Sudah 3 hari kita menempuhi tahun 1430 Hijrah dan tinggal sehari lagi sebelum menjejakkan kaki ke alam 2009.
Saya nak imbas kembali serba sikit beberapa peristiwa penting yg saya lalui sepanjang 1429H/2008M. Ada di antara peristiwa itu mungkin nampak remeh, tetapi cukup signifikan bagi saya :)
Januari ~ Wedding anniversary yg ke 8 disambut di rumah sendiri. Lain rasanya bila duduk menyewa dan duduk di rumah sendiri. Dan bermulanya, rutin saya tanpa pembantu rumah... after having them around for the past 6 years!
Februari ~ Bertungkus lumus merombak manuskrip kedua utk kali yang ke 6. Entah serba tak kena rasanya mansukrip tu. Sehingga saya pernah tak tidur hampir 24 jam merombaknya!
March ~ PRU ke 12... yg menyaksikan perubahan besar politik negara. Apa yg saya rasa? I've posted one entry about this. Dan lepas PRU, barulah saya sedar, ramai pulak rupanya penyokong PKR di keliling saya... hehe.
April~ Buat kali pertama berada di kalangan para novelis sempena Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC. It was an awesome experience!
May ~ Selepas berbulan-bulan test drive bermacam-macam kereta, keluar masuk pelbagai show room, puas menyelak majalah Motor Trader dan AutoCar... at the end, I've decided on that 'small & fun car... 1.4cc, 8-valve engine, 70bhp at 5500rpm. Why do I say it's fun? Because it's small but yet very stable. 3 hours of driving from Penang to KL with average speed of 140km/h... I really had fun with it!
June ~ Merasa royalti yg pertama untuk hasil karya saya bercerita ttg Zaha-Fariq, EJ-Taj dan Iman-Huzir... alhamdulillah
July ~ Buat pertama kali, ditemuramah live on TV dlm rancangan WW di Astro Awani. Selepas masuk TV, ramai kenalan yg rata-ratanya tidak pernah tahu bahawa saya menulis novel jadi terkejut dgn perkembangan terbaru saya. Sehingga ada yg berkata "You mean, you write books? What kind of novels? Hmm, I never knew any famous writer before..." Dan saya membetulkan tanggapan tersebut "I'm not famous! I just appeared in that particular slot only!"
August ~ Usia menginjak setahun lagi...
September ~ Birthday husband saya bulan April, tapi saya mintak postponed utk belikan dia hadiah. Sebabnya, tak tahu hadiah apa nak bagi. Dah masuk bulan September dan ada budget lebih sikit, baru saya belikan sesuatu... hehe. Teruk betul, kan?
October ~ AHA's graduation day. Nak masuk darjah 1 dah anak dara saya tu...
November ~ Novel ke2 'Kenangan Terindah' mula berada di pasaran. Saya suka sebaris ayat dlm sinopsis novel KT, simple tapi penuh makna... Hati Marisa tidak pernah keliru...
December ~ There must be a push and pull factor for every changes. Or may be, it's high time to make the changes?? Hmmm...
Kita akan membuka lembaran baru. Apa azam tahun baru saya? Masa dulu-dulu saya selalu berazam tiap kali tahun baru tiba. Tapi bila usia dah meningkat ni... boleh dikatakan setiap hari saya berazam! Hahaha... macam bagus-bagus aje, kan? Tapi mmg betul pun... tiap-tiap hari saya berazam utk melakukan sesuatu yg lebih baik dari semalam, dan cuba mengelak utk melakukan kesilapan seperti hari yang sebelumnya. Tercapai atau tidak... itu belakang kira... hehe. Tapi sekurang-kurangnya, saya berazam jugak kan?
Selamat Menyambut Awal Muharam 1430H dan Tahun Baru 2009 kpd semua pengunjung blog ini... moga tahun baru ini membawa lebih kesejahteraan dan keberkataan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...
12 comments:
selamat tahun baru 2009
semoga lebih cemerlang
waaahhhh... tak sangka aku melihat gambar ko! semakin cantik bertudung... tahniah...
semoga lebih cemerlang di tahun 2009!
chaiyok!
Salam che-mie,
Selamat tahun baru. Moga anda juga terus sukses dan dimurahkn rezeki...
Salam Rose,
Jgn tak sangka-tak sangka... itu lah realitinya! Hahaha
Jgn la puji2... eden malu!! :)
Semoga kau juga terus sukses dan cemerlang dlm usaha memperbanyakkan 'stok'...
Assalamualaikum
Selamat tahun baru hijrah dan masihi buat Kak Hezzy.
Semoga tahun ini membawa kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
Amin...
P/S: Sudi2kanla tengok citer hero tua (Samarinda-Rozana, Selasa-Khamis, TV3, 10.30 malam). Shooting kat office husband saya - Etika Emas)
Salam Thn Br - moga2 ada hasilan yg lebih tbaik buat 2009....
ziya nk bagi STAR kat NOVEL Kenangan T'indah....
- suka sgt kat AKMAL x dpt huby mcm tu pun x pa ..hehehe
- mintak2 sgt ank2 punya sikap mcm AKMAL...
- pa2 pun Akaml Contoh Tbaik Buat Remaja Masa Kini ...
-Thankz Kak Hezzy Azra
Jogi,
Selamat tahun baru utk Jogi, dimurahkn rezeki, sihat tubuh badan. Amin
Alamak... citer hero tua ke? Ni yg lemah nak tengok ni... hehe. InsyaALLAH, kalau ada masa terluang akak akan tengok. Bila sekolah dah start ni, dah mula busy.
P/S: Eses tak antar komen sbb busy dgn thesis agaknye...
Salam EYA ZAMANI ZAITEE,
Selamat tahun baru hijrah & masihi.
Berbyak2 terima kasih krn:-
~sokongan dan ucapan
~bagi STAR utk novel KT
~menyukai Akmal
~watak Akmal layak dijadikan sbg role model utk remaja masa kini
Thanx again, dik...
salam hezzy azra..
wah ni rupanya penulis yg jogi promotekan kat ummi...saya kakak ipar jogi..peminat novel alaf 21..tahniah dgn hasil kerja hezzy..semoga tahun 2009 lebih cemerlang dari 2008..selamat berkarya !!
Salam UmmiAnni,
Terima kasih atas ucapan dan sokongan. Semoga tahun 2009 juga bakal membawa lebih keberkatan dan keceriaan utk Ummi sekeluarga...
Hehehe... dah tolong promote kat kakak ipar tu... 'rahsia menyamar diri sebagai angah' baru aje terbongkar.
Jogi,
Hehe... tu la nak nyamar lagi! Walau apa2 pun, terima kasih byk2 sbb tolong mempromosikan...
Post a Comment