Wednesday, July 20, 2016

Bakal diadaptasi!!

Syukur Alhamdulillah...setelah hampir setahun DAJ 'dilamar' oleh dua production houses untuk dijadikan drama dan telah pun dihantar ke dua stesen televisyen... akhirnya DAJ menjadi milik A.Aida Production dan akan disiarkan di saluran RTM.

Tetapi slot apa, bila tarikh siaran, siapa yg bakal pegang watak Zakhif, Syirin dan Lt. Jen. Hambali... semua tu belum boleh saya jawab lagi. Poster ini sekadar proposal penulis skripnya. Masih jauh 'perjalanan' DAJ sbb belum pun mula shooting lagi!! :)

Biar siapa pun barisan pelakonnya... let's hope that the actor/actress dapat menjiwai watak Zakhif, Syirin dan Lt. Jen Hambali. Bagi saya, emosi dalaman Zakhif, Syirin dan Lt. Jen. Hambali sgt penting untuk menghidupkan watak. Semasa menulis DAJ, saya tak ambil kisah sgt dari segi lokasi, tempat2 menarik or anything related to that. Sbb saya bukan tulis travelog....hehe. Tapi DAJ saya tulis dgn penuh mainan emosi dan pemikiran utk setiap karekternya. Adaptasi bukan sekadar mevisualkan apa yg saya tulis dlm DAJ tu... tapi memberikan gambaran yg tepat ttg emosi yg dialami oleh watak2nya di dlm beberapa situasi. Jadi, siapa pun pelakonnya... harap2 lakonan mereka boleh memberikan impak yg mendalam kpd sesiapa yg menontonnya nanti. Harap2 pengambaran drama ini nanti berjalan lancar. Harap2 drama ni nanti meletopsss (sbb saya tak sampai hati utk kecewakan pembaca2 tegar DAJ dan peminat2 Zakhif - Syirin...hehe)

Sebenarnya drama adaptasi novel ini sgt besar risikonya... it's either meletops or it's a flop ! ;)
But despite all that, as a small time writer, it has always been a dream to see my novel being adapted into a film/drama. Sudah tersurat... akhirnya novel ketujuh saya yg terpilih. And I hope... this is a start to another career path. Mudah2an lps ni... menyusul pula Aku Pilih Dia, Sah Aku Cinta Kamu, Semerah Red Velvet, Cinta Tak Beralih, Melodi Kasih dan Kenangan Terindah di skrin tv atau panggung.... amin.

3 comments:

notie said...

Aku pilih dia..... paling akak suka. Yang lain suka juga. Tahniah semuga DAJ meletups-letups dan novel makin laku. aamin

Hezzy Azra... said...

Tq Kak Notie!!
Saya pun harap AKU PILIH DIA akan diadaptasi satu hari nnt. Tapi setakat ni takde sapa pun boleh lakonkan watak IAN REDZA...huhu

diya jamal said...

tv2 jam berapa kak?

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...