Followers

Wednesday, February 29, 2012

Is baking the best therapy?


Electric oven yang telah berusia hampir 20 tahun agaknya... harta turun temurun...hehe. Dapat pada saya, 5 tahun lepas. Tapi dalam tempoh tu, saya hanya gunakan setahun sekali rasanya... iaitu musim buat kuih raya!! Hahaha.

Semalam, saya gunakannya untuk pertama kali bagi tahun 2012 ini. Ya... saya tahu, raya lambat lagi....:)

Tapi , tetiba rasa tension... teramat stress... bosan!!

I want to keep writing aside... nak letak lappy jauh dari mata dan buang seketika manuskrip kelima jauh dari fikiran!!

And finally, managed to bake brownies yesterday...:)

I'm amazed with myself!!! :D

Dan lepas tu saya rasa lega sikt... hmmm... betul ke that baking is the best therapy???

Saturday, February 25, 2012

Cinta Harus Memiliki...

Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Selamanya
Ku tak percaya kata
Cinta tak harus memiliki
Lalu mengapa?
Hati terasa sakit
Ini sebahagian daripada lirik lagu 'Cinta Harus Memiliki' nyanyian Anuar Zain.
Apasal tetiba cerita pasal lagu ni pulak? Sebabnya lagu ni kan tgh popular skrg ni... dan bila dihayati liriknya...opss... lagu ini mengingatkan saya pada jalan cerita novel ketiga iaitu 'Cinta Tak Beralih'!
Sedikit sbyk lirik lagu ni ada persamaan dgn kisah cinta Larra-Shaq... esp part 'waktu tak berpihak' tu. Kalau sesiapa yg dah baca CTB dan menjiwainya, pasti faham kesedihan Larra & Shaq kan? Yg 'terbercinta' ketika Shaq sudah menjalinkan pertunangan ;) Tetapi bagi yg belum baca CTB... sudi2kanlah mencarinya di kedai2 buku dan cuba mendalami apa mesej yg tersirat di sebalik percintaan Larra-Shaq. Kerana ketika menulis CTB... saya bukan menulis sesuka hati saje. Setiap plot atau dialog, terselit 'sesuatu' di sebaliknya. It's not just a mere love story...this love story is about principles (principles of Larra, Shaq and Razlan). And you have to see the overall story... jgn sekadar selak page ni, selak page tu... rasa tak berkenan sikit...terus tutup buku! ;)
Frankly speaking, saya bukan seorang pembaca yg tegar. Tetapi saya seorg pembaca yg kritikal dan sabar...;) Sesebuah novel yg saya baca ada kalanya memakan berminggu utk menghabiskannya. Tapi saya cuba untuk berlaku adil pada novel2 yg saya baca tu...I want to do justice to the book. Walaupun mungkin novel itu tidak menepati citarasa saya atau penceritaannya bosan gila... tapi saya membacanya dengan fikiran yg terbuka. Saya TETAP tidak akan tutup buku selagi tak jumpa perkataan 'tamat' dan akan pastikan setiap helaian mukasurat dibaca satu persatu. Simply because, I dont want to be prejudice towards the book. Saya faham kepayahan seseorang penulis untuk menghasilkan sesebuah novel. Maka, setiap perenggan saya akan baca, setiap helaian saya akan selak, saya akan teliti semuanya krn saya ingin mencari apa yg cuba disampaikan oleh penulis. I dont want to miss anything coz, who knows, mungkin helaian yg saya 'missed' itu ada terkandung sesuatu mesej atau moral of the story, kan? Tak kanlah penulis tu saje2 nak tulis cerita yg tidak ada sedikit pun pengajaran... betul tak?
Sebagai seorang penulis (kecil-kecilan), sememangnya saya mengharapkan karya saya diterima. Saya tidak mengharapkan pujian yg melambung terhadap karya saya... tapi janganlah pula terus 'menghukum' karya saya sebagai 'tidak best langsung' hanya selepas anda melangkau-langkau pembacaannya dan terjumpa part yg tidak begitu berkenan di hati.... anda terus kata 'that's it... tak suka hero ni, marah dgn heroin ni, tak suka jln cerita macam ni!' Please judge the book after you have finish reading it and analyse the whole story... not just a few plots in the story. Kalau anda melihat keseluruhan cerita, anda pasti boleh nampak apa sebabnya wujud plot itu... muncul konflik ini... ...apa perkaitan di antara semuanya dan akhir sekali... what this story is all about.
Ish... panjang pulak saya membebel tetiba, ek? Hu hu.
Akhir sekali, saya ingin berkongsi rasa gembira saya bila baru2 ni, ada seorang pembaca dari Temerloh... Salina gerangan namanya... yg sudi membaca CTB dan memberikan komen spt di bawah:-
So utk CTB plak..apa yg saya nampak...sikap Larra yg berpegang kuat pada prinsip hidupnya patut diberi kredit tinggi...walau asyik masyuk syg n cintakan si Shaq, dia mampu ketepikan perasaan dia bila kebenaran terbongkar. Dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa walaupun sedikit goyah pd awalnya. Dia mampu keluar dari kepompong kesedihannya..walaupun bkn mudah. Shaq pula...jenis berpegang pada janjinya...dan sanggup mengorbankan perasaannya. Kerana janji yg dah dibuat..dan cuba menerima Balqis dan perkahwinannya seadanya. Sikap memberi dan membantu tanpa mengharapkan balasan Razlan, jadikan CTB tambah menarik...sbb zaman skrg jrg org bersikap begitu. Itu secara ringkasnya...mungkin pada sesetengah org anggap membaca novel sekadar suka2. Bagi saya bukan sekadar suka2...tapi kita cari apa yg boleh dijadikan panduan. Sebab apa yg kita lalui tidak sama dgn org lain..so dr pembacaan ada ilmu yg kita boleh dapat walaupun dr sebuah novel cinta.
This is just what I wanted to show in CTB...;)

Thursday, February 16, 2012

Aku Pilih Dia.... antara Raif Imran dan Ian Redza

Sejak APD mula dipasarkan Disember tahun lalu, saya banyak menerima feed back tentang 'pilihan' Johana. Ada yg sokong 100% dan ada juga yg tak berpuas hati.
Memang saya dah agak dari awal penulisan lagi... akan tercetus rasa tidak puas hati ini...:) Semasa saya sedang merangka APD di sebuah cafe yg terletak di Sri Hartamas, saya panggil a few close friends for breakfast. Saya brief mereka apa yang saya bakal tulis. Masa tu aje dah start 'bertelagah'....hehehe. Seorang kata "Aku nak Raif jadi hero!!' Seorang lagi, "Eh... mana boleh Raif jadi hero?? Ian lah!!"Saya senyum aje... sbb masa tu, dalam fikiran saya... APD memang ada dua hero (I purposely create them... dua org lelaki yg sama hebatnya) Saya tidak bias semasa menulis tentang Raif atau Ian... kerana dua2 watak saya enjoy semasa menulisnya. Malah, saya sayang kedua-duanya. Tidak ada istilah anak kandung atau anak tiri...{I pun macam Datin Raudhah gak tau...ahaks!} Cuma persoalannya, siapa yang akan saya angkat sebagai pilihan Johana.
Rupanya, bila APD dah diterbitkan... isu 'pilihan' Johana masih dipersoalkan...hehe. Maka dengan itu, saya terdorong untuk buat sesuatu... just for fun. And about a week ago, saya suka2 buat posting kat wall FB, suruh reader undi siapa yg sebenarnya lebih layak untuk dipilih oleh Johana...
Ini posting saya di FB...
Saya menerima byk komen ttg 'pilihan' Johana dlm APD. Ada yg suka... dan ada yg kurang berpuas hati. On behalf of Johana...{cewah...hehe...} saya nak buat survey sikit, siapa sebenarnya yang Johana patut pilih. Okey...mari kita suka2 vote!! :D

A) Raif Imran- 27, boyish look, smart & stylo (as Johana's description). Very caring (sanggup bersusah untuk Johana to the fact that he let Johana drives his brand new Scirocco!!) Responsible (he's been running his father's company without any complaint) A good friend & a great listener to Johana. BUT, as his mother puts it..."Raif tu...tak pernah lekat pada satu. Seribu itu kawan, berkasih pun seribu juga agaknya!"
B) Ian Redza-33, charming, cool & matured (as Johana's description). Very loving (and lovable by people around him) Generous (can put aside certain amount of his salary for charity). Very definite with his decission. BUT, he was once a sensitive and emotional son as his mother puts it..."Mampukah hati Ian dipujuk setelah Ian berjauh hati bertahun lamanya?"

Setakat ini, penerima undian tertinggi adalah....{jeng...jeng...jeng...macam Anugerah Bintang Popular lak...hehe}
IAN REDZA - 13
RAIF IMRAN- 7
Susulan daripada undian tersebut, keluarlah mcm2 pendapat.Ada yg kata, Ian jauh lebih baik drp Raif in terms of good qualities. No doubt that Raif pun byk good qualities.... i.e. seorang yg cukup caring terhadap org2 di sekelilingnya. Cuma, Ian ada plus point sbb hidup Ian tidak dikelilingi gadis2 spt kehidupan Raif yg colorful itu. :D
Ian dikatakan lebih matang dan lebih gentleman. Raif, walaupun gentleman... tapi ada emo sikit...hehe.
Ada pulak yg kata, Ian ni terlebih sensitive... nak merajuk bertahun2. Tapi ada jugak yg kata, Raif pulak yg tak sensitive terhadap perasaan Johana.
Ian is a go getter... tapi Raif, take things for granted. Masa Johana single, tak nak cakap apa2. Bila Ian muncul, barulah nak meluah rasa.
Dan mcm2 lagilah komen yg saya terima. Masing2 ingin mempertahankan 'pilihan' mereka.... and that really amazed me, you know!!
By right, Johana doesnt really have to choose who she wants... because it was a clear cut case to her ;) Tapi apa2 pun bagi saya, pemilihan Johana adalah berdasarkan "Kita berhak memilih yang terbaik..." She has the right to choose the best for herself. This is nothing got to do with being racist or whatever... mixed Malay-Scottish ke, Melayu tulen ke...hehe. Bukan bermakna, yang TIDAK DIPILIH itu tidak bagus, cuma yang DIPILIH itu lebik baik.
Sekali lagi, saya berterima kasih kpd anda yg sudi 'memperkatakan' tentang APD. Itu bermakna bila anda membaca APD (tanpa lompat-lompat bab...hu hu) anda turut berfikir ... menganalisa karakter yg saya cipta dan menghayati pergolakan jiwa watak2 utama itu!! Syabas dan terima kasih saya ucapkan!!

Thursday, February 09, 2012

Gambar2 semasa Karnival Karangkraf...

Sudah hampir 2 minggu berlalunya Karnival Karangkraf... tapi baru ni la saya sempat nak upload gambarnya. Memang semenjak dua menjak ni, keterujaan untuk meng upload gambar semakin berkurangan (malas yg sebenarnya) Dan saya juga sudah hilang keterujaan untuk bergambar (gara2 ada org kata muka saya nampak semakin chubby dlm gambar skrg nih!! Huwaaa!!) *Dasar tidak dpt menerima hakikat yg saya dh put on weight!!* Nanti la.... esok2 bila saya dh berjaya menguruskan sedikit badan saya... saya akan start posing semula... ahaks!

Sikit je gambar yg diambil masa Karnival tu... cukup syarat je! Sebagai bukti yg saya ada di Jalan Sepana tu (tanpa melencong ke tempat lain...) pada hari Sabtu petang dan Ahad pagi...:D
Bersama Damya Hanna & Lynn Dayana
Bersama Haiza Najwa (Di mana ada Haiza... selalunya ada Hezzy tapi di mana ada Hezzy, tak semestinya ada Haiza...kuikuikui)
Bersama Aleya Anessa
Bersama Iris Ixora
 
Copyright (c) 2010 when Hezzy Azra writes.... Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.