Sana sini hujan, siang malam pun hujan. Kain baju, cadar, tuala... semua lambat nak kering. Saya pun sebutlah hajat saya pada husband, rasa macam nak beli dryer jer...hehe. Dan jawapan dia... "Beli dryer? U nak bukak kedai dobi ke apa?"
Sabtu 6hb ~ Saya ke rumah novelis kak Lily Haslina sempena meraikan perkahwinan Hanif-Suzie... tahniah diucapkan kpd pasangan pengantin. Ni kira majlis menyambut menantu/adik ipar. Balik dari Bandar Rinching... dlm hujan yg lebat tu, kami tetap pecut sbb nak menghadiri satu lagi kenduri kahwin di Kg Baru. Mujur sempat sampai sebelum pkl 4... sebelum katerer angkat meja... hehe.
Ahad 7hb~ Petang raya masa mencari lemang kat Karak Hiway pun hujan mencurah-curah. Bila hujan dah reda, saya yg berada di rumah mak ketika tu, asyik terdengar bunyi helicopter lalu-lalang di angkasa... atas bumbung rumah. Pasukan penyelamat atau mungkin juga pihak media yg sedang membuat liputan kejadian tanah runtuh yg meranapkan 14 buah banglo di Bukit Antarabangsa. Jarak antara Bkt Antarabangsa dgn rumah mak saya pun tak jauh... kurang drp 5km. Setiap kali ada tanah runtuh di kawasan berdekatan, memang tak sunyi drp bunyi helicopter. Kepada keluarga mangsa yg terlibat, ucapan takziah saya ucapkan. Dan kejadian ini juga membuatkan saya rasa sedikit sebak bila teringatkan rakan sekelas sejak drp darjah 5 hingga tingkatan 3... yg terkorban bersama dua orang anak dan suami, ketika kejadian tanah runtuh banglo Tan Sri Ismail di Tmn Hillview pada November 2002. Al-Fatihah utk Allahyarhamah Zaradina...
Isnin 8hb~ Begitu juga ketika menyambut Aidil Adha. Dari rumah mak saya, ke rumah mertua dan kemudian ke rumah mak saudara di Putrajaya... sepanjang perjalanan hujan.
Selasa 9hb~ Dah mula bekerja. Plan nak balik awal pada mulanya. Tetiba hujan turun selebat-lebatnya... it pours like crazy! Dan saya pun terkandas la sekejap di dalam office. Yang pastinya, laluan depan office saya gerenti banjir kilat bila hujan mcm ni. Selalunya saya boleh nampak kereta saya dari pintu office, tapi dek kerana hujan yg lebat sgt... inilah gambaran parking di mana saya slalu park kereta.
Tak nampak apa, kan??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...
2 comments:
Walaupun tak nampak jelas, tapi masih boleh nampak orang sedang berpayung. Siapa agaknya tu??? Mungkinkah....?
Salam Jogi,
Orang berpayung?? Mungkinkah...??? Segalanya mungkin!!! Hahahaha
Atau itu hanya jelmaan kot... hehehe
Post a Comment