Sekiranya anda ingin mendapatkan APD... datanglah beramai2 ke FIESTA KARANGKRAF yg bermula pada 2 - 4 Disember bertempat di Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam. APD akan menemui anda di sana!!
Dan saya?? InsyaALLAH akan menemui anda semua pada 3 Disember (Sabtu) jam 2-5 petang. Sudi-sudikanlah membeli APD saya ini. Dan jika anda pembeli bertuah... mungkin anda berpeluang menerima cenderahati daripada saya dengan pembelian naskah APD. Cenderahati yg ditempah khas utk APD tau... mmg tak bleh jumpa kat tempat lain punya...hehe.
Kepada yg menunggu kemunculan karya kecil Hezzy Azra, APD adalah hadiah saya untuk anda. Harapan saya, agar anda semua terhibur dgn APD seperti mana anda pernah terhibur membaca MK, KT & CTB saya. Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan APD sebaris dgn novel2 kegemaran anda...semoga ianya memenuhi citarasa!
Sinopsis AKU PILIH DIA... (kisah Jo, Raif dan Ian)
Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali; lelaki itu cuma teman... tapi mesra.
Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu.
Raif kata: Ian merampas Johana daripada aku!
Ian balas: Aku tak mencuri hak sesiapa.
Hati Johana berbisik: Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta.
Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.
5 comments:
waaa... da keluar... jauh la nk p fiesta karang kraf tu... kat kedai bile ade ek kak?
WC, kat kedai buku mungkin dalam seminggu dua lagi kot. WC kat mana?
tahniah kak Hezzy. looking forward for this one untuk melengkapkan koleksi saya.
kebetulan pulak saya tengah membaca melodi kasih ni. (orang baca dari novel pertama ke ketiga, saya baca dari novel ketiga berundur ke novel pertama.)
All the best untuk kak Hezzy! =)
Salam Hajar,
Terima kasih atas ucapan tahniah dan juga krn menjadikan karya2 akak sbagai koleksi :)
Oh...tgh baca MK ke? How is it so far? Kalau diberi pilihan...yg mana satu 1st ranking antara MK, KT & CTB? Atau tunggu sampai baca APD...;)
Thanks again Hajar!
Akak...i need more..melodi kasih best gila...saya suka akak tunjukkan sifat perempuan yg ada karier and confident...senang ckp...a girl with brain lh...laki tu pun quite interesting..i love it..
Post a Comment