Friday, November 30, 2007

The License

Hari ni saya memperbaharui lesen memandu buat kali yg ke 15.

After 15 years, driving has become my daily routine. Saya cuma tak pegang stereng kereta masa dah 7 bulan mengandung... itu pun atas nasihat doktor (due to the pregnancy complication). Kwn baik saya; SS pernah kata "Woi, tak padan dgn mengandung... bwk keta macam kan apa!"Kalau ikutkan hati, selagi perut yg memboyot tu tak sentuh stereng, selagi itu saya nak terus memandu sampai hari bersalin! Sebab tu, cukup aje 44 hari tempoh berpantang, saya dah capai kunci kereta nak pegi Giant beli grocerries... rindu sgt nak drive!

I dont know about other people, but as for me, I find driving as an art... that requires skill and passion. Sejak kecil lagi, saya suka perhatikan arwah abah memandu. Kalau saya tengok perempuan yg drive, saya rasa kagum teramat sgt. Ketika tahun 70an dan 80an... lady drivers tak seramai skrg ni. And that really inspired me. Masa tu, mmg saya bercita-cita sgt nak belajar memandu (maka sbb itu jugaklah, saya tak reti tunggang basikal kerana cita2 saya nak pandu kereta!) Haha... cukup memalukan... sampai skrg pun saya tak reti naik basikal!

Dan bila umur saya genap 17 tahun, saya terus ckp pada arwah abah, saya nak enrol di driving school. Tapi arwah tak benarkan... dia kata muda sgt lagi, tunggu dulu. Stress giler saya masa tu. Lebih-lebih lagi bila kwn2 dah mula belajar memandu. Tapi saya tak patah semangat... dgn duit yg arwah bagi utk belanja sekolah, saya simpan sikit2 dan terus daftar dgn driving school ketika saya dlm tingkatan 6. Saya belajar memandu lepas habis sekolah, sblm arwah balik kerja. Mak saya tahu... jadi dia tolong cover line utk saya! Hahaha... konspirasi anak beranak! Kali pertama saya ambik ujian memandu, saya gagal sebab terlanggar tiang nak masuk side parking. Tapi usaha mesti diteruskan! Berkat kesabaran dan ketekunan, lepas habis exam STPM, saya pun dapat lesen! Seronok giler masa tu... terasa di awang-awangan. Dan arwah pun senyap lepas tu... nak kata apa lagi bila saya ambik jer kunci kereta dia bawak mak saya jalan2 pegi kedai!

Sepanjang 15 tahun sebagai pemandu, pelbagai pengalaman pahit, manis dan sedih pernah saya lalui. Saya telah 'berkhidmat' sebagai 'pemandu tetap' yg membawa arwah abah ke klinik saban hari selama berbulan-bulan utk menerima rawatan susulan. Masa tu dia tak boleh drive kerana kesihatan tak mengizinkan. Saya pernah accident dlm thn 1999 kerana menghentam boot kereta depan di MRR2...(gara2 leka dgr lagu hindustan, saya disaman RM300!). Saya juga pernah skidded sorang diri tgh2 hiway kerana hujan lebat. Alhamdulillah... nasib baik tak de kereta lain yg melanggar saya pulak. Tiga kali saya memandu mengalahkan ambulance dlm saat2 kritikal kerana membawa orang2 tersayang ke emergency room... (arwah abah sesak nafas, arwah wan kena hypo dan husband diserang appendix yg hampir burst!) Dan itulah 'khidmat' terakhir saya kpd arwah abah. Antara pengalaman manis pula, apabila trip dari Kuala Trengganu-KL cuma 4 jam. Personal achievement tu... sbb bukan drive 'sports' car saya tu tapi sebaliknya Toyota Prado! Dan saya pernah memberi saingan yg hebat kpd BMW 330ci di LDP (saje nak menyakat mamat Beamer yg eksyen tu!)

Walau apapun, saya berterima kasih pada abang err...(saya lupa nama dia!) yg pertama kali mengajar saya memandu dlm tahun 1992 dgn penuh kesabaran. Dan husband yg sering kali provoke dan challenge saya bila memandu... always push me to the limit as long as I can take the challenge! To a certain people, it may not be a good practice... but I look at it in a positive way. That makes me a better driver... when he has increased my speed limit from 140km/h to 160km/h recently!

Thursday, November 29, 2007

Lepak kejap...



I've been very busy, extra lazy, too restless, no mood at all, me and my daughter had diarrhoea due to viral infection... that explains why this blog has not been updated for more than a week.


Dlm keadaan macam tu, sempat jugak bawak si kecik pegi holiday sempena cuti sekolah ni. Just over the weekend, tak pegi jauh pun... setakat lepak kejap kat PD jer. But at least, we fulfilled our promise to her. Kalau tidak, kesian dia... cuti sekolah duduk umah tengok cartoon network! For sure, minggu2 selepas ni kitorg dah tak boleh nak bawak dia pegi bercuti lagi. Dgn proses perpindahan yang akan dijalankan selepas ini, expect us to be running here and there to look for fans and lightings, furnitures, kitchen cabinet, curtains, etc! Kalau tak pun, mengutip kotak2 kosong di belakang supermarket!

Aduh... the thought of it plus the budget... dah buat saya fening berminggu2! Kalau pindah ke rumah banglo, camana agaknye ye? But the only thing I learn about moving to a new house is tat... beli apa yg perlu (only the basic) dgn apa yg ada di dlm tangan. Yang lain2 tu boleh add on later. Kalau semua nak beli skrg... not just we are leaving a big hole in our pocket (as it is now) But we might also have holes everywhere... i.e. kain, seluar,baju semua berlubang2 nanti! Kes parah bila terpaksa melakukan proses penampalan yang mega selepas tu...
P/S: Yang buat mood pun kureng skit sbb MU kalah dgn Bolton 1-0 last weekend... teruk kena kutuk!

Wednesday, November 14, 2007

Let's Do The Banghra Dance!


Hari Ahad lepas 11th November… bertempat di D’ Palma Hotel telah berlangsungnya annual concert sekolah anak saya.
I noticed that she’s been practicing a few dance steps at home. Bila saya tanya buat apa masa concert nanti… dia jawab “Bangla…” Saya senyum jer. That moment, I knew it’s going to be a ‘Banghra dance not a Bangla dance!’
Tapi pagi sebelum concert tu, tetiba dia tak sihat… vomited a few times. Saya dah mula risau, takut dia missed concert dia. Tapi, lepas bwk ke klinik, dia mcm ok sikit dan saya tetap hantar dia ke sekolah, untuk bersiap menjelang concert. Dia pun nampaknye kuatkan semangat utk perform. She even convinced me “Dah ok dah, mama… tak rasa nak muntah pun!”
And we, being the excited parents… tak sabar tunggu showtime. Sampai saya terpaksa cancelled get-together dgn kawan2 CBN, despite the fact that we have planned it weeks ago! Sebenarnya cukup susah nak mengumpulkan gang2 CBNers yg kesemuanya seramai 21 orang tu. Ada yg dah hilang entah ke mana. Ada yg dah tak berminat langsung nak bersua muka dan masing2 pulak busy dgn commitment (housewives, working mummys, career woman, etc) Tak dapat nak kumpul 21 orang, dapat 10 orang pun dah cukup bagus. Mereka inilah kengkawan saya yg sama nakal (u’ll be surprised how ‘nakal’ we used to be!), sama baik (dlm nakal2 tu, we still have the good values in us… *wink*!) But I hope there’ll be another gathering after this. Even though, I was really looking forward to join all of them, but then again… my 5 years old daughter’s show as a banghra dancer is once in a life time!
P/S: What a beautiful goal by Ronaldo to beat Blackburn 2-0 last Sunday!

Friday, November 02, 2007

Test-driving...



The latest model of Vios... kereta terkini yg saya dan husband test-drive. Easy to maneuver, but looks a bit feminine to me. Kalau saya nak beli Vios tu... harus kena letak bodykit ni! Baru la nampak sporty dan masculine skit! Tapi pokok pangkalnya...KALAU beli... hahaha


Well, test-driving has always been our favourite past time for ages! Be it secondhand or brand new cars on the road. Bukannye nak membeli pun... but just for the fun of it! Saje suka menjenguk showroom dan 'berlagak' spt ingin membeli kereta. But, the truth is, we just want to test-drive the car! Tapi, mana la tahu, kot satu hari nanti... terbuka pulak pintu hati nak menambah hutang yg ada... (this is one of the things we both are trying to avoid. Secara amnya, org2 M'sia ni mempunyai purchasing power yg besar dlm pembelian kereta. Mengikut kajian, M'sia merupakan antara negara yg mempunyai bilangan kereta yang banyak berbanding dgn population yg ada. The verdict... just look at the traffic now la!)


But whatever it is, I must say my appreciation to a few of the sales person that we came across. Walaupun, diorg ni sebenarnya tak pasti sama ada kami ni potential buyer atau tidak... tapi tetap melayan kehendak dan gelagat kami tanpa prejudis. Mungkin dlm hati, diorg mengutuk kitorg jugak kot... but the fact that they can still put on smiles on their faces (was it fake or wat? Entahlah!) kira ok la tu!


But there are cases, ada jugak jumpa salesman yg tak sporting sgt. Yang reluctant utk layan rupa sengkek mcm kitorg ni . There was one time, we both walked into this quite prestigious used car showroom... clad in jeans, t-shirts and sandals (kira selebet abis la masa tu)... mintak nak drive Audi A4 2.0T model 2004! Tercengang jugak mamat tu pada mula. Dan lebih kelakar, tengok ekspresi muka dia bila kunci kereta yg diunjukkan kpd husband... dan kemudian, husband jawab dgn selamba... "Oh, my wife is going to drive, not me!" Haha... ternganga dia sekejap. Nak kata 'tak boleh'... tak professional pulak kan? Nak kata 'ya' tapi dlm hati, he must've been very worried... "Alamak! Wife dia ke yg nak bawak? Kalau apa2 jadi, camana?" Some men are just being bias towards lady drivers... I can sense that from the look on their face! Why? What's wrong with lady drivers? Do not underestimate us, okay? Dan tak semua pemandu lelaki bagus2 belaka... ada jugak yg hancus kan? Well, I'm not saying that I'm a bloody good driver, but I was well trained by somebody who has started his driving career as young as 12 years old! Bukan nak puji suami sendiri, tapi di kalangan keluarga dan kawan2... he's known as the best & reliable driver! Dan salesman yg mcm nak tak nak tu pun terpaksa jugak izinkan saya duduk kat driver's seat sementara husband saya duduk kat seat belakang!


Walau apa pun, sepatutnya salesman tak boleh prejudis dan bias dlm memberi layanan kpd customer. We may not have the intention to buy the car now, tapi spt yg saya cakapkan tadi, mana la tahu, ada rezeki dan terbukak pintu hati kitorg nak beli kereta tu satu hari nnt... who knows, we might go back to you, right?

Thursday, November 01, 2007

Our agenda for this weekend...


Football? Nak kata saya ni gila bola, well… frankly, I don’t consider myself as a female football maniac. Rasanya lebih ramai lagi org pompuan yg gila bola kat luar sana tu… yg tahu every details and latest updates about football. Tapi saya mengikuti jugak serba sedikit perkembangan sukan yg menjadi kegilaan ramai ni.

Bila time World Cup, sejak zaman sekolah hingga tahun lepas piala dunia 2006 di Germany, saya turut berjaga sampai ke pagi lebih2 lagi kalau favourite team atau favourite player turun padang. Sama2 bersorak dgn husband kalau goal. Sama2 berkongsi info kalau ada game yg salah seorang drp kami missed nak tengok! Atau saling mengutuk bila masing2 punya favourite team kantoi. Way back in 1990, masa tu saya dlm tkt 5. Seharian saya tersenggut-senggut dan tertidur dlm kelas sbb ‘meraikan’ kejayaan Jerman menjulang Piala Dunia bersama2 Juergen Klinsmann, Pierre Littbarski, Rudi Voller! Sehingga Cikgu kena ketuk meja kejutkan saya! Begitulah impak piala dunia kpd saya satu ketika dulu… dan mungkin juga kpd ramai org lain.

EPL? Pada awalnya, saya kurang mengikuti. Tapi bila dah kahwin dgn husband yg memang MU great supporter, yg selalu mengorbankan malam hujung minggu kalau ada match melibatkan MU… saya pun terpaksa beralah. Kalau dah asyik dgr citer pasal Sir Alex Ferguson, dari zaman Eric Cantona hinggalah kpd Ryan Giggs yg dah bermain utk MU selama 17 tahun, Roy Keane tinggalkan MU dan jadi coach Sunderland, David Beckham kena jual sbb gaduh dgn Sir Alex, Ruud van Nistleroy join Real Madrid, berbaloi MU beli player yg highly skilled spt Christiano Ronaldo dan Nani, Paul Scholes yg selalu panas baran kat padang, Van de Sar, Rooney, JS Park, Saha dan skrg Carlos Tevez… camana saya tak terikut? Bak kata pepatah… “If you can’t beat them, you join them!”
Walaupun tak semua game EPL saya tonton tapi kalau MU main, saya gerenti tengok. Walaupun tak menghadap TV 90 minit, saya masih menonton berselang-seli dgn membaca novel atau menulis manuscript di lap top. And this coming weekend, something that shall never be missed. Perlawanan antara MU dan Arsenal. MU yg cuba mengekalkan tangga pertama liga bertemu dgn Arsenal yg telah seri satu sama dgn Liverpool pada hari Ahad lepas. (Ada macam pengulas sukan tak? Hehe!) It’s going to be an interesting and entertaining game. Walaupun sebenarnya, bila MU lawan dgn Chelsea berebut takhta liga ketika zaman Jose Mourinho masih bersama… lagi best, lebih sengit, tersangat tension! But still, this is one of the game we are looking forward to.
Argh… there goes our weekend!

P/S: Though I’m not a football craze, but I still have these dreams of becoming a live spectator in one of those World Cup Finals. Or at least... sit on a bench, which is sponsored by Audi at Old Trafford to watch MU playing…

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...