Masih dlm episod entry syok sendiri... :D
Kali ni, saya nak berkisah pasal Cinta Tak Beralih (CTB) pulak. Novel ketiga saya yg menerima komen paling kritikal, sinis dan juga memberangsangkan. Saya ambil masa yg panjang untuk menyiapkan novel ni. Mula menulisnya pada September 2008 dan hanya selepas 1 tahun 4 bulan (iaitu pada 1 Jan 2010) baharulah saya berjaya menoktahkannya. Akhirnya, CTB diterbitkan pada Julai 2010.
Hmm... why took me so long? Sebab saya pernah berhenti menulis selama 3 bulan selepas mencecah bab 10. Mood utk menulis masa tu tiba-tiba hilang melayang. Ini semua kerana saya tercari-cari apa 'resepi' yg disukai oleh pembaca. Sbb bila saya tulis MK yg fast pace tu... ada yg suka dan ada yg tak suka. Bila saya tulis KT yg melodrama tu pun... ada yg beri respon positif dan juga negatif. So, where should I lead to... fast pace or melodrama?
Sudahnya, sekitar bulan March 2009 saya kembali gigih menulis sehinggalah pada malam tahun baru 2010 (ditemani dgn bunyi dentum-dentam bunga api di Port Dickson...hehe). Sebab tu CTB istimewa di mata saya... masa tulis tu ada sound dan background effect!! Hahaha
Tapi kalau tanpa sound dan background effect pun... CTB tetap mendapat tempat di hati saya kerana :-
1) The love story
Sunggupun ramai yg geram dan bengang dgn kisah percintaan Larra Kirana & Shaqril Hafizi (Shaq) kerana bagi mereka, adanya unsur kecurangan di situ... hu hu... tetapi bagi saya, kisah mereka punya keunikan tersendiri. Bukan sengaja nak curang... tapi mereka 'ter'jatuh cinta!! Mereka telah berpandangan tanpa sapaan berbulan-bulan lamanya di basement parking dan lobi ofis. Tiba-tiba hanya satu insiden di mana Shaq menghantar kemejanya utk dicuci di kedai dobi Larra (sehari sebelum Shaq bertunang)... and the relationship just blossomed from there. Cinta mereka berputik BUKAN seperti Akmal yg byk membantu Marisa dlm susah dan senang (spt dlm KT). Dan BUKAN juga spt Fariq yg tertarik dgn Zaha kali pertama berjumpa (spt dlm MK). Tetapi mereka saling tahu antara satu sama lain hanya kerana perebutan parking lot di basement. Saling terpikat hanya dengan perbualan yg tidak sampai 10 minit sehari. Kemesraan mereka dipupuk tanpa perlu keluar berdating seperti pasangan lain. Keserasian wujud di antara mereka hanya dengan berkongsi small chats during their journey from the basement to the lobby. Dan uniknya percintaan ini kerana keduanya berpegang pada prinsip. Spt yg tertulis dlm CTB... cinta ini bukan sekadar mainan perasaan... tetapi cinta ini tentang prinsip dan pendirian. Bagaimana mereka berusaha untuk menidakkan cinta di hati tetapi akhirnya terpaksa mengaku yg mereka memang saling jatuh cinta. Bagaimana mereka berperang dgn perasaan untuk menghapuskan cinta itu demi tidak mahu melanggar prinsip diri. Ketika menulis plot2 dlm CTB... saya harus berfikir spt Larra yg berpendirian dan Shaq yg mempunyai integriti yg tinggi. Ia bukan sekadar cinta biasa. It was a tough decision for both of them. They have to sacrifice their own feelings. Part ni yg tak ramai org faham.. sad to say :(
Dan saya rasa, saya tak mampu menulis kisah cinta seperti ini di masa akan datang kerana menulis CTB menuntut byk pergolakan emosi.
Sebab itu saya sayang CTB.
2) Moral of the story and message behind the plot
Not many readers can see the moral of CTB and the messages behind each plot. Saya terima byk kritikan ttg plot dan apa yg ingin saya sampaikan dlm CTB. Readers marah kpd Shaq yg sanggup tinggalkan Larra utk tetap berkahwin dgn tunangnya; Balqis. Readers marahkan Larra yg masih menjalinkan hubungan dgn Shaq di awal perkahwinan Shaq dan Balqis. Readers marahkan Razlan yg boleh terfikir utk kahwin dgn Larra w/pun sebelum tu anggap Larra sebagai kawan, adik & business partner. Most readers cant accept that. Tapi mereka lupa utk melihat keseluruhan mesej dan moral di sebalik semua plot dan konflik tersebut. Shaq bertindak mcm tu sbb dia berpegang pada prinsip dan janji yg sudah dimaterai. Memang benar, Larra terus menjalinkan hubungan dgn Shaq yg sudah berkahwin. Namun bila sedar perbuatannya itu menyalahi prinsipnya, dia berusaha utk memadamkan api cinta itu. Razlan melamar Larra kerana fikirkan kepentingan anak-anaknya, bukan kepentingan diri sendiri. Dan dia melepaskan Larra pun kerana dia fikirkan perasaan orang lain, tanpa ambil kira hati dan perasaannya. Bagi saya, itulah keistimewaan CTB... bila setiap watak itu bertindak atas dasar prinsip. They are not being selfish... and that's the moral of the whole story. Dan saya rasa, CTB antara novel saya yang penuh dgn mesej.
Sebab itu saya sayang CTB.
3) Because of the hero (he's one of a kind)
Saya sengaja menicpta watak hero yg lain daripada lain. Biasanya hero... semuanya mesti gempak2 kan? Yg handsome, yg kaya, yg baik budi bahasa, yg murah hati, yg tip top dlm serba serbi. Tetapi dlm CTB, saya ingin menonjolkan hero yg bukan lelaki idaman Malaya...hehe. Saya cuma mahu hero saya ini... ada flaw nya. And his flaws tu, yg menjadikan dia istimewa di mata org yg mengenalinya. Hanya segelintir sahaja yg mampu nampak dan menghargai sikap Shaq yg kalkulatif, gila kereta, sebelum kenal dia... he looks so flamboyant and arrogant. Tapi bila mula bercakap dgn dia... dia sebenarnya seorang yg humble and very gentleman. Saya mahu twist kan character Shaq di situ. And how come, a calculative and thrifty man like him, boleh belikan Larra telekung sekembali dari Bandung sebagai souvenir? (Ramai pembaca yg melahirkan rasa tidak puas hati dgn tindakan Shaq ni... kata kedekut, tapi boleh pulak belikan Larra telekung? Hehe) Jawapannya, kerana dlm diri Shaq terselit rasa sayang terhadap Larra.. Simple, when it comes to Larra... he can turn to be a generous and warm hearted man. Pernah dgr caption 'When a man loves a woman'? Hah... that's the power of love, you know... ;) Shaq is a real life character... saya menulis bukan sekadar khayalan tetapi apa yang terlintas di depan mata saya.
Sbb tu saya sayang CTB
Walaupun ramai yg condemn CTB... tetapi ramai juga yang memuji sikap Shaq, pendirian Larra dan keluhuran hati Razlan. Ada yg kata CTB tak kena dgn jiwa mereka.... tetapi ada juga yg mengakui, CTB spt realiti kisah hidup mereka. Ada yg merungut, CTB kurang perisa berbanding dgn novel saya yg lain... tetapi ada yg merasakan CTB lebih 'cheesy' drp kesemua novel saya. Apa2 pun... saya terima buruk dan baik komen tersebut kerana CTB tetap ada ruang tersendiri di dalam hati saya.
P/S: Next in line... entry syok sendiri #4... Aku Pilih Dia. "Sambal belacan ada?".... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...
No comments:
Post a Comment