“Nama you?” soal Larra. Di dalam hati, melonjak rasa ingin tahu nama sebenar si pemandu Subaru Impreza itu. Memang sudah lama dia menanti peluang untuk mengetahuinya. Jari-jemari juga bagai sudah tidak sabar-sabar di atas papan kekunci untuk menaip nama yang bakal didengar.
“Shaq...”
“S-H-A-R-K?” Spontan Larra bertanya sambil mengeja. Terhenti jari-jemarinya untuk menaip walaupun satu huruf. Berkerut dahinya mendengar. Muka ‘Shark’ ditatap dengan perasaan pelik, hairan dan terkejut. Banyak-banyak nama, ini nama kau? Alahai...
“Bukan S-H-A-R-K... tapi S-H-A-Q.” Dia juga turut mengeja namanya setelah menangkap riak muka Larra yang agak terkejut.
“Opps... sorry!” Larra memohon maaf. Tersedar yang tindakannya mengeja dan ekspresi mukanya sebentar tadi mungkin tidak begitu menyenangkan hati Shaq.
“Ejaan saja yang lain... tapi bunyinya sama.” Shaq cuba mengusir rasa bersalah Larra dengan senyuman. Bukan sesuatu yang asing bila ramai orang tersalah anggap dengan ejaan namanya. Larra turut tersenyum dan mengangguk. Unik juga nama itu. Ejaan yang membawa maksud berbeza, tetapi bunyinya tetap sama. Sempat dia berbisik di dalam hati. Lantas, dia menaip ‘Shaq’ di ruang nama yang disediakan. Setelah selesai, ikon ‘print’ diklik. Selang beberapa saat, dua helai baucer keluar dari mesin pencetak.
“Petang ni boleh ambil...” Seraya dia menyerahkan baucer salinan pelanggan kepada Shaq.
“I singgah sebelum balik nanti.” Shaq berkata sebelum mengatur langkah keluar dari dobi Larra. “Terima kasih...” ucap Larra sambil pandangan matanya mengiringi derapan kaki Shaq. “See you!” Shaq membalas dengan senyuman dan pamitan yang sudah cukup membuatkan Larra berada di awang-awangan seketika!
***
“KAK... kemeja Encik Fariq tu, kan kena basuh tangan?” Nadirah mengingatkan bila terlihat Larra hampir mencampurkan baju yang perlu dimesin dengan baju yang akan dicuci tangan. “Oh, ya!” Larra menepuk dahi. Cepat-cepat dia mengasingkan baju-baju tersebut. Ini merupakan kesilapan yang kedua untuk hari itu. Tadi, dia tersalah memberi wang baki kepada Mrs. Tan. Mujur Mrs. Tan mengiranya semula. Dia telah ‘bermurah hati’ memberi wang lebih. Terlebih RM10!
Apa kena dengan aku hari ni? Mungkinkah impak insiden pagi tadi? Tak mungkin! Tapi tidak mustahil juga. Perbualan ringkas dengan Shaq mampu menggugat konsentrasinya. Sesuatu yang tidak pernah terlintas di minda, mereka akan berbual sedemikan rupa. Hampir saban hari berselisih bahu, pandangan mata mereka hampir bersatu, tetapi tidak pernah ada sapaan mahupun senyuman. Tiba-tiba, mereka berbual bagaikan sudah saling mengenali. Fenomena apakah ini? Atas sebab itu, perbualan pagi tadi cukup berbekas di hatinya. Kini, bagai tidak sabar rasanya menunggu petang menjelma. Dan dia mengharapkan adanya perbualan antara mereka lagi selepas ini. Mungkin petang nanti Shaq akan berbual mesra seperti pagi tadi. Kalau Shaq pulang lewat, mereka pasti beriringan ke ruang parkir kereta. Dia mula menganyam angan. Apabila mencuci kemeja Shaq sebentar tadi, mencetuskan seribu satu rasa di lubuk hati. Sepanjang dia membuka kedai dobi, tidak pernah pula dia berasa begitu seronok dan bangga mencuci baju pelanggannya. Inilah kali yang pertama!
Gila! Kenapa aku jadi macam ni? Cinta pandang pertama? Wujudkah istilah itu sebenarnya? Atau ini cinta pandang 200 kali? Sudah lapan bulan kedai dobinya beroperasi di situ, puratanya dia memandang Shaq setiap hari. Bukankah tempoh lapan bulan tersebut bagai sudah menggenapkan 240 hari? Sepanjang hari itu, memang dia serba tidak kena. Hatinya dibaluti satu perasaan yang sukar dimengertikan. Fikirannya melayang mengingati detik yang dilalui pagi tadi. Matanya pula mencari-cari jika Shaq melintasi.
***
Larra mengangguk. Pendapat Razlan ternyata benar. “Shaq ni ada masanya dia pelik sikit. Dia nampak seronok bila kami berbual. Tapi ada ketika, dia macam menghadkan semuanya. Tak nak lebih-lebih. Cukup sekadar perbualan beberapa minit saja, tapi dia kerap hantar mesej di Facebook. Contohnya... jangan balik lewat sangat, drive carefully, take care, have a nice weekend. Dan baru-baru ni...” Dia terhenti di situ. Terkenangkan status yang Shaqril tulis di profil Facebook sehari selepas lelaki itu memujinya kerana berbaju kurung.
“Apa dia tulis?” Razlan tidak sabar hendak mengetahui.
“It’s 1.57 am... and I am still awake. Jadi, saya pun saja nak mengusik dia bila terbaca status tu. Saya hantar komen dan tanya... what are you doing at 1.57 am? Tengah buat roti ke?”
“Apa dia jawab?”
“Thinking! Saya soal dia lagi... thinking of what or whom? Dia balas... thinking of you!” Larra bercerita. Masih terasa meremang bulu romanya dan betapa cepat degupan jantungnya saat mengamati jawapan Shaqril itu. Ringkas, tetapi mengundang seribu persoalan.
“Wow... petanda baik ni!” Razlan tersenyum. Turut rasa teruja dengan petanda yang boleh dikira cukup positif daripada Shaqril. Ini memang sah kes sudah jatuh cinta!
“Petanda baik? Mungkin tidak. Dalam masa saya terkejut dengan jawapan dia, saya masih tak puas hati. Jadi, saya tanya dia lagi... kenapa fikir pasal I? Lepas tu dia jawab... the same question I’m asking myself. Why am I thinking of you when I know I shouldn’t? Apa pula petandanya tu? Tak begitu baik, kan?” Terlukis riak kecewa dan keliru di wajah Larra menuturkan ayat itu. Kerana kecelaruan yang mula melanda, hampir sepanjang malam dia tidak dapat melelapkan mata memikirkan maksud bait-bait Shaqril itu. Dia tidak ada jawapan untuk soalan Shaqril. Sebaliknya, dia yang mengharapkan jawapan daripada lelaki itu. Tetapi dia tidak berani untuk bertanya. Dibiarkan sahaja mesej tersebut. Sehingga perjumpaan dengan Shaqril keesokan hari, dia tidak meluahkan apa-apa. Berlakon seperti tiada apa-apa yang mengganggu ketenangan dan tidurnya. Shaqril juga kelihatan selamba bila mereka berbual seperti biasa. Cuma renungan mata lelaki itu sahaja yang seolah-olah berbicara. Renungan yang penuh makna. Sayangnya, Larra tidak bijak untuk menganalisanya.
Razlan terdiam. Kerutan di dahinya terserlah. Hairan dengan mesej yang ingin disampaikan oleh Shaqril. Sebagai lelaki, dia dapat merumuskan yang Shaqril juga mungkin memendam rasa yang sama seperti Larra. Mungkin sudah mula dibuai rasa cinta. Kalau tidak, mengapa terkenangkan Larra malam-malam buta? Tetapi kenapa dalam waktu yang sama, Shaqril seperti menyesalinya? Shaqril bagai bingung dengan tindakannya sendiri.
***
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...
2 comments:
SUKE! SUKE! SUKE CITE NI.. SUKE SGT CARA P'OLAHANNYA..
Anonymous,
Terima kasih byk2 krn menyukai CTB :))
Post a Comment