Friday, June 13, 2014

Tomorrow is the day!!

Assalamualaikum semua...salam Jumaat.

Today is Friday the 13th, tomorrow will be Saturday the 14th...hari berlangsungnya ANUGERAH GRUP BUKU KARANGKRAF 2013 di mana menyaksikan Semerah Red Velvet dipertandingkan dalam kategori 'Buku Pilihan Kategori Novel Fiksyen Alaf21'.



Esok saya akan ke Vivatel Hotel, tempat berlangsungnya majlis anugerah ni. Menang atau kalah, itu kan adat bertanding. Tersenarai dalam top5, saya dah kira dapat bonus. Seandainya SRV menang, itu kira saya dapat bonus extravaganza!!

Kalau SRV menang, bukan bermakna novel yang lain tu tak bagus...cuma rezeki berpihak kepada saya. Tetapi kalau SRV kalah, bukan bermakna SRV tidak bagus... cuma belum cukup bagus setanding dengan yang menang itu. Think positive!!!

Ini ada artikel yg boleh saya kongsikan tentang perlu dan pentingnya diadakan majlis anugerah ini. Artikel hasil tulisan sifu chief editor Sinar Harian...

AGBK SUATU LANGKAH MEMARTABAT PENULIS

Sabtu ini, para penulis Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari akan berhimpun di majlis Anugerah Grup Buku Karangkraf(AGBK). 

Buat julung-julung kalinya GrupBuku memberi pengiktirafan kepada golongan penulisnya. Sebagai sebuah syarikat buku yang terbesar dengan jumlah penulis yang paling ramai di Malaysia, ia mampu mengadakan anugerah khas yang dikhususkan untuk para penulisnya.

AGBK adalah suatu majlis yang amat signifikan buat golongan penulis. Ia bererti, kerana anugerah ini adalah kemuncak kepada segala bentuk pengiktirafan daripada syarikat kepada para penulisnya.

Pengiktirafan ini bukannya upah perniagaan seperti menaikkan kadar royalti, menambah jumlah cetakan, memilih premis tersohor untuk mempamer buku para penulis atau memberikan promosi yang gah untuk penulis yang akhirnya menguntungkan penerbit secara langsung. Sebaliknya, imbuhan ini berupa pengiktirafan, langsung merayakan kejayaan penulis-penulis itu sendiri.

Belum tentu pengiktirafan ini menjanjikan keuntungan besar buat penerbit kerana golongan penulis belum begitu terkenal seperti golongan artis bilamana sesebuah anugerah itu akan menaikkan nilai dan harga bayaran kepada artis yang memenangi anugerah.

Justeru, sesebuah kemenangan itu tidak semestinya meledakkan jualan buku penulis tersebut pada keesokan hari. Kerana itu, penerbit belum tentu mendapat pulangan besar.

Namun, penerbit ingin meraikan penulis dan memartabatkan mereka sebagai golongan yang sewajarnya diberi penghargaan. Dalam konteks majlis anugerah, soal keuntungan bukannya agenda utama penerbit. Yang utama adalah ikhtiar penerbit menggembira dan mengglamorkan penulis. Inilah hadiah sebenar penerbit kepada penulis.

Hargailah kerana bukan semua penerbit sanggup memartabatkan para penulisnya sebegitu rupa dengan cara begini.


No comments:

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...