I did it again!!
Membiarkan blog ini sunyi, sepi, berhabuk dan bersawang!! Sungguh tak bertanggungjawab saya nih!! :P
Bukan tak ada cerita best2 utk diceritakan... tapi takde mood nak menulis. Ini pun paksa diri... kena jugak tulis entry ni sebelum ia menjadi lebih basi dan tidak releven...;)
Like I said, ini sebenarnya cerita yg dah lama... sebulan lebih dah. Tapi takpe, kongsikan juga di blog ni. At least, ada jugaklah kenang-kenangan kalau lepas ni dah pencen dari bidang penulisan novel ni... sedikit 'pencapaian' novel2 saya yang telah disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan.
Bagi seorang penulis kecil-kecilan seperti saya, bila novel saya diperkatakan oleh seorang pakar yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran Persuratan Melayu... mestilah bangga, ye tak? Dalam banyak2 novel di pasaran, beliau telah menjadikan SRV sebagai contoh dalam artikel yang bertajuk 'Gaya Bahasa Novel Melayu'.
To read the full article, click the link below:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20140504/sa_02/Gaya-bahasa-novel-Melayu
Dalam Sinar Harian pada tarikh yang sama, ada sedikit wawancara tentang pesta buku yang sedang berlangsung. Terselit gambar SACK di situ... promosi percuma! :)
~Menurut penulis novel, Aku Pilih Dia dan Semerah Red Velvet, secara keseluruhan, PBAKL berjaya meriah kunjungan hebat dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia.
Malah Hezzy Azra, mengakui sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan pengunjung tidak putus-putus berada di dewan berkenaan untuk memilih naskhah pilihan mereka.
“Bukan sahaja buku saya dan novel lain, malah pelbagai jenis buku juga buku juga turut menerima sambutan luar biasa.
“Percaturan Alaf 21 dalam mewujudkan sesi temu mesra ini juga memberi ruang dan peluang untuk mengenali lebih dekat penulis kegemaran mereka. Ini adalah platform yang terbaik untuk penulis dan juga pembaca.
“Dengan cara ini, penulis dan pembaca dapat berkongsi idea dan kami juga tidak keberatan untuk mendengar maklum balas daripada mereka mengenai karya yang berada di pasaran,” katanya yang baru sahaja memperkenalkan novel terbaharunya, Sah, Aku Cinta Kamu.
Tambah Hezzy Azra, penerimaan masyarakat terhadap pesta buku yang dianjurkan juga semakin meluas dan setanding dengan acara hiburan~
Sebelum tu, tersiar pula di dalam Sinar Harian bertarikh 2 Mei, wawancara tentang penglibatan saya dalam bidang penulisan novel. Picture of me with SACK & SRV...:)
~Menurutnya, pesta buku kali ini dapat menarik perhatian orang ramai yang memenuhi dewan di PWTC pada hari cuti.
"Saya bangga dengan masyarakat yang tetap bersemangat walaupun karnival ini berlangsung pada hari cuti dan rehat mereka."
"Mereka bukan sahaja memanfaatkan cuti mereka dengan perkara yang berfaedah malah, inilah masa yang mereka ambil untuk mencari bahan bacaan bermutu."
Jelasnya lagi, menerusi PBAKL, sesi ramah mesra dapat merapatkan hubungannya bersama peminat yang sudah lama memberikan sokongan.
"Memang sebelum ini saya dan peminat pernah berkomunikasi melalui laman sosial seperti Facebook, namun mereka ini sangat setia dan mengambil peluang bertemu saya untuk tahun keenam."
"Dari situlah saya nampak, hubungan ini akan berterusan. Dan mereka merupakan inspirasi saya untuk meneruskan penghasilan novel yang lebih bermutu."
Selain itu, penulis yang popular dengan novel Semerah Red Velvet dan Sah, Aku Cinta Kamu! ini dalam perancangan untuk menulis manuskrip terbaharu.
"Setakat ini, saya masih memikirkan plot dan akan segera menulisnya atas permintaan peminat."
"Kebelakangan ini, peminat memilih untuk membaca cerita yang santai dan tiga novel terakhir saya, semuanya lebih ringan," katanya yang banyak menghasilkan novel bergenre romantik.
Bukan senang nak masuk suratkhabar, ye tak? ;)
No comments:
Post a Comment