CBN Class of '90... berjumpa lagi pada hari Ahad lepas. First gathering for the year 2010. Bila saya cakap kat husband yg kami nak lepak-lepak... dia cuma kata"Pergi la, yang..." Dh give up la tu! Sesungguhnya dia sedar, isterinya memang suka melepak! Hahaha.
Tuesday, January 26, 2010
Jumpa-jumpa dan makan-makan...
CBN Class of '90... berjumpa lagi pada hari Ahad lepas. First gathering for the year 2010. Bila saya cakap kat husband yg kami nak lepak-lepak... dia cuma kata"Pergi la, yang..." Dh give up la tu! Sesungguhnya dia sedar, isterinya memang suka melepak! Hahaha.
Friday, January 15, 2010
Our 10 + 10 years together...
Sepanjang 10 tahun berkawan dan 10 tahun berkahwin, macam-macam soalan yang selalu dan pernah ditanya kepada saya (dan mungkin juga dia) tentang relationship kami ni. Ini adalah antara soalan-soalan yang saya masih ingat. Dan sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10 pada hari ini (15 January), inilah jawapan yang sejujurnya! Hehe
Q: Macam mana boleh berkenalan?
A: Cerita tahun 1990! Alaa… zaman terkinja-kinja dan gedik dulu! Yeah, it was all because of that dunkin’ booth thing!!
Q: Lepas tu terus bercinta?
A: Oh tak… masa tu dia tengah buat A-Level… so dia tak pandang budak form 5 yang hitam berkilat dan kurus kering macam saya! Hehe.
Q: Habis tu, macam mana boleh bercinta?
A: In February 1993. After we had 5 hours of discussion… membincangkan secara terperinci soal kewangan, pelajaran, masa depan dan hala tuju hubungan ini! Waahh… Can’t believe it… we actually gone to that extent of having a serious discussion!
Q: 3 tahun berkawan… 7 tahun bercinta… kenapa lambat sangat nak kahwin?
A: Sebab tak cukup fulus… masa tu recession time! Haha
Q: Apasal you pilih dia sebagai husband… banding dengan kawan-kawan lelaki you yang lain? Dan kenapa dia pilih you dalam ramai-ramai perempuan?
A: You see… I always wanted a husband who drives a sports car! And he was looking for ‘not a typical lady driver’ … with a valid driving license (bukan lesen terbang atau lesen kopi ‘o’) to be his wife! That makes us a couple! Hehe.
Q: Dia put on weight sejak kahwin… selalu masak sedap-sedap untuk dia ke?
A: No lah… we just know where to get the good food!
Q: Rasa-rasanya lah kan, apasal dia nak kahwin dengan awak?
A: Sebab dia ingat saya pandai masak macam mak saya! Haha
Q: What do you guys see in each other?
A: I see him as my legal advisor … and he sees me as his financial controller!
Q: What is it about him that you like most?
A: Dia rajin kemas rumah dan cuci kereta! Hehe
Q: How did you guys keep this relationship for almost 20 years?
A: With lots of hard work and great effort! Huhu
The 10 year old wedding rings
On the day we got married...
10 years after we got married...
She gives me love, love, love, love, crazy love
He gives me love, love, love, love, crazy love
I need her/his love, love, love, love, crazy love
Crazy love, crazy love, crazy love
(Lately asyik dengar CD Crazy Love Michael Buble. Ni tukar sikit lirik lagu pernah dinyanyikan oleh Aaron Neville ni…)
On a serious note: Alhamdulillah... rezeki kami untuk bersama masih ada sehingga ke hari ini. Kami masih saling memerlukan. Kami masih boleh menghargai kelebihan dan kebaikan diri masing-masing. Masih menerima kelemahan dan keburukan masing-masing tanpa banyak rungutan. Really, it's not an easy job... I must say that. Nothing comes easy in this world... anyway! But somehow we managed to go thru. Nobody is perfect and you cant have everything in life. So based on that fact, we are trying hard to make the best out of what we have now. Setiap hubungan mesti ada turun naik, suka duka... oh well, that is what life is all about. We had fun, we also had tears... that is the beauty in a relationship!
Dan doa saya seperti selalu... semoga ALLAH permudahkan urusan kami untuk melalui hari-hari yang mendatang supaya kami boleh menyambut ulangtahun perkahwinan yang seterusnya... Amin...
Tuesday, January 12, 2010
Kembara
Kereta Kembara ni bukanlah best sangat pun… tapi saya suka sebab ianya senang dan sesuai untuk town driving… easy to maneuver. Ianya sudah bersama saya sejak June 2007. Banyak jasanya kepada saya ketika susah dan senang. Masa Putra saya hilang dulu... kereta inilah yang jadi back-up plan masa tu. Waktu nak pindah hujung tahun 2007… Kembara ni la kenderaan yang digunakan untuk angkut barang berulang-alik dari DD ke KD. Selain daripada itu, kereta ini juga digunakan untuk tujuan tailing & trailing kereta lain! Haha. Kembara ini jugalah sedikit sebanyak memberi inspirasi semasa menulis manuskrip ketiga saya. Kesimpulannya… banyak kenangan dengan Kembara ni… (termasuk tingkap sebelah penumpang yang tak boleh diturunkan langsung sejak setahun yang lalu! Haha)
Dan sesudah bersamanya selama dua tahun dan tujuh bulan… akhirnya saya terpaksa berpisah juga dengan dia beberapa hari lagi. Sedih ke saya? Well… sedih jugaklah sebab saya sudah sampai ke tahap… very attached to the car. Kembara ni pun macam dah jadi trade-mark saya pulak… (termasuk parking lotnya! Hehe) Walaupun saya bukan pemandu yang pertama memandunya… tapi mungkin saya pemandu yang paling lama!
But what to do… mungkin ‘perpisahan’ ini terbaik untuk semua pihak… let’s just hope for the best! InsyaALLAH…
Monday, January 04, 2010
Lega...
Lepas ni, nak touch-up sikit-sikit lagi, check spelling… bila betul-betul dah puas hati, baru saya hantar kpd editor.
Rasa beban kerja saya sudah selesai. Kerana manuskrip ini paling letih utk menghabiskannya. Ianya memakan masa paling lama utk saya siapkan. Bayangkan… saya mula menulis pada September 2008 hingga Januari 2010 baru habis… 1 tahun 4 bulan!! Mak ooii… lama betui!! Jauh berbeza dgn MK yg hanya memakan masa 5 bulan dan KT pula 6 bulan.
Can’t blame anyone for this delay. Semuanya salah diri sendiri! Selain daripada kekangan masa dan ada ketika, kekangan idea, saya juga pernah berhenti menulis selama lebih 3 bulan. Atas alasan… penyakit malas menjadi-jadi! Hehe… teruk betul!
Bila dah rajin semula, saya cuma dapat menulis satu minggu satu bab. Macam driving 50km/j… Oh… tat is very bad!! Saya cuba speed up… target saya, 1 bab maximum 2 hari. Jaga seawal pukul 4 pagi untuk menulis atau bersengkang mata tak tidur sepanjang malam Ahad. Mula-mula menjadi jugak strategi saya tu. Tapi lambat-laun… gone case!! Saya penat… kerana di kerja ofis pula makin bertimbun.
Itu tak termasuk bila berlakunya hari kelepasan am atau sebarang cuti yang memaksa saya turut ‘bercuti’ daripada menulis. Hah… cuti anniversary, cuti honeymoon, cuti sakit saya masuk hospital, cuti sakit AHA masuk hospital, cuti raya, cuti sepupu kahwin, cuti-cuti Malaysia!! At the end… baru tersedar yg saya sudah jauh tersasar dari the original target date!!
Semasa cuti sekolah ni, barulah saya berpeluang pulun habis-habisan. Bersaing secara sihat dgn Lynn Dayana yg sedang menulis novel ke 4-nya. Kami akan berSMS setiap kali berganjak mukasurat. At one point, she was way behind me. Kemudian, dia semakin menghampiri. Tup… tup… saya kalah di saat-saat terakhir!!! Dia dah siap hantar… saya masih menulis bab-bab penutup!! Adus… terus betul saya ni! Apa-apa pun tahniah pada dia… di atas kejayaan dan semangat juang yg tinggi!
Fuh... lega!! Now, it’s time to take a short break and take a deep breath. Lupakan sekejap bunyi ngauman ‘the blue car’, keharuman roti kismis dan mihun sup, roll cage dan parking lot! Hehe.
Sempena ‘kejayaan’ saya menulis perkataan ‘TAMAT’… I gave myself a treat. Pergi melepaskan lelah sekejap di PD & Melaka hujung minggu baru-baru ni.
Argh… boringnya… lagi-lagi PD… asyik-asyik Melaka. Ye laa.. terasa nak tengok laut… kira PD antara yang dekat. Terasa nak makan ikan bakar… Umbai atau Alai pilihan tepat! Hmm…. and tat reminds me of Zaha-Fariq dlm MK… makan ikan bakar kat Umbai! Hehe
After this, time to generate the mind again... kena fikirkan novel seterusnya. Nak buat cerita pasal apa pulal? Love story, again... huh? Kalau kisah 'chenta', apa konfliknya? Siapa pula yang akan jadi 'mangsa' untuk inspirasi hero saya kali ni??? Hmm...
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...