Tapi gambar yg saya tunjuk ni bukan cover ya. Ini muka surat sebelah dalam. Cover tu, nnt2 la tunjuk...kita bagi sneak preview je dulu. :)
Ni saya kongsikan sinopsis DAJ...
KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur… termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.
Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.
Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.
“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya… saya terima pinangan awak.”
Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh… ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA… ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.
2 comments:
Salam Hezry... wah macam best je mesti best ni cabaran memikat hati bakal pak mertua
Ramadan Kareem Notie,
Hehe...susah tu nak please pak mertua! Nak tahu selanjutnya, jgn lupa beli Ogos nanti ya? Tq...:)
Post a Comment