Hah... ada tak mana2 drifters nak beli tayar yg saya nak let go ni… 180/60R14… 4 biji RM50?? Hahaha.
Ok… I’m back on my feet again!! (Oh… ni bukan nak cerita pasal manuskrip… ni nak cerita pasal tayar baru saya… hehehe) Thank u very much dear husband… who took the trouble looking for new tyres for the Pug. Saya bukan pandai sangat nak tengok ‘bunga’ mana yg cantik dan sesuai utk tayar-tayar saya tu. Apa yang saya tahu, ‘bunga’ tu mestilah bersesuaian dengan cara pemanduan saya and it must feel really good to drive it. I suppose my husband knows what’s best for his wife’s needs, safety and style. Sewaktu saya berselubung dengan selimut kerana demam, bila saya dah kebah sikit esok harinya… wah… saya tengok Pug sudah cun semula dengan tayar baru… Dunlop SP Sport!
Sudah hampir 2 bulan, episod slow motion ni bermula. Iaitu saya jadi pemandu yg mematuhi had laju… begitu berhemah tanpa mencilok kiri dan kanan, memberi laluan kpd kereta2 yg lebih laju memandangkn saya dengan sedar dirinya, cuma drive 90km/sejam SAHAJA di lorong tengah atau tepi kanan (ikut kiri jika tidak memotong). Seriously, I don’t enjoy driving like this, ok?? BUT I HAD TO. Kerana TERPAKSA, lebih2 lagi musim2 hujan ni.
Actually for the past 2 months, tayar Pug sudah menampakkan ciri2 kebotakannya… tapi saya masih bertangguh utk menukarnya. Saya telah mendahulukan perkara2 lain… (err… like visiting Universal Studios instead…hehe) Tetapi bila fikirkan keselamatan…hendaknya sekarang ni musim hujan, jalan licin, nak pecut pun tak berani… nak corner baring takut go sideways pulak kan? Hahaha. Since I’ve skidded once in the Iswara 11 years ago… gara2 tahap ilmu tentang kereta & pemanduan yg belum lagi mantap dan mendalam. Ditambah pula memandu dengan tayar yg botak masa tu… maka cukuplah sekali tu saje, merasai pengalaman kereta tiba2 berpusing dan melintang tengah highway bila lalu atas lopak air. Mujur tak de kereta lain hentam saya masa tu… Alhamdulillah. Kalau tidak, saya pun tak berani nak fikir apa jadi pada saya waktu tu. So, when think about it, there’s no two ways about it. Kena tukar jugak by hook or by crook.
Studies of tire safety show that maintaining proper tire pressure, observing tire and vehicle load limits and inspecting tires for cuts, slashes and other irregularities are the most important things you can do to avoid failure, such as tread separation or blowout and flat tires. These actions, along with other care and maintenance activities, can also:
1) Improve vehicle handling
2) Help protect you and others from avoidable breakdowns and accidents
3) Improve fuel economy
4) Increase the life of your tires
Nasihat saya kpd pemandu di luar sana, jangan simpan tayar anda yang telah botak itu… melainkan anda ingin melenjannya untuk GRA di track SIC, parking lot Bukit Jalil, Shah Alam Stadium atau MAEPS… If you are not a drifter, please don’t act like one! :)
P/S: Sebut pasal GRA... rindu pulak saya kat 'SHAQ'...hehe
No comments:
Post a Comment