Tuesday, August 25, 2015

Is DAJ up to your liking??

'LIKE' or 'SUKA' is a very subjective word. The degree of 'suka or like' has a big range or huge scale, we have to admit that.

Saya tahu, selera pembaca di luar sana pun berbeza. It varies from one and another. Ada yg 'sukaaaa sgt' dan ada yg 'suka biasa2 je'.

As for DAJ...yes so far I have received varies comments. Ada yg kategorikan sbgai 'besttt sgt'...ada yg sekadar kata 'best'. Mcm minum nescaffe tarik la kan? Ada yg suka nescaffe tarik manis2...smpai melekat manisnya kat tekak. Tapi ada juga yg just fine with the nescaffe tarik kurang manis. Mcm tu jugaklah DAJ ni.... ada yg kecewa sbb DAJ bukan 'manis-bergula-lemak- berkrim-disukai-ramai' spt SACK (the fact that Zakhif is as not as hottie as Raif Imran...hehe) Tapi ada juga yg sukakan karya yg manisnya biasa2 saja.

But whatever it is, I shall thank all of you my readers for accepting DAJ the way it is. Mungkin DAJ bagi anda masih ada kurangnya sana sini jika dibandingkan dgn novel2 lain yg membanjiri pasaran. Probably DAJ is not up to your expectation like my previous novels (tapi percayalah... saya dah cuba buat yg terbaik utk DAJ). But the fact that you can still pick DAJ from the book shelf and read it till the last page...I'm very much delighted. Syukur alhamdulillah.

Ni masuk bab promosi... to those yg masih belum beli DAJ...sudi2kanlah beli ye...hehe 

Boleh WhatsApp ke nombor di bwh ni 011-29061240 (Karangkraf Mall) or just click the link below to purchase online.

And here's a few feedback I recieved via FB Massenger. Terima kasih kpd Kak Mid & Elyyn utk feedback yg cukup manis bagi saya... I loike nescaffe tarik (be it manis or kurang manis...semua saya hirup...hehehe)

Saya ni x reti nk bg ulasan pnjg lebar mcm org lain. Yg saya tau, saya enjoy bca ur novel n always teruja nk tgu yg baru hihihi. Anyway nk ucap syabas n tahniah pd Hezzy utk karya yg trbaru dan teruskn berkarya ya coz saya akan terus setia mmbacanya. 
Komen utk DAJ , novel yg bagus dgn jln cerita yg trsendiri. I loike ur skill. Once ala2 nk trpikat gitu mcm trasa2 diri jdi heroin hihihi. Cuma mungkin previous novel lg heavy temanya..yg ni agak santai sikit. Overall tahniah and keep it up..

Assalamualaikum... Saya dh abis bc DAJ. Awal-awal baca...feel dia mcm CTB..tak sangka pulak mmg ada wtk Shaq-Larra .hehe. DAJ pd saya byk panduan yg blh diambil. Sbg contoh, dlm kehidupan.terutama hubungan antara anak dan bapa,suami dan isteri dan antara teman teman. Saya paling suka dgn sikap Syirin. Dalam kerasnya...dia ttp menurut kehendak si tuan jeneral dan cuba berikan yg terbaik dan peluang kpd Nukman walaupun di hatinya tlh mula terukir nama Zakhif. Sikap pentingkan diri Nukman dan Diara buat saya rasa nak bg pelempang. Demi kebahagiaan diri sanggup mengkambing hitamkan kehidupan org lain. Dan Zakhif pula sikap yg terlalu prihatin pd kesusahan masyarakat sekeliling hingga lupa apa keutamaan dlm hidupnya. Tak salah kita pergi memcurahkan bantuan tapi setiap yg kita lakukan perlu ada hadnya. Jgn sampai apa yg dikendong berciciran. Utk tuan jeneral plak...sbg bapa tidak salah dia memilih yg terbaik utk anaknya cuma apabila kriteria pilihan lebih bersandarkan kuasa,pangkat dan kesenangan... kebahagiaan seorg anak menjadi taruhan. Dan benar bg dikata,adakalanya yg dibenci itu merupakan yg terbaik utk kita.

Wednesday, August 12, 2015

Apa kata mereka ttg DAJ??

Sudahkah anda memiliki DIA ANAK JENERAL?? 

Kalau ada yg waswas nak beli DAJ tu.. sbb tak sure best ke tak, DAJ ni ceritanya 'keras' ke 'lembut', menepati citarasa atau tidak... saya sarankan anda baca beberapa komen yg saya terima ni.

Bukan nak membangga diri, saya tahu karya saya masih tidak sehebat mana. Karya saya masih ada lompongnya sana sini. Masih ada kekosongan yg perlu diisi...bukannya karya yg penuh pengisian spt karya org lain. Atau sebuah karya yg sweet2 i.e sayang-sayang atau I-LOVE-YOU and YOU-LOVE-ME (DAJ lain 'kemanisannya' berbanding dgn SACK! hehe)

Cuma, apa yg saya ingin kongsikan di sini...feedback drp mereka yg tersentuh hati dgn karya kecil saya ini. Ada yg beremosi, ada yg bernostalgik... jadi bacalah dgn mata hati...
  

Cerita yg bagus . Tahniah utk hezzy .

Dah habis baca cerita menarik kisah kasih sayang keluarga. Ok x ada tension2 smooth je.... cuma geram sikit kat nukman sbb tamak dan nak mempergunakan syirin utk dpt lesen kawin lagi satu.
Akak suka cite mcm ni... menarik x perlu konflik2 yg besar. Hero yg cool dan low profile. .. bukan anak dato or tan sri...Sesuai dgn taste akak ...x ada konflik berat2 org jahat dendam pengoda
Terkedu jap bila part merisik, dia org kena nikah tu. Tabik kat Zakhif tu..sbb sabar aje ngan kerenah pak mertua.

Sedih ckit bila Zakhif dpt jumpa ngan keluarga arwah mak & ayah dia.

Apa2 pun citer mmg best.
Carta TERHANGAT DI PASARAN dlm SINAR HARIAN edisi 19 Ogos 2014. 
DAJ menduduki tangga ketiga selepas seminggu keluar kilang!!
Alhamdulillah... 


Carta TERHANGAT DI PASARAN dlm SINAR HARIAN edisi 9 Ogos 2015. 
DAJ di anak tangga PERTAMA...
YA ALLAH...syukur Alhamdulillah.
Rasa nak lompat bintang!!!
Dah lama novel saya tak dpt no 1 dlm carta nih...tu pasal excited terlebih!! 


Terima kasih kpd yg yg sudi baca DAJ. Terima kasih kpd yg sudi bagi feedback (Kak Noor & Rozi) Dan terima kasih krn anda sudah meletakkan DAJ dlm carta TERHANGAT DI PASARAN!!


Monday, August 10, 2015

At MPH Nu Sentral... cerita semalam

I was at MPH Nu Sentral yesterday promoting DIA ANAK JENERAL with few other writers. Sesi berbual santai saje... getting to know me (penulis bilis ni) & my novels. 




Terima kasih kpd pihak MPH & Karangkraf yg menganjurkan sesi ini. Terima kasih kpd rakan2 pembaca yg sudi hadir despite the heavy traffic. Sampai ada yg sanggup turun naik komuter dan kemudian memeriahkan suasana di MPH tu...saya hargai kedatangan anda! 
Dan setakat 9 Ogos 2015, DAJ menduduki tangga ke 12 dalam senarai TOP 20 Bestseller Local di MPH. Alhamdulillah... syukur. This is already good enough for me...bila terpaksa bersaing dgn ramai lagi penulis yg hebat2 di luar sana!

Thursday, August 06, 2015

Santai Penulis Karangkraf di MPH Nu Sentral

Date: Sunday 9th August 2015
Time: 2 to 4pm
Venue: MPH Nu Sentral

Sekiranya ada kelapangan Ahad ni...dah habis open house raya yg nak kena pergi, jom kita bersantai sama2 di MPH Nu Sentral!

Saya dan rakan2 penulis lain spt Novelis Murni Aqila, Naim Tamdjis dan Nurul Janah akan berada di sana jam 2 hingga 4 ptg. Boleh kita borak2, tanya2 soalan, sign2 buku, selfie sama2...ye tak?? Hehe

Kami menanti kedatangan anda!!

Wednesday, August 05, 2015

36 + 6

Dah bertahun saya tak buat entry sempena birthday. After few years... now I'm back to jot something. Tetiba rasa nak kongsi dan luahkan apa yg saya rasa bila umur dah meningkat lagi satu tahun.

Me being 36 + 6...

~I still have a soul mate whom I have been married for 15 years
~I still have a mother to call and wish me 'Happy Birthday'
~I have a beautiful and smart daughter whom I gave birth 13 years ago
~I have my own 7 years old Pug to drive around
~I still have a job in the company I have been working for the past 17 years (with no pay raise and bonus...huhu)
~I'm able to write during my past time

Alhamdulillah for all these. Syukur dgn nikmat yg ada ini. Dgn apa yg ada... we make the best out of it.

Tetapi sebenar-benarnya, banyak lagi yg saya belum kecapi sepanjang 42 thn ni. 

Bukan utk bermewah2, bukannya nak bermegah2... but there are few things I want to accomplish in my life. Impian saya tak besar (I'm a small dreamer...huhu) Cita2 saya tak tinggi melangit. 

Saya tak bermimpi utk jadi Datin atau sebagainya. Gelaran 'Puan' dah cukup bagi saya.
Saya tak bercita2 utk ke Tanah Suci berkali2 mcm sesetengah org. Tapi kalau dapat pergi sekali pun dah syukur rasanya.
Saya tak rancang nak melancong sana sini atau visit the 7 wonders in the world every year. Tapi kalau dapat bawa mak saya mengerjakan umrah sebelum usia mencecah 45 pun, saya dah rasa syukur.
Saya tak ketagih utk beli branded clothes, shoes & bags to wear every day. Or designer shawls, hijab or whatsover. Apa yg ada pun dah memadai utk saya pakai/guna sekali-sekala.
Saya tak harap drive Audi S5 (walaupun saya gila kereta) Tapi kalau dapat drive the new 308 pun dah rasa syukur. :) 
Saya tak terfikir utk jadi housewife dan berjoli menghabiskan duit suami. Tapi kalau dapat  bersara awal dan duduk rumah to do things which I should have done a long time ago...that would be nice.

Tapi yalah kan... kita hanya merancang, ALLAH yg tentukan. Kadang2 kita dah plan baik-baik pun, at the end of the day ada external factor yg ruined it all. Bukan salah kita pun...kita dah berhati2 tapi org lain pulak yg buat plan kita go wrong! Other people's wrong decission has made your life haywire and you got stuck in between! Pathethic right??

Tapi tak apalah... fikir yg baik2 saje. Mungkin yg kita fikir terbaik tu bukan yg terbaik utk kita. And as we all know, ALLAH is the best planner. So being 42 with this kind of life I'm facing... I have to be redha. Inilah ketentuanNYA utk saya.. 

Terima kasih kpd mereka yg tak putus2 berikan ucapan dan doa utk saya semalam...di FB dan WhatsApp. Moga doa anda termakbul.. utk melihat saya dikurniakan kesihatan yg baik dan berjaya di dunia dan di akhirat. Dan saya juga berdoa, moga ALLAH limpahkan rahmat kpd mereka yg ikhlas mendoakan saya. Amiinn...

Saturday, August 01, 2015

The August Triplets!!

Tadaaaa....

Ni dia, novel2 yg diterbitkan utk bulan Ogos (bulan kemerdekaan dan bulan hari lahir saya...ahaks!!)

DIA ANAK JENERAL dan kawan2 seperjuangan iaitu SALJU CINTA ANNA (AIDA ADRIANI) dan PENJARA MATI (RIDUAN JIDIN). 

Genre apa yg anda suka? Tak tahu genre apa yg nak pilih?
~Bulan Ogos ni ada genre thriller, ada genre cinta dan keluarga. Pilihlah mana yg melekat di hati.

Tak ada masa nak ke kedai beli buku?? Susah nak order buku?
~ Eh... dah tak susah skrg ni. Nak order, boleh WhatsApp jer 011-29061240. Mudah kan?


So, what's stopping you from buying?? Cepat2lah beli ye!!



SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...