I'm sure, hari ni jugak ramai yg ambil kesempatan nak nikah la, nak kahwin la, etc... sebagai kenangan utk hari yg bersejarah ni... once in a lifetime, kan!! Kepada sesiapa yg bakal mengakhiri zaman bujang/gadis pada hari ni, saya ucapkan tahniah!
Memandangkan tajuk entry ni pasal APD... di sini saya paparkan lagi sedikit sedutan dari novel terbaru yg bakal terbit ini. Kali ni kita intai2 skit bab 11 ye?? Layannnnn.... :)
“You look sweet tonight.” Raif seakan berbisik di telinga Johana. Matanya masih tidak lepas dari merenung wajah gadis itu dalam kelam cahaya Panggung Sari. Sejak tadi dia memerhatikan seri di wajah Johana biarpun sekadar bergincu nipis.
Johana sedikit tersentak mendengar pujian itu. Suara Raif kedengaran begitu romantis di dalam cahaya yang malap itu. Haruman Bvlgari Blv milik Raif pula mempersonakan. Tiba-tiba dia terasa malu dan debar di dadanya mula tidak menentu.
Serasanya, dia biasa saja pada malam itu. Tidak berdandan pun melainkan hanya gincu nipis. Pakaiannya pun seperti selalu. Berseluar panjang, berkemeja dan menyarung vest. Kenapa Raif kata dia berseri?
“Tak payahlah puji-puji saya Raif… saya tak ada duit nak belanja awak. Setakat minum three layer tea, mampulah saya.” Johana cuba untuk tidak terpengaruh dengan sebarang pujian. Tidak mahu cair dengan bisikan manis lelaki itu biarpun ada getar di dadanya bila direnung oleh Raif sebegitu.
“Saya puji bukan sebab nak awak belanja. Awak ni selalu fikir yang bukan-bukan tentang saya… tak baik, tau! Ikhlas, awak nampa k cantik dan berseri malam ni,” tutur Raif sejujurnya. Kalaulah Teesya atau Atilia dipuji begitu, pasti sudah terlentok-lentok tubuh mereka menghargai pujiannya. Jari jemari pun sudah tentu merayap ke pinggangnya. Tetapi Johana... setiap kali dia memuji, pasti gadis itu berfikiran dia mempunyai maksud yang tersembunyi. Entah bila persepsi Johana akan berubah terhadapnya.
“Okey… terima kasih…” Johana akhirnya membalas dan merenggangkan sedikit badannya daripada Raif. Tidak mahu terlalu dekat dengan lelaki itu, biarpun dia yakin Raif tidak akan melakukan apa-apa. Dua tahun mereka sering keluar bersama, Raif tidak pernah sekali pun menyentuh atau tersentuh dirinya. Sedikit rasa hormat terselit terhadap pendirian lelaki itu.
Raif yang perasan Johana cuba menjauhkan tubuhnya, kembali ke posisi asalnya yang tegak. Mengakui dalam diam yang dia agak keterlaluan sebentar tadi apabila berbisik di telinga Johana. Tindakan yang spontan dan di luar sedar.
No comments:
Post a Comment