Sepanjang minggu lepas, hampir semua sekolah mengadakan hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar sbgai acara penutup untuk sesi persekolahan tahun 2011. Hari utk mak pak/mama papa berbangga dengan pencapaian anak2 dalam akademik dan ko-kurikulum. Kalau tgk di FB, hampir setiap hari ada jer parents yg 'meng'upload gambar anak2 mereka yg excel... best student in subjects la, dapat nombor terbaik dlm kelas la... the best in this, the best in that. Ada yg tayang slip keputusan peperiksaan... tayang award dan sebagainya... kudos to all!!
Well, saya pun ada jugak menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan pada hari Khamis lepas. Tapi bukan untuk menyaksikan AHA menerima sebarang anugerah kecemerlangan atau diberi penghargaan kerana berjaya menjalankan tugas sebagai Pengawas sekolah selama setahun.... tapi sekadar tgk dia buat persembahan nasyid bersama rakan2 Tahun 3 ;)
Dah jadi macam trend sekarang ni, masing2 bersaing nak tunjuk kehebatan dan pencapaian anak2 mereka. Hendaknya di FB.... wah....laju jer meng'update' status dan 'meng'upload gambar dan menanti kawan2 'meng'omen...;) Yeah... I understand the excitement of being a proud parents as I have a daughter too. Tapi status2 tersebut telah melahirkan rasa khuatir pula pada segelintir yg lain... sehingga tertulis ayat yg lbh kurg begini pula di status seorg rakan...stressnya dengar budak2 semua pandai2. 5As lah, jadi prefectlah....etc. Very competitive!!
Bila terbaca status tu... saya bersetuju sgt2. Saya pun terikut2 rasa stress itu!!!
Start to ask myself... am I not a good mother to tutor my own daughter? Or my daughter is not clever enough to be the best out of the best?
AHA tidak mempamerkan kecemerlangan sepanjang tahun 2011 ni berbanding pada tahun2 lepas. Rasa tension sgt sbb dia tak dapat nombor yg baik di dalam kelas dan straights A's di dlm semua subject... sekadar 4A saje. Sebelum ni, dia sentiasa dapat nombor 1-10... with 5A's di dalam kelas mahupun aliran. The worse she got was number 7... :( Tapi tahun ni, dia tidak begitu menyerlah. Untuk peperiksaan akhir tahun ni... dia dapat nombor 17 di dalam kelas dan 18 di dalam aliran. The only thing yg buat saya lega.... she remains in the first class (4A) for next year.
Tapi bila diluaskan fikiran dan dilapangkan dada... saya cuba bersikap positif dlm hal ni. Saya masa darjah 3 dulu pun, bukannya excel sangat. Nombor pun belas2 jugak. Kenapa saya nak tension klau dia dpt nombor belas2?!
AHA baru Tahun 3... masih ada byk masa lagi utk menyiapkan dia menghadapi UPSR Tahun 6 nnt supaya dia dpt 5A. Di waktu ni, saya teringat kata seorg rakan ... "Kenapa parents nowadays risau sgt klau anak tak pass exam? Bukannya tak boleh naik tahun atau tingkatan? Tak pass UPSR pun boleh naik Form One jugak!" Which is true!! With no A's at all... the students can still enter secondary school and sit for PMR the next 3 years. So, why the worry??
Tapi kerisauan ini tetap ada. Mungkinkah kalau result tak elok... susah nak dapat kerja yg bagus nanti?? Betul ke?? Skrg ni pun nak dpt kerja cukup susah... apatah lagi di zaman generasi akan dtg...yg lebih mencabar dan terlalu kompetitif. Gerun pulak bila fikirkan masa depan AHA nnt. Tapi teringat pula kata seorang rakan lain... "Budak2 sekarang ni exam oriented.... belajar utk pass exam. Bila buat kerja... satu apa pun tak tahu. To be successful in your career...tak semestinya you pass with flying colours...it's the attitute and personality." Hati saya sejuk sikit... this is something to ponder, rite? Banyak juga contoh, orang yg bijak pandai ni tak jadi kaya raya pun. Tapi yg jadi kaya raya tu, ada jugak yg tak lulus periksa. Dalam erti kata lain... nak berjaya dlm hidup adalah berdasarkan kesungguhan seseorg itu untuk berjaya.... bukan kejayaan dlm menjawab kertas periksa!!
Saya percaya, rezeki masing2 di tangan Allah. Seharusnya saya bersyukur dengan apa yg ada setakat ini. Alhamdulillah, AHA dpt nombor tujuh belas... bukannya last in the class...
Kepada mereka yg diiktiraf kecemerlangannya pada tahun ini... saya ucapkan tahniah!!! Well done!!
No comments:
Post a Comment