Thursday, November 27, 2008

My 16 years of craziness...

Hari ni saya akan memperbaharui lesen memandu buat kali yg ke 16. Bermakna... dh 16 tahun saya jadi drebar/supir/chauffeur... kpd arwah abah, mak, kakak2 saya esp kakak yg kedua, mak saudara, anak saudara, adik ipar, kawan2, ofis, bos, anak dan suami! Wah... begitu banyak sekali tanggungjawabku! Haha


Honestly speaking... I dont mind at all. It's all because I enjoy driving so much. Walaupun ada masanya, datang jugak angin malas tiba-tiba. And that can be detected by my husband. Ayat2 seperti... "Apasal drive terhegeh-hegeh ni?" "Kalau macam ni you drive, esok pagi pun tak sampai lagi!" "Macam baru semalam dapat lesen jer..." pasti akan kedengaran. Itu maknanya cara pemanduan saya tidak mencapai standard piawaian dia. Penyebabnya, saya tgh malas maka saya drive pun macam nak tak nak aje. Dan dia cukup berbulu kalau saya drive gaya entah apa-apa tu.



Tapi selalunya mood saya untuk driving memang sentiasa ada. Esp when I have a mission to accomplish i.e tailing another car! (I just love doing this...haha) Confirm ayat2 sebegini akan keluar dari mulut husband saya... "Nak racing la tu... apa lagi!" "Cepatlah pergi kejar kereta tu... and please dont disapoint me or disgrace my car!" "Tekan lagi minyak... maintain the speed... 140km/h but not more than 160km/h." Siap dapat green light lagi tu! Dont blame me for driving fast... I have a strong support from my husband. And that's the reason why I fell in love with him... he's been very understanding towards my desire and passion! Haha



Kalau orang lain, selalunya bila baru-baru dapat lesen aje yg jadi gila stereng. Tapi saya ni, dah 16 tahun pegang lesen pun masih lagi dengan kegilaan itu. Saya pernah drive secabuk-cabuk Suzuki Jimny, sebesar gedabak Isuzu Trooper dan Toyota Prado, kereta Malaysia, kereta Jepun, kereta Sweden, kereta France, kereta German, kereta Itali. Tetapi saya masih tak puas hati. Sebenarnya masih banyak lagi jenis kereta saya cukup teringin, teruja dan berkobar-kobar nak test-drive (sebab nak beli, tak mampu... so, test-drive aje la kan... hehe)



Dan kereta terbaru yang saya test-drive...







It's the 2.0 litre with 155 bhp Mitsubishi Lancer GT!


Tercapai jugak cita-cita murni ini... bila saya dan suami memandunya di LDP.... huhu.


And what is the next car to test-drive? Kena tengok list ni...
Hmm... Could it be the Skyline or the Fairlady?? Ahaks!

8 comments:

jogi da bomb said...

Salam. O... nak renew lesen memandu ye? Baru teringat lesen memandu saya pun dah hampir tiba ke tarikh expired. Mujur baca k.hezzy punya post. Kalau tak, mau tahun depan baru saya renew. Hehehe...

Seronok kan, dapat husband yg sporting ni. Kita nak bakar2 kereta sebelah ke, kita nak race ke, semua tak jadi hal. Dan yang penting, dia sentiasa percaya kita mampu bawak apa2 jenis kereta pun. Kadang kecut perut jgk nak bwk kereta org ni, tapi bila husband nampak confident je... kita pun automatik jadi confident.

Tapi apa pun, dah lama saya tak dapat memecut. Apa taknya, ke sana ke mari bawak hero dua orang tu yg tak reti duduk diam. Baru pecut sikit, dah tergolek2 dalam kereta, esp yg kecik tu. Kalau yg sulung, ok je. Siap dia bakar kita; "Ibu, bawak laju2 ibu..."

Apa pun, lesen memandu saya taklah selama lesen memandu k.hezzy. Baru 10 tahun saya mmgang lesen.

diamond baby said...

mak aii, not more than 160? engkau memang perempuan gila tak takut mati :D

Hezzy Azra... said...

Jogi,
Camana la tak bwk laju kan? Suami terchenta yg bagi galakan & sokongan. Nnt tak dgr cakap suami... derhaka pulak kan? Hehe

P/S: Dah renew lesen ke belum? :) Klau tak renew, tak bleh bwk hero berdua tu jalan2...

Hezzy Azra... said...

diamond baby,
Hahaha... ye, akulah pompuan gila yg drive dari Bkt Gantang, Ipoh ke Sberang Jaya, Penang - 50 minit!

Tak takut mati?? Well... mati itu pasti, hidup InsyaALLAH..;P

jogi da bomb said...

Belum renew lesen lagi. Biasalah, selalu tu memang lambat renew. Bukan lupa, tapi sengaja nak cari pasal dgn JPJ. Hahaha...

Betul tu K.Hezzy, dah suami yang bagi galakan bawak keta laju... kenalah ikut. Kalau dia bagi galakan untuk berdrift pun, tentu saya turutkan. Teringin jugak nak tau skill nak pusing kete tu.

Hezzy Azra... said...

Jogi,
Drift??? Setuju... setuju! Akak pun, kalau diberi green light... ke Bukit Jalil diturutkan! Hahaha

Tapi kan, dah park sebelah-sebelah pun, masih tak dapat lagi ilmu/skill pusing keta tu... tension betul! Hehe

jogi da bomb said...

Cuba la intai-intai sikit kalau lalu kat keta sebelah tu. Hehehe...

Kena pandai main dengan handbreak rasanya. Tapi nak test, sayang pulak kat tayar kereta. Nanti baru guna dua tiga hari, dah botak... tak pun sport rim kemek. Hehehe... Orang kaya blh la... kan?

Hezzy Azra... said...

Jogi,
Dah puas intai... tapi ilmu dia tu kebal sgt agaknya... sampai skrg tak dapat dipelajari! Hehe

Rasanya, kena byk main clutch dan gear jugak kot(itu pasal hari tu gearbox boleh pecah dan clutch rosak)

Nak jadi kaya?? Makanlah oats untuk breakfast atau home made bread serta buah2an utk lunch... gerenti boleh simpan duit punya! Hahahaha

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...