Apa sejarah yg terlakar dalam tahun 2011 untuk saya??
Looking back at those 12 months, I am still driving the same old car (cuma belanja untuk Cik Pug agak melonjak utk tahun ini... hu hu. Cik Pug kerap kali mengejutkan saya dgn 'kesakitan' yg one after another)
Still working at the same place (mmg rasa tak nak cari kerja kat tempat lain pun. Kalau pun saya berniat untuk berhenti kerja, itu bukan bermakna saya nak berubah majikan, tapi sebenarnya nak duduk rumah jadi full time house wife cum writer ;)
Still doing the same routine... bla...bla...bla.
TAPI...
2011 menyaksikan terbitnya novel ke4 saya iaitu Aku Pilih Dia (APD) yang ada sejarahnya tersendiri.
Saya mula menulis APD pada pertengahan Januari 2011, menoktahkannya pada September 2011 dan kemunculannya di pasaran pada December 2011!! Semuanya berlaku dlm tahun yg sama... iaitu 2011!!
Alhamdulillah... saya syukur sgt2. APD merupakan pencapaian terbaik saya setakat ini. Di mana, proses editingnya tidak makan masa yg lama. Pada mula menghantarnya kepada editor, saya waswas jugak. Boleh ke keluar cepat? Dan kalau cepat...how 'cepat' is 'cepat'? Sebagai penulis, memanglah saya harap buku saya terbit dengan cepat tapi dalam waktu yg sama, saya juga takut nak mengharap. Dah lah lambat hantar... ada hati pulak mintak keluar cepat?? Mmg ada masanya saya tidak sedar diri... hu hu.
Namun rezeki itu di tangan ALLAH... APD tidak melalui fasa yg sukar. Ianya diterbitkan setelah diedit dalam masa sebulan lebih tanpa sebarang perubahan. Inilah yg saya katakan rezeki. APD muncul dalam bulan terakhir tahun 2011 ini.
Dan pada ketika ini, saya pasti ada yg sudah baca dan sedang baca APD. Terima kasih kpd semua atas sokongan dan komen anda terhadap APD dengan mengatakan APD merupakan yang terbaik daripada saya setakat ini!! Saya terima komen tersebut dengan besar hati (seluas Tasik Loch Rannoch yg pernah Ian Redza kelilingi...ahaks!!)
Dalam waktu yg sama, saya juga menghargai komen anda jika ada yg kata Melodi Kasih (MK) is still the best. Atau berterusan memuji Kenangan Terindah (KT) sebagai 'unbeatable so far'. Atau menganggap Cinta Tak Beralih (CTB) jauh lebih cheesy.
Apapun komen anda, saya lapangkan dada untuk mendengarnya!!
Terima ksih semua... dan selamat tahun baru!! Semoga anda lebih sukses menjalani hari2 dalam tahun 2012 ini!!
No comments:
Post a Comment