Saturday, January 26, 2013

Saya sayang karya saya (entry syok sendiri # 4)

Dah lama tak buat entry syok sendiri nih! :P

So hari ni, sambil menikmati cuti yg sedikit panjang (lebih sehari drp biasa)... meh kita sambung semula mode syok sendiri dan saya ingin berkisah tentang Aku Pilih Dia (APD)... novel keempat saya. Mula menulisnya pada pertengahan Januari 2011. Berjaya menamatkannya pada penghujung Ogos 2011. Dan memasarkannya pada awal Disember 2011. It all happened in one year... tulis, tamat dan terbit! :) Alhamdulillah... syukur.

Apa istimewanya APD di hati? Kerana sambal belacannya kah? Atau kerana flat tyre nya?? :D

1) Kerana APD umpama 'penyelamat' utk saya
Sebetulnya, APD bukan idea asal saya. Kawan saya yg cadangkan supaya tulis kisah 'two brothers like the same girl'  di saat saya hilang momentum utk menulis manuskrip yg keempat. Pada masa tu, saya katakan kpd dia..."Hish... klise sungguh idea ko ni! Takde idea lain ke?" bila saya mengadu manuskrip masih tak gerak2. Saya tahu dan saya sedar, dh berlambak-lambak novel dan movie paparkan tema cinta tiga segi antara adek-veradek ni. Tema biasa yg mungkin dah basi. Tapi bila manuskrip keempat tu masih bertakuk di page 38, dan saya masih mencari-cari momentum menulisnya, hati saya terbuka untuk tulis kisah dua beradik ni. Tetiba rasa mcm suka pulak nak cuba menggarap cerita yang 'klise' ini. Dah mula terbayang-bayangkan kenakalan Raif, gentleman nya si Ian tu dan keselambaan Jo. 'Kemunculan' mereka bertiga ni ibarat 'penyelamat' utk saya yg masih tergagau masa tu. So, saya tolak ketepi dulu manuskrip yg tersangkut tu... dan mula melakarkan kisah mereka bertiga. Ternyata, satu percaturan yg saya anggap cukup berbaloi bila APD ditulis dgn lancar sekali. APD was really a life saver! :)
Sbb tu saya sayang APD.

2) Kerana watak2nya yg 'jauh di mata tetapi dekat di hati'
Kalau diikutkan, watak2 utama dlm APD iaitu Johana dan Ian Redza... kedua-duanya bukan watak2 yg pernah muncul di depan mata saya (tidak spt watak hero & heroin dlm MK, KT dan CTB). Mereka berdua ni hanyalah watak2 imaginasi saya. Saya tidak pernah mengenali mana-mana gadis yg kematian tunang tersayang spt Johana. Saya juga tidak pernah mengenali mana-mana anak yg merajuk dgn ibu tirinya selama bertahun-tahun seperti Ian Redza. Tetapi ketika menulis APD... entah kenapa, kedua2 watak ini cukup mudah serasi dgn saya... dan menjadi begitu dekat di hati walaupun saya belum menulis kisah mereka lagi. Sungguhpun saya tidak pernah dpt membayangkan bagaimanakah rupa Johana dan Ian Redza, tetapi Jo dan Ian cukup sebati dgn saya sepanjang penulisan APD. Byk kali jugaklah, saya tersasul nak panggil office mate saya dgn nama 'Jo' dan 'Ian' sepanjang lapan bulan tu... hehe. Bagi saya, itulah ada satu 'kejayaan'... bila watak2 yg kita cipta itu cepat meresap ke dlm hati.
Sbb tu saya sayang APD.

3) Kerana hero-heronya
Dlm APD, saya sengaja mencipta 2 watak lelaki yg sama pentingnya iaitu Ian Redza dan Raif Imran. Adik beradik ini kalau diukur secara halus, keduanya sama tara. Kalau berbeza pun, tidak byk perbezaannya. Kalau dlm KT... sah2 pembaca nampak yg Akmal adalah heronya. Bukan si Ridzwan yg pernah curang kepada Marisa tu. Dlm CTB... walaupun watak Razlan penting, tetapi semua org boleh agak Shaq adalah heronya kerana Razlan yg berusia 47 tahun si duda anak lima itu tidak sesuai jadi hero. (Minta maap ye... kalau ada org tua atau duda2 yg kecik hati lak dgn kenyataan saya nih...:) Tetapi dalam APD, kewujudan dua lelaki ini membuatkan ada pembaca yg frust (ada ke yg sampai frust menonggeng? hehehe) dan tidak puas hati kerana Raif bukan pilihan hati Johana! As I have expected and foresee... rasa tidak puas hati itu pasti wujud kerana itulah sebenarnya niat saya pun ketika merangka APD dulu! Jgn marah ye peminat Raif Imran! Hehehehe. Saya sengaja mencipta watak 2nd hero yg kuat pengaruhnya sama dengan watak 1st hero. Saya mahu, readers boleh layan kedua2 hero ini. Walaupun majoriti memang prefer Ian as the hero... tetapi ada juga yg menjadi penyokong kuat Raif. Saya cuba meng'eksperimen' utk melihat sambutannya dan ternyata, eksperimen ini menjadi dan ia satu kejayaan peribadi buat saya bila adek-veradek ni menjadi 'kegilaan' di luar sana! :)
Sebab tu saya sayang Ian dan Raif... opps... APD! :D

Sungguhpun di luar sana heboh dgn isu yg mengatakan bahawa novel cinta adalah novel picisan, tetapi bagi saya yg menulis novel2 cinta... saya tetap rasa novel saya ada nilai2 mulia yg terselit di setiap bab dan kisah cintanya. Kerana saya tahu, setiap apa yg saya tulis itu adalah selepas deep thought... bukan tulis sembrono. Ada mesej yg saya nak sampaikan, ada pengajaran yg mahu saya kongsikan... walaupun sekadar dlm adegan hero tgh dating dgn heroin!
Walaupun ada yg kata APD membawa tema yg klise (saya tidak nafikan kenyataan itu) ... tetapi bagi saya, APD telah saya garapkan dengan stail saya yg tersendiri.
Maka dengan itu, biarpun digelar novel picisan (kononnya) APD tetap ada keistimewaan dan kekuatannya, yg pasti telah membezakan APD daripada novel2 yg lain.
Bak kata Ian dlm APD... “Elle est peut-être belle pour les autres... mais ne t’inquète pas, pour moi, tu es la plus belle du monde! Which means, she may be beautiful to others... but don’t worry, you are the most beautiful girl!”
So in other words... kalau ditukar sikit maksud ayat tu, biarlah ada novel yg menarik pun, APD tetap menarik di hati saya... :D
Terima kasih kpd semua yg sudi membaca APD dan seterusnya menjadikan APD tersenarai dlm carta terlaris buat beberapa minggu satu ketika dulu!

P/S: Nak buat entry syok sendiri #5... tapi SRV tak kuar lagi!! Hu hu.
Kita tunggu SRV terbit dulu la ek? ;)

4 comments:

HanaHideaki said...

Assalamualaikum akak...dah lama tak jengah di sini..ada novel baru sudah rupanya..tahniah sbb berjaya siapkan manuskrip akak tu akhirnya..hehehe..
hemo2 akak, entri ss x hengat ye...(akak yg tulis ye, sy repeat je) hahaha....bila baca n3 akak ni, tetiba teringat komen along sy, dia cakap "cite ni best, tapi apsl bukan dgn Raif akhirnya?" got d remark??!! hehe...sy pun nk Jo-Raif pd awlnya tp sbb Ian lg cool, jd Ian got my vote..baik tak sy..?? ;)

-Hana-

Hezzy Azra... said...

Walaikumussalam Hana.
Terima kasih atas ucapan tahniah tu...tgh berdebar ni. Tak tau camana penerimaan pembaca...hu hu.
Hahaha... mmg entry tak hengat!! Ya, akak tahu... ramai yg keciwa bila Jo tak end up dgn Raif... tapi akak dh 'reserved' kan sesuatu/seseorg utk dipadankan dgn Raif nnt... tungggguuuu!! :D
Biarkan Ian yg cool tu dgn Jo jer, k? Hana kan baik...hehe.

KrazyKikiKiAriHMS said...

Salam kak,

Hehehe. Rupanya akak ada post entry syok sendiri for APD... I think pernah I click on this tetapi belum sempat baca dah kena panggil buat kerja, then being a forgetful person, Ki lupa nak baca, lebih2 lagi Ki dah ada novel ne soon after that.

Nasib Ki tak baca kalau tak, hah, dalam review Ki tak banyak nak ditulis sebab macam almost semua yang I saw memang akak ada mentioned here. :P

True, your novel is cliche tapi with your writing style and delivery, I think you did a very good job. Penerimaan Ian terhadap kasih sayang ibu tirinya isn't really a typical plot. Selalu ibu tiri ne jahat and not very close with anak yang bukan dari rahimnya.

I like everything about this novel. :) but you already know that. lol

Hezzy Azra... said...

Salam Ki,
Akak mmg plan nak tulis 'entry syok sendiri' ni for all my books...just to share how I feel about all my work (biarpun mungkin ada yg kata perasan! hehehe)

Really glad that you like 'everything' about this novel. Membuatkan akak bertambah sayang pada APD (coz APD ada die hard fan like yourself...hehe)

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...