Wednesday, April 16, 2014

Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013...Top 5

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi...novel kelima saya SEMERAH RED VELVET berjaya menempatkan diri di dalam senarai Top5 (Buku Pilihan Kategori Fiksyen Alaf 21) bersempena dengan Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013.


Undian Top 5 bermula hari ini ya! Borang2 boleh didapati dalam akhbar SINAR HARIAN edisi 16 April. Berikut adalah tarikh2 di mana borang akan disiarkan.
19 April - Sabtu
20 April - Ahad
24 April - Khamis
25 April - Jumaat
26 April - Sabtu
27 April - Ahad
28 April - Isnin
29 April - Selasa
30 April - Rabu
1 Mei - Khamis
2 Mei - Jumaat
3 Mei - Sabtu
4 Mei - Ahad


Terima kasih kpd yg sudi mengundi SRV... kisah Raina dan Emir Hadhri. Walaupun pada satu ketika, novel kelima saya ini dikiritik sebagai too light, too simple, konflik yg tak mencabar minda oleh sebilangan readers, tapi saya percaya, SRV ada 'harga' dan 'nilai' yg tersendiri. SRV may be light, may be simple and less conflicts... BUT there's a message in it! Ada nilai kekeluargaan, ada nilai kasih sayang, ada nilai kemanusiaan. Mungkin SRV gagal menambat hati sesetengah pembaca...tetapi bagi mereka yg tersentuh hati dgn SRV... saya amat hargai sokongan anda! Kalau kemenangan berpihak kpd saya... andalah yg menjadikan SRV sebagai BUKU PILIHAN 2013!

Perjalanan SRV untuk sampai ke peringkat top5 ini juga saya kira tidak mudah. SRV terpaksa bersaing dgn puluhan novel ALAF21 yg terbit sepanjang 2013. Kemudian apabila tersenarai dalam 10 pencalonan terawal itu pun, saya dah rasa 'WOWWW!!' (Sudah terasa bagai pemenang!!) 
Sebabnya, pencabar2 SRV semuanya hebat2 belaka!!! Novel2 hasil karya otai semuanya... best seller gitu!! Apa sangatlah SRV ni, kan?? Yg hanya diulangcetak sebanyak dua kali sahaja... karya yg dicap sebagai 'biasa2' saja oleh sebilangan pembaca. Tetapi bila tercalon dalam top10, siapa tak happy, ye tak? ;) 


Berlandaskan sedikit keyakinan, saya harap SRV mampu memberi saingan dalam kategorinya. Kalau tak menang pun, tak apa. Sbb saya sedar SRV kalah kpd novel yg jauh lebih baik. Namun bagi anda yang masih terasa untuk terus berikan sokongan pada Semerah Red Velvet...pls do so!! Saya mengalu-alukan undian anda...:)

No comments:

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...