Diam tak diam... dah 5 hari rupanye meninggalkan thn 2010 dan 5 hari menjejaki 2011. Tapi kenapa saya tak rasa mcm tahun baru, ek?? Sebab saya masih 'orang lama' kot... hehehe. Agaknya masih 'orang lama' la gamaknya... sampai tulis cek pun tersilap tarikh... January 2010!! Dah membazir 15 sen utk sekeping cek yg tersalah!! Uish...
AHA pun dah naik Tahun 3... dah mula bersekolah petang. First two days ni masih kelam kabut menguruskan transportation dia. Hari pertama, van sekolah lupa nak ambil dia. Masa tu dah pukul 12.30... AHA dah berpeluh2 dgn baju sekolah tunggu Che Ros tak sampai2. Rupanya Che Ros terlupa nak jemput. Apa lagi... saya pun keluar ofis 12.40... pecut masuk NKVE... sampai KD ambik AHA pukul 12.50. AHA sampai sekolah 12.55. Just 5 minutes before the school hour starts. Mujur la mama AHA mmg kaki speeding... tak ada la AHA jadi late comer on her first day of school... hehe.
Second day semalam, pun kelam kabut sikit sebab hujan punyalah lebat waktu petang. Kesian kat AHA kalau terpaksa menunggu Che Ros dlm hujan2 tu. Unfortunately, saya di ofis tersangkut pulak kat exit parking almost 20 minutes tak dapat nak keluar sebab depan ofis dah naik air. Ramai drivers yg tak berani nak redah banjir tu. Adusss.... tension betul la!! Semua takut sangat nak lalu air tu. Apa susahnya... kalau drive manual, put on 1st gear, balance clutch dan tekan minyak... make sure air tak masuk dalam ekzos... InsyaALLAH... boleh lepas. That's the tip I've got from my husband and that's what I've been doing everytime this thing happened. Lepas pun... Alhamdulilah. Cumanya, tak sempat nak jemput AHA di sekolah. Nasib baik la papa AHA pun kaki speeding lebih dahsyat daripada mama AHA... hehe. Lastnya, AHA dijemput oleh husband saya... whom managed to reach the school just in time AHA was out. Hari ketiga ni... harap2 semua dah okay and manageable... for AHA and the parents :)
Ok... let's talk a bit of what happened in 2010. Hmm... what have I gone thru, ya?? Nothing much I supposed. Still living in the same house... going to the same office... getting the same pay...doing the same routine... driving the same car... park my car at the same bay... and AHA is still the only child!! Oh ye... anak saudara saya bertambah lagi seorang di penghujung tahun 2010. Tapi belum sempat nak snap gambar baby NAI (tentatively, ini initial utk nama dia) dan upload kat sini. One of these days... hopefully.
Other than that, as expected in 2010... menyaksikan terbitnya novel ketiga saya iaitu Cinta Tak Beralih. Another personal achievement for me. Sesuatu yang membuatkan senyuman saya melebar bila tengok CTB di rak2 buku dan membaca komen2 readers di FB. Thank u to all of u who reads CTB... enjoying it and liking it!! Saya memang terharu sgt2 dgn penerimaan anda semua. Menulis CTB lain feel nya berbanding semasa menulis MK dan KT. Dan CTB juga mempunyai sejarahnya yg tersendiri. Novel yg memakan masa paling lama utk menyiapkannya berbanding dgn MK dan KT iaitu 1 tahun 4 bulan. (Apabila tempoh menulis itu melebihi duration mengandung, maknanya lama la tu untuk saya...hu hu) Novel yg agak lama juga saya 'tercari-cari' karekter heronya... puas saya skodeng sana sini... hehehe. Dah sampai bab 15 rasanya... baru saya dapat finalised hero saya. Kalau MK dan KT dulu... watak Ahmad Fariq (MK) dan Akmal (KT), awal2 saya dah tahu how to go about it. Tapi si Shaqril Hafizi ni... huh... took a real effort to think and write about him (sehingga terpaksa berkorban tenaga dan masa...hehe)
And as 2011... seriously, I dont know what to expect. Saya tahu yg saya perlu menulis lagi...dan saya juga tahu, kerja2 di ofis ni masih banyak yg perlu dilangsaikan. Kedua-duanya masih pending and delayed... dan saya seboleh-bolehnya tak mahu drag lagi segala-galanya. Bila tarak settle... hati tarak senang lorrr!! I want to get it done and over with... BUT who can help me out here??
Let's just hope, everything will be fine for the next 12 months... for me, for my family, for my office, for my friends and for you; ALL my readers/bloggers out there... InsyaALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...
No comments:
Post a Comment