Thursday, May 22, 2008

UEFA Champions League



Saya tak plan pun nak tengok atau temankan husband menonton MU dan Chelsea bermain utk merebut trofi Champions League awal pagi tadi. Walaupun berminat, tapi fikir balik... alahai, buang masa jer tengok. Naluri saya mengatakan Chelsea akan menang... haha... macam la hebat sgt naluri saya tu! Tapi saya terjaga sendiri pukul 4.30 pagi... dah masuk second half. Sudahnya... tertengok jugak akhirnya!



Siap buat kopi O panas... makan dgn bread butter pudding, menyaksikan detik2 cemas bila semua peluang MU tersasar. Tambahan masa 30 minit bila masih terikat 1-1... dan akhirnya ditentukan dgn tendangan penalty. Masa tu pun, saya dan husband masih rasa Chelsea berpeluang utk menang. Memandangkan pada pendapat kami, Edwin Van de Sar tak terror sgt save penalty kick ni. Especially bila Ronaldo missed the penalty... mangkuk betul la mamat tu, sama ada dia over confident atau terlalu gabra!




Tapi akhirnya, MU menang juga dgn 6-5 sepakan penalty. Edwin Van de Sar saves a penalty kick by Chelsea's Anelka. And before that, by John Terry. Wow... MU won 2 titles for this season!




Sorry to all Chelsea fans... spt kata Kieran di radio ERA pagi tadi.. "pagi yg gelap utk penyokong Chelsea" ... antaranya; adik ipar dan anak buah saya! Haha



And now, I am very... very... sleepy! Memandangkan saya sudah mengisi perut seawal 4.30 pagi dgn bread butter pudding, which can be considered as sahur... maka saya yg berpuasa hari ni boleh la tido sekejap lunch time nanti...

4 comments:

jogi said...

Walaupun saya tak sokong Chelsea, tapi saya mmg menyangka chelsea akan mng. Tapi MU gak rupanya...

Saya tak tengok siaran ni secara live, jadi xblh tgk detik2 genting dalam perlawanan tersebut.

Hezzy Azra... said...

Jogi,
Lama tak singgah... hilang2 mcm Mr Arrow jugak ke? Hehe

Tak rugi pun klau missed game live tu. Replay ada... lagipun, klau tgk live... sampai ari ni pun tak hilang2 ngantuknye lagi!

jogi said...

Hahaha... Mr Arrow? Mungkin tidak...

Sebenarnya bukan tak singgah. Singgah, cuma tak sempat nak ucap salam. Mana taknya, surf kat rumah... baru nak menaip ada jelah yang nak ikut menaip. Siapa lagi kalau bukan si kecik 2 org tu... Sudahnya close macam tu je.

Apa pun, tahniah buat penyokong2 kuat MU! Walaupun mengantuk, tapi berbaloi...

Hezzy Azra... said...

Jogi,
Ya mungkin tidak...tak de org yg 'mengaum sebising' dia! Hahaha...

Si kecik 2 org tu (esp. abang yg handsome tu kot) nak jadi IT programmer besar nanti agaknye... ok la tu!

Kira berbaloi jugak la, dah la menang... dapat ganti puasa! Haha... teruk betul penyokong2 kuat MU di Kota!

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...