KAU TETAP DI HATI
Harga: RM19.90
Penulis: Liza Zahira
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-394-7
Sinopsis:
TERPERANGKAP di celah kemelut silam kakaknya, menjadikan Sophia gadis yang cekal. Kepulangannya dari New Zealand bukan membawa segulung ijazah tetapi terpaksa berhadapan dengan bekas abang ipar yang berdendam dengannya.
Lalu bermulalah episod baru yang datang silih berganti. Demi masa depan tiga orang anak saudara, dia menerima Nasmizan, rakan lama yang akhirnya menjadi suami. Malangnya, musibah menimpa. Suami yang baru dinikahi menemui ajal di tangannya. Fitnah telah merosakkan segala harapan, apatah lagi dia dituduh bersubahat membunuh oleh ibu kandung sendiri.
Segala dugaan terpaksa ditempuh sendirian hinggalah Benjamin, lelaki yang pernah singgah di hatinya muncul kembali. Tapi, bukan mudah untuk mendapat restu daripada seorang ibu lantaran kasih terhadap menantu yang telah tiada masih begitu utuh.
Sophia Basir... berpijaklah di bumi nyata! Di usia muda ini, mustahil terus-terusan mahu menjadi lilin, sedangkan diri sendiri berhak mengecap bahagia. Bukankah hidup mesti diteruskan?
SETEGUH CINTA
Harga: RM19.90
Harga: RM19.90
Penulis: Durrah Fatiha
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-399-2
Sinopsis:
MAHLIGAI bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangannya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang perkahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.
MAHLIGAI bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangannya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang perkahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.
Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adli berhenti kerja dan menjadi ‘househusband.’ Untuk mengelakkan rumah tangga terus berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan. Perpisahan itu mula menimbulkan kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati.
Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini. Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?
4 comments:
hye....i love n0vel. saya suka menulis but aper jgk cerita yg saya tulis mesti tergantung.. macm mana tu ek? boleh puan bantu saya?
Salam juju,
Kalau dah ada minat menulis tu, teruskan saje. Just stay focus and consistent... insyaALLAH,cerita-cerita tu semua pasti akan menemui 'ending'nya.
Secebis nasihat dari akak yg juga masih merangkak dlm penulisan novel ini. All the best to you & good luck.
Erm..KENANGAN TERINDAH..
best!!~
xsbr nk tgu 3rd nOvel frOm akak!!~
Salam chEntA,
Terima kasih krn sudi membeli, menerokai Kenangan Terindah... dan menyukainya!
Sementara tunggu novel yg ke3 (yg masih dlm pembikinan)... apa kata kalau chEntA baca dulu novel yg pertama; Melodi Kasih :)
Post a Comment