Diam tak diam dah masuk hari ketiga dlm bulan November (eh...eh... baru 3 November?? Lambatnya nak December!! Hu hu)
Spt yg pernah saya janjikan dulu pada anda (Masih ingat janji kita? Eh...macam tajuk novel terbaru Murni Aqila yg terhangat di pasaran tu pulak... hehe (http://murniaqila.blogspot.com/2011/09/manisnya-september-ini.html), di sini saya siarkan petikan novel terbaru bertajuk A** P**** D** yg bakal menemui anda tidak lama lagi.
Buat permulaan, layan yg ni dulu, ek? Harap anda semua terhibur dan teruja... spt perasaan saya ketika menulis scene ini...;)
BARU sahaja Johana melangkah masuk ke unit berita, kedengaran bunyi mesej diterima melalui telefon bimbitnya. Dia meletakkan beg di atas meja dan mengeluarkan telefon dari poket hadapan beg tersebut.
Awak dah smpai ofis?
Raif! Hampir terlucut telefon bimbitnya dari genggaman akibat terkejut. Bagai dalam mimpi pula mendapat mesej daripada lelaki yang sudah menyepi berminggu lamanya. Dengan jari-jari yang sedikit menggeletar, dia pantas menekan kekunci.
Ye… nape?
Dua puluh saat kemudian.
Turun jap kat gerai makcik dpn ofis awak ni
Raif sudah ada di bawah? Betul ke? Macam mana aku boleh tak perasan? Kejutan Raif ini sungguh tidak disangka. Hati Johana sudah melonjak riang. Namun dia cuba berlagak tenang.
Sarapan dgn saya
Saya dah sarapan kat umah
Johana cuba bermain tarik tali. Kalau diikutkan rasa hati, mahu saja dia berlari menuruni anak tangga menuju ke gerai yang dimaksudkan. Sudah lama benar dia tidak menatap wajah Raif. Bercerita dan bergurau senda dengan lelaki itu bagai waktu dulu. Tetapi ada ego dalam dirinya yang menghalang sebarang tindakan yang boleh memalukan dirinya nanti.
Saya pun… siap mkn nasi goreng umi saya masak
Spontan Johana tersenyum dengan jawapan selamba Raif. Tetapi dia masih ingin menguji.
Habis tu apasal nak mkn lagi?
Saje...
Johana duduk sebentar di kerusi. Termenung menatap mesej Raif. Tidak mengerti. Saja suka-suka nak jumpa aku… tak ada sebab lain yang tersembunyi? Rindu, misalnya? Hish… jangan merepeklah, Jo! Kau mungkin gadis terakhir yang akan dirindui oleh Raif!
Saya ada kerja ni…
Johana berdalih untuk menduga kesungguhan Raif.
Saya pun… tapi saya masih ada kat gerai makcik ni tunggu awak…
Jawapan Raif itu akhirnya mencairkan hati Johana. Dia mengalah. Dicapai dompet duitnya dan melangkah keluar dari situ dengan hati yang berbunga-bunga. Hilang rasa malu, timbul pula rasa teruja untuk bertemu rakan yang telah berminggu tidak bersua. Tidak sabar untuk berkongsi cerita dan bergelak tawa.
2 comments:
gudluck kak~ hhee
Thank u RinsyaRyc!!! Jgn lupa dapatkan APD nnt ye? ;)
Post a Comment