Monday, October 31, 2011

End of October...

Hari terakhir di bulan Oktober... esok dah masuk November...hu hu...cepatnya masa berlalu!!!

Rasa tak terkejar masa... tapi saya juga sebenarnya mengharapkan December cepat tiba!!

Kenapa????

For me to know and for all of you to guess...:)))

Sunday, October 23, 2011

Aktiviti hujung minggu...

Hujung minggu yang sibuk sejak awal bulan lagi...

Gathering with old friends (The 'G21' reunion, well 12 out of 21)
Majlis Malam Santapan Amal Yayasan Nur Karangkraf di SACC
Sohaimi Meor Hassan with his 'Epilog Cinta Dari Bromley & Misteri Cinta'
Ning Baizura's Unforgettable'

Kenduri novelis Anis Ayuni yg akan berangkat ke Tanah Suci Mekah
Sesi Bertemu Penulis; Aisya Sofea & Laila Kamilia di MPH 1Utama

Tiap2 minggu ada aktiviti... pendek kata memang saya sibuk la sepanjang bulan Oktober ni. :D. Ini aktiviti yg bergambar... yg tak sempat digambarkan pun ada jugak i.e kenduri2 kahwin, majlis aqiqah dan sbgainya. :) Mujur APD dapat juga diedit dalam masa 'kesibukan' saya ni dan menyerahkannya ke tangan editor. Lega sesangat...

Tapi kesibukan ini telah menangguhkan misi saya untuk mula menulis manuskrip yang ke5. Well, tak pe... tak pe... ada masa lagi... {kata2 utk menyedapkan hati sendiri...;) }

Friday, October 14, 2011

Ini dia... APD!!


Inilah manuskrip terbaru saya yg sedang diedit dgn gigih dan tekunnya!!!

Tajuk awal yg saya bagi adalah TST yg membawa maksud 'Tak Sanggup Terluka'... tapi biasa lah saya ni. Bab memberi tajuk manuskrip memang failed sentiasa. I can write up to 550 pages with more than 115,000 words of manuscript.... but I cant think of one single line with only three words to be the title!! Lastly... pihak editorial jugak yang kena carikan tajuk (terima kasih puan editor...hehe) And they have decided to name it APD. Now TST is known as APD ye kengkawan...;)

Apa itu APD??? Akanku Paksa Dirimu... baca novel ini!!! Hahaha

Ok la... nak sambung mengedit ni!

Kepada semua pembaca karya kecil Hezzy Azra, harap sabar menanti kemunculan novel ke4 saya ni. Kalau tiada aral melintang dan semuanya berjalan seperti yang dirancangkan... InsyaAllah, APD akan muncul tidak lama lagi... :)

Monday, October 10, 2011

AHA is nine...

This princess of mine is nine years old today!!!


Dah besar anak dara saya ni (mmg sikit lagi akan jadi anak dara sunti!)

Dah tinggi (given another one or two years, she will be the same height as I am)

Dah pandai nak melaram (koleksi handbags dan kasut dia lagi banyak daripada saya!!)

Dah pandai bergayut telefon dengan kawan2 bersosek-sosek... kejap jer credit handphone dia habis!! (yang ini dia ikut jejak langkah mama dia masa muda-muda dolu!)

Dah ada own preferrence in clothing, music and interest (bab ni selalu bertekak dengan saya!)

Dah pandai berbalas cakap (saya cakap A... dia balas B...)

Dah pandai tanya macam2 soalan and passed remark
Dia: Mama malam tadi menulis tak?
Saya: Menulis...
Dia: Dapat berapa page?
Saya: Dua jer...
Dia: Dah agak dah... (dengan muka selamba)
Saya: *berasap jer telinga*


Memang kadang2 pening kepala dan stress dengan ragam dia (ini baru anak sorang...hu hu) Bila saya tengok perangai dia sekarang... saya mula terfikir, agaknya macam ni lah saya masa umur 9 tahun. Stress dan pening tak kepala mak saya dulu??? ;)

Happy 9th birthday sayang mama!! (I'll 'tepuk' you tonite, k?)

Saturday, October 01, 2011

Tawaran Istimewa!!

Bersempena pembukaan Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam... Karangkraf mengadakan tawaran istimewa sehingga 70% bermula dari hari ini 1 Oktober hingga 3 Isnin Oktober.

Kalau anda ada niat nak beli novel2 keluaran GBK secara amnya dan novel2 Hezzy Azra secara khususnya {Melodi Kasih, Kenangan Terindah dan Cinta Tak Beralih}... jangan lepaskan peluang ini. Dan pastikan anda beli NOVEL yg ORIGINAL!!! (Sekarang kena guna tagline ni pulak sejak ada kes novel yg telah dicetak rompak ni... hu hu)

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...