Followers

Wednesday, September 28, 2011

Novel dicetak rompak??

Sekarang ini, semua benda boleh dirompak... termasuk novel!!!!

Sesuatu yg di luar dugaan dan jangkaan krn selama ni kita selalu fikir yg dicetak rompak cuma CD dan VCD. Terkini, industri penulisan novel juga sudah terkena bahana cetak rompak ini!!
Di atas ini, gambar novel saya yg original.

Tapi ciri-ciri novel cetak rompak adalah seperti berikut:-

1. Kandungan teks dalam telah difotostat.

2. Bunga di bahagian permulaan setiap bab tidak jelas kerana difotostat.

3. Warna cover di bahagian depan dan belakang lebih gelap daripada cover yang asli.

4. Barcode di cover belakang tidak jelas.

5. Novel yang tiruan digam saja dan ini menyebabkan muka suratnya mudah tercabut. Manakala novel yang asli dijahit dan tidak tercabut.


Kes ini dianggap serius kerana ia menjejaskan imej Alaf 21 di bawah Grup Buku Karangkraf, menganiayai pembeli-pembeli dan menjejaskan pendapatan penulis. Perkara ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan seterusnya bertindak membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Di sini kami (saya dan pihakl Alaf21 serta GBK) menyeru kepada semua pembeli agar lebih berhati-hati. Sebarang laporan mengenai perkara ini sila hubungi
03 51013888 sambungan ke Alaf 21 - 3692/3683/3684.
Kerjasama anda sangat kami hargai.


Who's the culprit???

Monday, September 26, 2011

Komen CTB

Dalam masa saya teruja dengan kelahiran TST {biarpun saya sebenarnya tak tahu bila 'tarikh kelahirannya'...;) }... 'anak2' lain tetap mendapat tempat di hati saya :)

Dan bila menerima komen tentang Cinta Tak Beralih dari seorang pembaca yg di'posted' di wall FB saya... waah... rasa kembang semula hati ni (setelah agak lama kuncupnya)...

Kak Hezzy.. Novel Cinta Tak Beralih sangat2 best kak!! Jalan cerita sangat menyentuh perasaan...huhu. Gabungan elemen persahabatan, percintaan, family love telah menjadikan naskhah CTB antara karya terbaik yg pernah Hana baca..!! Thumbs up Kak Hezzy!! Teruskan berkarya :)) ~Farhana Zainudin.
Terima kasih Farhana... atas komen yg memberangsangkan, lantas membakar semula semangat untuk menulis (setelah hampir terpadam bara semangat itu sejak akhir-akhir ini... hu hu)

Andai ada yg masih belum memiliki CTB... sudi2kanlah membeli dan membacanya. :)

Thursday, September 15, 2011

Being a novel writer...

Being a novel writer has NEVER BEEN my dream.

Ya... sebetulnya, saya tidak pernah bermimpi untuk menulis novel atau menjadi novelis. Tak pernah termasuk dlm senarai cita2 saya kalau cikgu tanya zaman sekolah dulu...hehe. Saya juga tidak pernah cuba menulis cerpen atau puisi. Seingat saya, saya pernah menulis artikel untuk disiarkan di majalah sekolah... tapi itu pun tak terpilih untuk diterbitkan... hehe. Maka dengan itu, ada sebablah kiranya sehingga sekarang ni, saya tak rasa diri saya ni penulis novel... apatah lagi untuk dikenali sebagai novelis. Kalau ada yg bertanya; you ni penulis novel ke? Saya senyum aje. Tapi kalau orang tak tahu dan tak bertanya langsung... lagi bagus rasanya...;)

Namun saya tidak dapat mengelak bila ada yg bertanya, "Kak, boleh bagi tips untuk menulis novel? Saya pun berminat nak tulis novel jugak." Saya garu kepala. Apa saya nak jawab ni??

Sejujurnya, saya ni bukanlah hebat sangat untuk memberi tips menulis kepada sesiapa yg berminat. Saya terjun dalam bidang penulisan ini pada tahun 2006... so, baru 5 tahun saya menulis berbanding dengan penulis2 tersohor yg sudah mencecah 10 tahun ke atas dan menghasilkan belasan dan puluhan novel. Novel saya pun baru nak masuk 4. Dan 3 novel saya yg sudah diterbitkan itu pun bukannya meletop2 di pasaran sehingga kehabisan stok di kedai2 buku... dan org ramai berpusu2 membelinya... jadi, siapalah saya ni untuk memberikan tips??

Dan saya juga mula terfikir, kenapa ramai orang nak jadi penulis novel sekarang ni? Sudah menjadi trend mungkin, penulis novel tumbuh bagai cendawan. Satu perkembangan yg sihat sebenarnya. Akan ada lebih ramai penulis dalam industri ni, maka lebih banyak bahan bacaan dan lebih variasi dalam bidang penulisan. The more the merrier.

Tapi saya juga terfikir, mereka yang ingin menulis ini kerana apa? Adakah kerana minat? Bakat terpendam? Semata-mata hobi? Nak glamor? Atau nak jadikan sumber pendapatan atau mencari duit sampingan?

Saya menulis kerana disarankan oleh kakak kedua saya. Melihat saya membelek novel yang berada di rak bukunya, dia bertanya pada saya, "Tak nak tulis novel? Try la..." Itulah saranan kakak saya... dan saya menerima saranan tersebut sebulan selepas itu.

Nak kata saya ni menulis kerana minat? Well, saya bukannya jenis yg on saje laptop dan boleh menulis apa saje yg terlintas di fikiran dan hati. Kalau diberikan pen dan kertas pun, saya bukannya boleh mencoretkan apa saje. 'Minat' saya mungkin boleh dikategorikan sebagai 'average' saje, agaknya ;) Bukan ekstreem... sehingga sehari tak menulis serasa tak lengkap hidup... ;)

Menulis kerana bakat? Hmm... berbakat sangat ke saya ni? Saya rasa saya ni macam orang lain jugak... orang yang mampu menulis. I think everybody can write. Dari segi tu, saya rasa... saya tergolong dalam kategori yg ada bakat sikit la... ;)

Menulis sebagai hobi? Ya... mungkin, Bila ada kelapangan, saya menulis. Bila saya tak ada masa, saya tak paksa diri. Tapi kalau idea tengah mencurah-curah (which is very seldom...hehe) baru saya serius menulis. Berjaga sepanjang malam hingga ke pagi... sanggup bersengkang mata menghadap computer. Tapi itu pun kadang-kadang aje... ;)

Menulis kerana mengejar glamor? Hmmm... glamor ke jadi penulis ni? Bagi saya glamor tu tak akan kekal lama. Mula2 novel keluar dan terpampang di kedai2 buku, sedikit sebanyak akan rasa "wow... glamornya aku!!" But given a year after that... tell u, the feeling will just fade away. Rasa pressure pulak bila satu atau dua org dah mula kenal kita....;)


Menulis kerana duit? Sebagai mata pencarian atau duit sampingan?? Saya masih seorang 'nine to five employee' (who works every Saturday...hu hu) Maka saya menulis bukan kerana menjadikan penulisan ini sebagai mata pencarian tetap. Tetapi kalau sebagai duit sampingan... ya, saya akui itu! If I can make money out of my hobby (sesuatu yg saya mampu lakukan di waktu senggang dengan berbekalkan minat dan bakat yg kecil ini...) Why not, right??

Berbalik kepada persoalan di atas, sebelum anda menjadi penulis... fikirkanlah kenapa anda ingin menulis. Minat? Bakat? Hobi? Glamour? Atau duit? If you choose the latter... let me share with you my experience... saya belum mampu jadi kaya dengan menulis.... hahaha.

Untuk memberi tips... insyaAllah, saya akan usahakan setakat termampu. Nanti bila ilmu saya bertambah... saya akan kongsikan di sini segala tips yg saya perolehi dan dari pengalaman saya sendiri buat panduan untuk mereka yg bertanya dan berminat untuk menulis.

Saturday, September 10, 2011

The old and the new...

The old...
This Acer was a second hand purchase. Saya membelinya dari seorang rakan dgn harga RM1000 (harga kengkawan...hehe) pada tahun 2006. The actual price masa tu almost 2 ribu jugak kot. Dengan mengetuk lappy ni la... terhasilnya MK, KT, CTB dan TST.

Alhamdulillah... lappy ni tidak pernah mendatangkan masalah untuk saya melainkan bateri yg dah kong! So, bila2 dan mana2 nak on pun, mmg kena plug in (serupa desktop jugak la...hu hu) Tapi saya tak kisah sgt, sebab saya bukannya jenis yg rajin nak mengangkut ke hulu ke hilir laptop ni. Since I'm not a writer who writes at anytime and anywhere, so I dont see the needs of carrying it with me everywhere I go.

... and the new
Asus ni baru semalam husband belikan. Tak mahal pun harganya... ada offer masa tu, only RM699. That's the reason why we grabbed one. Sempena apa ye saya dibelikan netbook ni? Entah la...belated birthday present kot (sbb masa birthday last month saya tak decide lagi nak hadiah apa...;) Atau mungkin sebab saya berjaya jugak menyiapkan TST walaupun sudah delay dari targetted date. Mulanya target nak siapkan end of June (gagal), then end of July (gagal lagi) dan kemudian sebelum Syawal (pun gagal jugak!!) Ianya mungkin sebagai menghargai usaha saya yang tidak putus2 itu, maka saya 'dihadiahkan' netbook ini... ahaks!!!

Apa-apa pun sebabnya, untuk manuskrip kelima nanti bolehlah saya menaip dgn Asus ni. Bila nak mula manuskrip kelima?? Hmm... idea ada tapi feel takde lagi. I know I shouldnt be taking a long break... (spt yg sering dinasihatkan oleh 'juara lumba menaip manuskrip' baru-baru ini iaitu Cik Lynn Dayana...hehe). Tapi sebelum saya memulakan penulisan, saya nak kaji lagi scenario yang berlaku skrg ini. Apa faktor yg menyebabkan sesebuah buku itu diterima oleh pembaca dan sekaligus laris di pasaran. What is it that the readers out there looking for in a book??? Ada sesiapa yg sudi jawab soalan saya ni?

Wednesday, September 07, 2011

TST... my 4th baby

T.S.T.... tentatively... itulah tajuk manuskrip saya yg ke4. Mungkin akan ditukarkan... dan mungkin juga tidak. As it is now... saya kekalkan tajuknya sebagai TST. Apa itu TST?? *Tak Suka Takpe*....:D

Tepat jam 8.30 pagi, hari Sabtu 3 September bersamaan 5 Syawal... saya telah berjaya meletakkan titik noktah untuknya!! Dan tengah hari tadi, saya telah berjaya menghantarnya ke tangan editor. Alhamdulillah...



Well... I was supposed to finished it by end of Ramadhan. Tapi biasa la saya ni... ada masanya kureng disiplin diri... i.e penat la, malas la, tak de mood la, tak ada idea la, tak ada feel la!! Hu hu. Sudahnya, dah masuk 5 Syawal baru siap. Itu pun setelah saya hadkan waktu beraya saya setakat 3 hari yg pertama saje. Kalau ikut hati nak beraya lagi... tapi mengenangkan yg saya dah overdue... let just finish it off once and for all. Lepas tu, kalau nak beraya lagi... boleh la sambung... ;)


Lega sesangat!! Lepas ni boleh fikirkan tentang manuskrip seterusnya... the 5th!! Idea sudah mula berlegar-legar di fikiran... cuma menunggu masa untuk merangka dan menulisnya. Tapi biasa la saya ni... (again).... still can't get over the characters in the 4th novel i.e Ian, Jo & Raif. Selagi saya masih terkenang-kenangkan dialog mereka bertiga... rasanya sukar nak mencipta dialog utk novel seterusnya. This is what normally happened to writer like me who is so into the characters... perhaps same goes to other writer!

Bila dah habis TST ni... saya pandang laptop tu mcm rasa sepi dan kosong pulak! Seperti saya pandang ruang parking yg luas tapi sunyi dan sepi...(mungkin sbb ramai org masih bercuti raya agaknya...:D) As if I'm missing something lately... hmmm...
 
Copyright (c) 2010 when Hezzy Azra writes.... Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.