB SANG PENCINTA-Ramlee Awang Murshid
13.AKHIR YANG INDAH-Azah Khalida
14.SETEGUH CINTA-Durrah Fatiha
15.MANTERA HITAM-Serunai Faqir
16.TERNYATA CINTA-Damya Hanna
17.HIKMAH HATI-Maszlee Malik
18.LAMAN RINDU-Hasreeyati Ramli
19.SAAT KAU HADIR-Laila Kamilia20.KENANGAN TERINDAH-Hezzy Azra
~ Sumber Alaf 21 ~
Tajuk entry pun dah memeningkan, ye tak? Hehe
Syukur Alhamdulillah… Kenangan Terindah(KT) sudah diulang cetak untuk kali kedua! Dua minggu lepas, saya ke pejabat ALAF dan membawa pulang complimentary copies. Saya syukur dan seronok sangat kerana inilah kali pertama novel saya diulang cetak. Novel sulung saya, Melodi Kasih (MK) masih cetakan pertama, dan bila KT sudah masuk cetakan kedua, memang saya excited terlebih!
May be, it’s not a big deal to some people… eleh…baru dua kali… bukannya 20 kali!! Tapi KT pernah menduduki tangga ke 20 dalam senarai TOP 20 JUALAN ALAF KATEGORI NOVEL JANUARI – MAC 2009. Ini pun dah cukup baik untuk penulis kecil-kecilan macam saya. Personal achievement!
Ada ke kenangan terindah semasa menulis KT?
Hmm… well… Saya menulis manuskripnya tanpa tajuk sehinggalah ke hari saya print untuk hantar ke ALAF, baru menggagau fikir tajuknya. Tajuk ‘Kenangan Terindah’ bukan tajuk asal. Saya pun dah tak ingat tajuk apa saya bagi… macam-macam! Sepanjang saya menulisnya, saya hanya menamakan file tersebut sebagai ‘My Stories’. Hehe… macam composition zaman sekolah rendah la pulak!
KT dirombak lebih daripada 7 kali sebelum dihantar ke editor sebagai draft terakhir! Kalau tengok dalam lap top saya… macam2 versi KT ada. Ada versi bulan Januari, Februari, Mac, September, Oktober… ikut musim kot! Musim sejuk, musim luruh, musim hujan… haha. Sebab tu agaknya cinta si Ridzwan pun bermusim-musim… hehe.
Saya juga pernah tak tidur selama 24 jam merombak KT. Semua gara-gara nak mencelarukan jiwa Regina! Haha… nak kasi Regina tension… supaya reader pun turun tension dengan dia! Lepas menulis tentang Regina… saya pulak yang tension sebab tak cukup tidur. Berjalan pun rasa melayang-layang aje badan… tak dapat nak recover tidur secukupnya, tetiba dah masuk hari Isnin… kena pergi kerja! Adus…
Bila menulis tentang Akmal… I really had fun! Watak Akmal yang cool dan kelakar tu merupakan inspirasi daripada beberapa perwatakan lelaki2 di keliling saya. Sebab tu, bila husband saya baca draft KT… dia tanya saya “Macam familiar aje ayat ni?” Sendiri tahu la, kan! Haha.
“That’s the trick, you see! If you want to get someone’s attention, you must be able to get in her family’s good books first. Kata orang tua-tua, kalau nak pikat si gadis, kena pikat keluarganya dulu!” Dialog Akmal yang satu ni, memang original!!
Marisa? Hmm… watak yang agak dekat dengan saya. Sama macam watak Zaha dalam MK. Kalau Zaha saya keraskan hatinya, saya tinggikan lagi egonya, tapi bila tiba Marisa… saya lembutkan sikit hatinya, saya rendahkan lagi egonya. Kalau Zaha, saya enjoy dengan watak dia yang ‘kerek’ tu… dan Marisa, saya enjoy bila dia suka main ‘tarik-tali’ dengan Akmal.
Sebagai rumusannya, I was enjoying myself while writing KT… sambil bertemankan lagu Dealova (Once), Sahabat, Kekasih, Teman (Aishah), Gemilang & Kita Bersama (Sheila Majid), Ketulusan Hati (Anuar Zain) dan Ready Or Not (After 7) Dan ketahuilah bahawasanya, saya TIDAK LANGSUNG mendengar lagu KENANGAN TERINDAH (Samson) sepanjang menulis Kenangan Terindah! Sudahnya, itu pulak tajuk novel saya! Hmm…
Walaupun KT menuntut lebih banyak mainan emosi dalaman berbanding MK… tapi menghasilkannya memang satu kenangan terindah!
Terima kasih kepada semua pembaca budiman yang sudah menerokai KT hingga ke muka surat terakhir dan menerima karya saya itu seadanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...
6 comments:
Bilakah kenangan terindah kita ?
Hahahahaha ..... Pokcik musti jeles !
Abang Long,
Kenangan terindah kita masa pesta buku sambil mulut kudap2 makan kerepek! Kalau pokcik jeles... saya tak bertanggungjawab ye? Abang long jawab aarr... Hahaha
Salam Hezzy.
tahniah kerana KT berada dlm carta top 20.
tapi sy lebih suka MK kerana ianya lebih 'melekat' di jiwa saya. hehehe..
Salam nacha,
Terima kasih atas ucapan tahniah.
Sebagai 'ibu' yg melahirkan MK dan KT, kedua-duanya saya sayang biarpun ada keistimewaan dan kelemahan masing-masing. Dan semua pembaca ada pilihan utk memilih yg mana ingin diletakkan di dalam carta :)
Apa2 pun terima kasih krn 'melekatkan' MK di jiwa anda... i really appreaciate it.
salam kak..
saya berkesempatanlah membaca beberapa karya kak semasa berada di DBPWT sblm nie...diharap kak dapat mencetuskan idea-idea baru ke dalam bidang penulisan kite pada masa ini.sekalung tahniah untuk kak
Salam memoribilia,
Terima kasih krn sudi membaca karya akak yg tak seberapa tu. InsyaALLAH, akak akan cuba memperbaiki lagi penulisan utk idea2 yang baru dan segar!
Post a Comment