Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah...(and APD at 3rd glance)


Hari terakhir utk tahun 1432 hijrah. Dan esok kita akan melangkah ke tahun baru 1433. Di sini saya ingin ambil kesempatan utk mengucapkan Salam Maal Hijrah kpd semua pengunjung blog yg tak seberapa ini. Marilah kita sama2 bermusabah diri dan mempertingkatkan diri untuk tahun yg akan datang (peringatan utk diri sendiri juga)

Boleh rujuk entry terdahulu saya utk doa akhir tahun dan doa awal tahun...

Dan di penghujung tahun ni... saya paparkan skit lagi teaser APD. Harap2 ni teaser yg terakhir ye...hehe. Kerana besar harapan saya agar APD akan berada di pasaran any time this coming December. Kpd yg menantikan kemunculan APD... harap bersabar skit jer lagi, ek? Layan ni dulu, ek? :D

“Sambal belacan ada?”
Bagai ada tarikan dalam suara itu. Satu tarikan yang cukup kuat dan hebat sehingga memaksa Johana menoleh sepantas kilat ke arah datangnya suara tersebut.
Sejurus dia berpaling, degupan jantungnya bagai terhenti. Getaran di dadanya menyerang kembali. Pinggan di tangan bagai terlalu berat dirasakan sehingga senget dipegangnya. Keadaan menjadi statik bila matanya berpadu renungan dengan empunya suara itu... yakni pemandu Toyota Supra yang ditemuinya semalam!
“Sambal belacan ada kat depan kakak ni, bang!” sahut seorang pelayan yang bertugas menyendukkan nasi kepada tetamu.
“Oh... tak nampak!” ujar lelaki itu tersengih.
Johana yang baru tersedar mangkuk berisi sambal belacan itu berada betul-betul di hadapannya, mengundur setapak ke belakang dan memberi laluan kepada lelaki itu untuk mencedoknya ke pinggan.
“A’m sairy... been a long time since I last had this delicious sambal belacan!” tuturnya diiringi tawa kecil sambil mengerling Johana. Tangannya terus mencedok empat sudu sambal belacan ke atas pinggan nasinya.
Johana terpegun mendengar suara dan tawa garau itu. Bila berbahasa Melayu, kedengaran cukup fasih tetapi bila berbahasa Inggeris, bagai ada satu slanga pula. Dalam diam Johana mengamati lelaki yang berbaju Melayu teluk belanga berona biru muda dan berkain pelekat itu.
“Where have you been?” Timbul akal Johana untuk berseloroh apabila melihat lelaki itu mencedok sehingga empat sudu bagaikan tak pernah jumpa bertahun lamanya!
Lelaki itu tertawa bila terasa dirinya diusik oleh Johana. “Awa... fur quite some time!” jawabnya kemudian. Terasa senang dengan gurauan gadis itu. Tidak langsung dia berkecil hati.
Johana tersenyum. Sah, lelaki yang telah berada ‘away’ ini terlalu ‘merindui’ sambal belacan!
Kemudian lelaki itu menatap wajah Johana dalam-dalam. “I rasa, I tak tersilap orang. You yang I jumpa di Petronas dengan tayar kempis semalam, kan?”
Muka Johana berubah rona. Dia terkejut. Hatinya kembali berdetak. Tidak menyangka lelaki itu mengingati pertemuan mereka semalam. Dan yang malunya, lelaki itu mengingatinya hanya kerana sebiji tayar! “Ya... sayalah tu!” balasnya dalam senyuman malu.
“Dah isi angin tayar you tu?” Lelaki itu menyoal sambil berjalan mengiringi Johana yang hendak menyenduk lauk ke pinggan.
“Dah... dah. Terima kasih sebab beritahu semalam.” Sekali lagi Johana mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan lelaki itu. Rasa kekok pula hendak meletakkan lauk ke pinggan bila lelaki itu berdiri di sebelahnya.
“Bila dah nampak, kena diberitahu. Sebab ia akan membahayakan pemanduan.” Lelaki itu berhujah.
Johana terdiam. Bagai mendengar ceramah keselamatan memandu pula!

2 comments:

HanaHideaki said...

salam maal hijrah akak....
wah3..cepatlah disember kan...nak novel baru nie..muahaha..
just nak inform blog hana dah bertukar url ke http://heartofhana.blogspot.com/..
jemputlah singgah ye..hehe..

Hezzy Azra... said...

Salam Maal Hijrah Hana!
Dah tak sabar tunggu APD ek?? Hehe...akak pun!
InsyaAllah nnt akak singgah rumah baru Hana tu...:)

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...