SALAM AIDIL FITRI SEMUA...
Dah masuk Syawal keenam baru saya sempat bukak blog. Busy sgt gamaknya...
Saya kira, masih belum terlewat utk saya memohon maaf zahir dan batin jika sepanjang saya menulis ni...saya pernah 'ter'tulis apa2 yg menyinggung hati sesiapa. Ampun maaf saya pohon.
Ni nak buat pengumuman skit... sebenarnya DAJ sudah berada di tangan saya sejak 10 Julai hari tu. Lps saje keluar 'labour room' saya terus sambar 'anak-anak Jeneral' dan pos kepada mereka yg dah order lebih awal. I guess by now, dah ramai juga yg dpt pegang anak Jeneral ni. Even yg dah habis baca pun quite a few.
Tapi bagi anda yg masih belum memiliki DAJ... setakat nak baca2 teaser buat pembuka selera...meh saya up bab 5. Mari berkenalan dgn heronya... hero yg mmg lain drp hero2 novel saya yg sebelumnya. Nak tahu apa kelainannya... jom layannn...
5
Dah masuk Syawal keenam baru saya sempat bukak blog. Busy sgt gamaknya...
Saya kira, masih belum terlewat utk saya memohon maaf zahir dan batin jika sepanjang saya menulis ni...saya pernah 'ter'tulis apa2 yg menyinggung hati sesiapa. Ampun maaf saya pohon.
Ni nak buat pengumuman skit... sebenarnya DAJ sudah berada di tangan saya sejak 10 Julai hari tu. Lps saje keluar 'labour room' saya terus sambar 'anak-anak Jeneral' dan pos kepada mereka yg dah order lebih awal. I guess by now, dah ramai juga yg dpt pegang anak Jeneral ni. Even yg dah habis baca pun quite a few.
Tapi bagi anda yg masih belum memiliki DAJ... setakat nak baca2 teaser buat pembuka selera...meh saya up bab 5. Mari berkenalan dgn heronya... hero yg mmg lain drp hero2 novel saya yg sebelumnya. Nak tahu apa kelainannya... jom layannn...
5
JALAN Hulu Langat masih lagi
sesak dengan kereta yang bertali-arus. Masing-masing bergegas hendak ke tempat
kerja. Tiga orang lelaki berjalan keluar dari sebuah restoran dan menyusuri
bahu jalan menuju kenderaan pick-up Mazda BT50 berwarna kelabu yang
diparkirkan tidak jauh daripada restoran tersebut.
Tiba di tepi
kereta, telefon bimbit yang berada di dalam pouch
pemilik pemandu Mazda itu berbunyi. Pantas lelaki itu menjawabnya bila terlihat
nama yang terpapar di skrin. “Ada apa tauke?” sapanya sambil membuka pintu
kereta.
“Eh, Ah Kif aar… lu sudah sampai itu tempat ke
belum?” tanya Ah Leong di hujung talian.
“Belum sampai lagi.
Saya baru lepas minum ni.” Lelaki yang berpakaian kemeja T berwarna biru gelap
dan berseluar jeans hitam itu
menjawab. Sementara Nuar dan Kudin terus mengambil tempat mereka di dalam
kenderaan itu.
“Eh… lu
jangan lambat lorr. Nanti itu orang
bising wooo…”
“Ya… ya… saya tahu.
Sudah mahu sampai maa… tapi saya mahu minum dulu.” Lelaki itu melihat
jam tangannya. Baru pukul 8.30. Masih awal lagi. Biasanya dia memulakan
kerjanya sekitar jam 9.30 pagi. Lagipun, dia sudah berada di Pekan Batu 18,
sudah tidak jauh lagi dari destinasinya.
“Okey… okey… bye.” Lalu Ah Leong terus mematikan
talian tanpa sempat lelaki itu membalasnya.
Lelaki itu
menggeleng sambil melangkah masuk ke dalam perut kereta. Telefon bimbitnya
diletakkan di compartment di hadapan.
Nama aku sedap-sedap Muhamad Zakhif… si Ah Leong ni masih panggil aku Ah Kif!
Sudah tidak mampu hendak marah, dia hanya tersenyum sendiri setiap kali Ah
Leong memanggilnya nama itu. Suka hati kaulah Ah Leong. Yang penting, dia dan Ah Leong saling memerlukan untuk kebaikan
kedua-dua belah pihak.
Baru sahaja dia
hendak menghidupkan enjin kereta, tiba-tiba Kudin bertanya Zakhif. “Bang, kau
kenal ke lelaki yang pakai baju putih tu? Sejak tadi dia asyik pandang-pandang
sini aje.”
Zakhif menghala
pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh Kudin. Dari jarak dua meter, dia lihat
lelaki berbaju putih yang dimaksudkan itu sedang berjalan ke arah kereta
mereka. Diamati wajah itu buat seketika. Cuba untuk mengecam.
Apabila lelaki itu
semakin mendekati, Zakhif tergelak sendiri. Pantas dia membuka pintu kereta
bila sudah pasti siapa gerangan lelaki itu. “Ya ALLAH… Shaq!”
Shaqril tersengih.
“Aku ingat kau dah tak kenal aku lagi!”
Tawa Zakhif masih
bersisa. “Takkanlah aku boleh lupa jiran yang selalu sedekahkan aku makanan?
Cuma tadi aku tak berapa perasan.”
Zakhif dan Shaqril
terus bersalaman. Terlukis riak gembira di wajah mereka setelah tidak berjumpa
lebih tiga tahun lamanya.
Dia dan Shaqril
sama-sama menuntut di Staffordshire University dan tinggal berjiran di Ashford
Street. Bezanya, Zakhif mengambil kursus
Civil and Structural Engineering dan
Shaqril pula merupakan pelajar jurusan Electronic
and Electrical Engineering. Dan
Zakhif berada di Stafford selama dua tahun sahaja setelah menerima tajaan
daripada majlis perbandaran untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah.
Manakala Shaqril memang sudah berada di sana sejak di tahun pertama hingga
memperolehi ijazah sarjananya.
“Aku tadi pun,
teragak-agak nak tegur masa nampak kau keluar dari restoran tadi. Ya atau tidak
Zakhif ni.” Sungguhpun Zakhif lebih awal pulang ke Malaysia dan tempoh mereka
hidup berjiran lebih kurang dua tahun sahaja, tetapi Shaqril rapat dengan
Zakhif satu ketika dahulu. Cuma sejak tiga tahun ini sahaja hubungan itu
terputus gara-gara kesibukan masing-masing.
“Kau tinggal area sini ke, Shaq?”
“Mak aku tinggal
kat sini. Aku tinggal di Bandar Utama. Kebetulan hari ni aku cuti… nak bawa mak
aku check up di hospital. Tu yang
singgah beli sarapan dulu,” jelas Shaqril.
Zakhif mengangguk.
“Kau masih kerja dengan majlis perbandaran tu
ke?” Seingat Shaqril, Zakhif terikat dengan kontrak bersama majlis perbandaran
selama lima tahun kerana majikannya itu yang menaja pengajian Zakhif di
peringkat ijazah semasa di Stafford dahulu.
“Dah tiga tahun aku
resign, Shaq. Lepas aje tamat
kontrak, aku chow. Sekarang ni aku
buka bisnes sendiri, jadi kontraktor kecil-kecilan.” Bukan Zakhif hendak
membangga diri memberitahu yang dia ada perniagaan sendiri, tetapi manalah
tahu, ada rezeki untuknya melalui Shaqril pula.
“Wah… senyap-senyap
dah jadi kontraktor kau ni. Hebat!” Shaqril kagum. Sedangkan dia pun masih
bekerja makan gaji. Bisnes kecil-kecilan yang dimilikinya, hanyalah sebuah
pusat mencuci kereta yang dibukanya dua tahun lalu di premis stesen petrol
kepunyaan rakannya; Razlan.
“Alaa… kelas E aje
pun.”
“Kelas E tu…
setakat buat banglo setengah juta, dah tentu dalam tangan.”
Zakhif tertawa
kecil. “Alhamdulillah… bolehlah cari makan.”
“Kau buat job apa kat sini?”
“Ada repair dan plumbing works sikit untuk satu banglo yang baru siap ni.”
Kerja-kerja pembaikan yang diberikan oleh Ah Leong kerana kontraktor asal sibuk
dengan projek lain. Rezeki untuk Zakhif, kerana buat masa sekarang ini memang
dia tidak ada job selepas kontrak
membaik-pulih dewan kem di bawah tender Kementerian Pertahanan selesai dua minggu
lalu.
“Oh… banglo yang baru siap warna coklat tu ke?”
“Ha’ah… kau tahu
ke?”
Shaqril angguk.
“Tak jauh daripada rumah mak aku. Owner
dia Jeneral kan?”
“Dengar-dengarnya
macam itulah…”
“Okeylah Khif, aku nak sembang panjang dengan
kau ni, tapi appointment mak aku
pukul 10.00 pulak. Takut lewat.” Shaqril terpaksa meminta diri sambil melihat
jam di tangannya.
“Nanti kita kena buat teh tarik session ni. Banyak nak sembang.” Zakhif
mencadangkan sambil menghulurkan salam.
“Okey… set!” Sempat Shaqril bertukar nombor
telefon dengan Zakhif.
No comments:
Post a Comment