Wednesday, June 30, 2010

Antara World Cup, Countdown CTB & MOU...

World Cup
Sudah 20 hari berlangsungnya World Cup. Kegilaan saya menonton World Cup rupanya masih ada… Cuma sedikit berkurangan berbanding masa muda2 dulu. 20 years back… saya lagi kemaruk rasanya. Sanggup berjaga hingga pagi dan tersenggut di dalam kelas! Nasib baik saya pass jugak SPM dulu… merasa jugak dapat gred 1…hehe.

Not to say tat I watch every single game… tetapi setakat ni, byk jugaklah game yg saya tengok. Kalau tidak full time pun, half time saya menghadap tv jugak. Kalau ‘ter’missed sbb tertidur… first thing in the morning, tengok highlight of each game di Astro. Watching the goals can be very entertaining for me… sebab tu aktiviti menulis pun ditolak ke tepi!! Hehe. Mujur World Cup ni sebulan aje… dan tinggal lebih kurang 2 minggu saje lagi saya perlu mengikuti perkembangannya.

Countdown CTB
Ye… penantian saya yg sudah berbulan… kemudian bertukar kepada berminggu dan kini, InsyaALLAH… CTB akan berada di pasaran beberapa hari sahaja lagi. ALHAMDULILLAH. Harap segalanya berjalan lancar dan CTB BAKAL menemui anda spt yg dijadualkan. MUNGKIN dlm pertengahan bulan Julai… InsyaALLAH.
Kepada semua pembaca budiman, sekiranya anda sudi, marilah mengira jam dan minit bersama-sama saya bermula dari hari ini… 5, 4, 3, 2, 1 and now!!! Hehehe

MOU
Pada hari Jumaat lepas bersamaan 25 Jun, entah macam mana, tetiba saya sudah ‘terjebakkan’ diri dalam perjanjian MOU dgn Lynn Dayana untuk menyiapkan manuskrip terbaru dalam masa 6 bulan… Iaitu bermula 1 July 2010 hingga 1 December 2010!!
What??? A manuscript in 6 months?? I must be out of my mind!!

Secara jujurnya, I want to write with pleasure… not under pressure. Walaupun saya pernah membuktikan yg MK berjaya disiapkan dalam tempoh 6 bulan... tetapi saya menulisnya dengan relax dan santai tanpa mengira hari mahupun bulan. Bila siap… baru saya perasan… oh ok… I’ve made it in 6 mths… waahhh… good for me! Hehehe.

Saya tidak suka didesak dan berada dalam keadaan terdesak. Saya tidak suka menulis sambil mengejar dan dikejar oleh masa… sebab saya tahu, kualitinya akan sedikit terjejas kerana saya asyik kena tengok jam dan calendar saje! Haha… wat a lame excuse, eh?
Yeah, you can call me a boring person… not adventurous enough… tak kuat semangat… jiwa tak kental… tak konsisten… lemah menyahut cabaran… atau apa saje yg seangkatan dengan maksud negative itu… but somehow, I prefer to write in my own sweet time and at my own space and pace. Biarpun lama… asalkan saya betul-betul berpuashati dengan hasilnya.

Saya sedar kemampuan diri dan tahap keupayaan, idea saya bukan datang mencurah-curah sepanjang masa. Rutin hidup saya bukan menulis manuskrip semata-mata. Saya perlu lebih byk membaca dan bercakap/berbual/merapu untuk menjana ilham. Saya juga tidak punya byk masa yg terluang untuk menulis (unless I wake up at 4 am every morning!!)

Tetapi memandangkan perjanjian sudah dimaterai dengan Lynn… ya, saya akan CUBA menyiapkan manuskrip terbaru ini dalam tempoh yg ditetapkan.

harus buat own target…
harus tukar strategi menulis…
harus perah otak lebih sikit…
harus membuang rasa malas…
harus mengabaikan kantuk…
harus kurangkan masa santai…
harus jauhkan diri daripada gathering dgn kawan2 kecuali dgn ahli keluarga…
harus kerap berkata “mama tgh buat kerja ni… you do your own homework. If you want anything, go and ask papa!” kepada AHA…
in order to make the ‘6 months’ a reality!!

Can that be done easily???

6 comments:

Durrah Fatiha said...

Salam Hezzy,
Wow! Bersemangat sungguh nampaknya adik akak ni...
Semoga berjaya!!

Hezzy Azra... said...

Salam Kak Durrah,
Thank u, kak. Saya tak la bersemanagat sgt... Lynn tu yg terlebih semangat.. hehe

HanaHideaki said...

gud luck akak...:)

Hezzy Azra... said...

Thanks Hana!! Tgh pressure nih... hu hu

HanaHideaki said...

ilek kak..kna cool sentiasa baru la idea tu datang..hahaha...bg tips mcm dia penah buat aje...ngeh3...

Hezzy Azra... said...

Hana, hahaha... betul la tu, kena cool sentiasa... tgk world cup... baru idea dtg... hehe

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...