Followers

Friday, October 31, 2008

Pesta Buku Alaf21

Pesta buku ALAF 21 kembali lagi. Bermula hari ini Jumaat 30 Oktober hingga Ahad 2 November 2008.








Datanglah beramai-ramai... insyaALLAH saya akan menyertai anda pada hari Sabtu dan Ahad (1 & 2 November). Jumpa di sana...



... kerana saya ada sesuatu untuk anda yg mengikuti hasil penulisan saya selama ini...


Taraaaa...











Alhamdulillah... novel terbaru saya sudah 'dilahirkan'. Terima kasih kepada ALAF 21 yg sudi menerbitkan karya kedua saya ini. Buat permulaan, ianya akan berada di rak buku premis ALAF pada esok 1 November hingga lusa, 2 November SAHAJA. Kenangan Terindah hanya akan berada di pasaran luar pada pertengahan bulan November. InsyaALLAH...









Sanggup berkorban tanda cinta, tetapi Marisa tidak sanggup mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan Ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah demi cita-cita yang ingin digapai Ridzwan di luar negara.



Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menabur duri pada cintanya.
Namun, hati lelaki sememangnya sukar dijaga. Kesetiaannya pedih dicalar luka. Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya.Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas ketika masih mentah. Kesabarannya berbalas, TUHAN kirim­kan seorang insan untuk menghapuskan airmata, merawat lukanya dan berada di sisi... ketika suka atau duka.
Masa berlalu... Ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah ke­liru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun, dirahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan, tidak mahu lelaki itu tersalah anggap.Ketika rahsia tersingkap, dapatkah Ridzwan menerima kenyataan yang dia kenal insan itu?

Tuesday, October 28, 2008

Sepanjang Syawal

Syawal pun dah nak sampai ke penghujungnya. Sepanjang sebulan ni, memang saya agak sibuk... sibuk beraya... hehe. Jemputan rumah terbuka tiap-tiap minggu mesti ada.

Bermula dengan...


7 Okt - Rumah novelis Kak Eka Fahara. Open house cum farewell dinner utk novelis Laila Kamilia.




11 Okt- Rumah mak saya. Open house cum birthday party AHA. Saya tak sempat bergambar kerana mendapat kontrak mencuci pinggan mangkuk/periuk belanga di dapur! Cuma sempat ambil gambar AHA di samping keknya saje.




12 Okt- Tiga jemputan rumah terbuka. Gambar di bawah ni, salah satu daripadanya.




18 Okt- Rumah Along saya. Pun tak sempat bergambar... sibuk sangatlah gamaknya! AHA saje yg berposing di samping sepupu saya.





19 Okt- Empat jemputan... tapi sempat pergi tiga saje. Salah satunya, rumah kakak ipar saya. Gambar di bawah ni, saya dengan anak dia. Mamanya sibuk melayan tetamu, saya pun tolonglah layan anak dia sekejap.




23 Okt- Majlis Hari Raya di premis Alaf 21.




25 Okt- Satu rumah saje.





26 Okt- Ada tiga jemputan. Tapi dah tak larat nak pergi. Kami sekeluarga diserang batuk dan selsema. Enough of open houses! With all the rich and oily food... I think I have gained back the 2 kilos which I have lost in the month of Ramadhan... uhuk...uhuk!
Kena makan semula makanan yg berkhasiat dan tidak menggemukkan. But what is healthy food?... Hmm.... bubur nasi dan sup, kot!

Thursday, October 23, 2008

Tagged by Moon @ Murni Aqila

Musim2 raya ni, banyak pulak kena tagged.

Tapi tak apa... layan ajelah. Tengah boring, tak berapa sihat (selsema dan batuk) and I'm not really in the right frame of mind... (gosh... hate this feeling!)



3 TABIAT BURUK ZAMAN SEKOLAH

1. Suka berangan.
Kalau cikgu atau subjek itu membosankan, saya pasti akan berangan/mengelamun… i.e. fikir apa nak makan time recess nanti, balik sekolah nak singgah McD Ampang Park ke tidak, atau nak lepak bowling alley Yow Chuan Plaza, nak naik bas sekolah Uncle ke naik bas Sri Jaya…
2. Tidur dalam kelas.
Kalau dah tak faham cikgu tu ajar apa… baik tidur aje… dapat jugak merehatkan mata dan minda…
3. Suka cari alasan keluar kelas
Lebih-lebih lagi bila dah jadi Prefect… memudahkan lagi misi2 untuk ‘tuang’ kelas dengan alasan ada duty... so, memanjang aje lah saya ber'duty'

3 FAVOURITE SUBJEK... KENAPA?

1. BM- pernah menang best student untuk subjek Bahasa Malaysia dan mengalahkan straight A’s student yang lain. Bangga wooo… lebih2 lagi bila students kelas pandai tu mula celik mata tengok saya... A1 without fail...hahaha
2. Sastera – sanggup tukar aliran lepas SRP… from Science Stream to Arts sebab suka menganalisa novel… chewah! Lagi satu, boleh baca novel time sekolah. Dan cikgu2 yg mengajar Sastera dari tingkatan 4 hingga tingkatan 6 semua best2 i.e Puan Siti, Puan Puteh, Puan Rozi
3. Commerce- sebab Puan Latifah Dol yg mengajar commerce masa form 2 tu glamour habis. Suka tengok gaya dia yg stylo dan sanggul siput dia tu!


3 SUBJEK X BEST... KENAPA?

1. Science subjects- be it Biology, Chemistry, Physics. Tak tercapai akalku subjek2 sains ni… hehe
2. Geografi – malas nak hafal nama2 tempat, ibu Negara…
3. Lukisan – sbb tangan keras macam kayu. Kalau lukis gambar orang, tak ada bezanya dengan tiang lampu... kalau Rose Harissa tengok sure dia gelak guling2 punya!

MENARIK PADA KAMU...

Apa yang boleh menarik perhatian saya pada seseorang... is the way he/she talks and how he/she can make one simple conversation turns out to be an interesting one.
Dan apa yang menarik pada saya? Entahlah… kena tanya kepada sesiapa yang pernah ‘ter’tarik pada saya… itu pun, kot la ada yg pernah tertarik!

KAMU PALING SUKA…
Banyak benda yang saya suka, kalau nak disenaraikan, letih lah pulak. Tapi antaranya, driving (the more I drive, the more I can polish my driving skill), listening to music and sing my heart out!


ANDA TAK BOLEH HIDUP TANPA...

Pencipta Yang Maha Esa, Yang Maha Besar
Tapi kalau material wise, saya tak boleh hidup kalau tak ada handphone, muzik dan kunci kereta. These three things enough to keep me going…

SEBELUM TIDUR MALAM, SIAPA YANG DIHUBUNGI?
Dulu masa bercinta, ada la org yg nak dihubungi nak ucap ‘Good Nite, Sweet Dreams’ dan sebagainya. Tapi bila dah kahwin ni, tak payahlah nak berhubung2… membazir aje bil telefon!


MANGSA SETERUSNYA...

1)Eka Fahara
2)Rose Harissa
3)Raudhah

Tuesday, October 14, 2008

Tagged by Raudhah...

Rules:
1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog

Starting time: 12.00 noon
Name : H******* @ Hezzy Azra
Sisters : 2 elder sisters
Brothers : Nil
Shoe size : 5
Height : 150cm
Where do you live : In between this place call MD and SB


Have you ever been on a plane : Yes
Swam in the ocean : More like berendam.. Becoz I cannot berenang…
Fallen asleep at school : Oh… tat was normal… hehe
Broken someone’s heart : Kepada sesiapa yg berkenaan, di hari baik bulan baik ni, saya memohon ampun dan maaf... zahir dan batin…
Fell off your chair : Yup… quite a number of times…
Sat by the phone all night waiting for someone to call : Oh yes… sampai tertido-tido la kat tepi telefon tu!
Saved e-mails : Yup… dah beribu2 email…
What is your room like : Terang benderang (tak suka bilik gelap) with a smell of lavender
What’s right beside you: A bundle of payment tat need to be prepared… awat la malas sungguh ari ni?
What is the last thing you ate : Nasi lemak


Ever had...
Chicken pox :
Believe it or not… had it for three times. Aged 5, 15 and 19. Tapi masa 19 tahun yg paling horror… sampai kat kulit kepala pun ada. To make it even worse, got it a day before raya and one week before STPM trial exam!
Sore throat : Kadang-kadang
Stitches : Rasanya, delivery stitches je kot. Masa jatuh dari bas sekolah dulu tu,siku terkoyak… tapi tak berjahit...
Broken nose : Never
Do you believe in love at first sight : Believe it… but never experienced it
Like picnics : So-so



Who was/were...
The last person you danced with :
Myself kot… dgr lagu Dewa 'Sedang Ingin Bercinta'… hahaha
Last made you smile : Neighbour I met at the coridor…
You last yelled at : AHA… because she's already late for school



Today did you...
Talk to someone you like :
Of course… I talk only to person that I really like!!!
Kissed anyone : AHA… masa hantar dia ke sekolah tadi
Get sick : Setakat ni, alhamdulillah… masih sihat walafiat
Talk to an ex : Which ex? X3, X5...Haha...
Miss someone : Arwah abah… forever.



Who do you really hate: Tak baik benci-benci orang… tapi kalau jealous sikit2 tak apa… hehe
Do you like your hand-writing : Nope… coz I know my handwriting is terrible…
Are your toe nails painted : Never
Whose bed other than yours would you rather sleep in : Those bed in 6 stars hotels…
What color shirt are you wearing now : Black with white stripe
Are you a friendly person : I think so… dan juga begitu prihatin terhadap org2 sekeliling! Chewah…
Do you have any pets : Well, not exactly mine… Debab the rabbit dan kura-kura Sonia & Sania tu AHA punya. But I'm the one who's feeding them…
Do you sleep with the TV on : Ada jugak la… sekali-sekala
What are you doing right now : Menjawab soalan 'tagged' yg sungguh mencabar minda ini!
Can you handle the truth : Depending on how true is the truth…
Are you closer to your mother or father : Masa kecik2 dulu dgn arwah abah. Sekarang dah tua2 ni, dgn mak.
Do you eat healthy : Trying to... with great difficulties… hehe
Do you still have pictures of you & your ex : Dah kena bakar kot!
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : My two best listeners… SS and SS
Are you loud or quiet most of the time : Can be very loud… can also be very quiet… ikut mood
Are you confident : Yes I am... kadang2 sampai terlebih confident la pulak! Haha



5 things I was doing 10 years ago
1) 25 years old and still courting with my husband
2) driving the white Iswara
3) still living with mak and arwah abah
4) working in Cyberjaya… mak ooii… penat berulang alik
5) taking arwah abah to dialysis centre/hospital


5 things I would do if I were a billionaire
1) build masjid
2) pegi haji/umrah tiap2 tahun. And bring along all my family members and relatives
3) settle all my debts
4) jadi banker kpd kawan2/kenalan2 yg memerlukan
5) buy ALL my dream cars… biar penuh garage!



5 of my bad habits
1) moody
2) sometimes I have this 'tak apa la' attitude… (kira macam malas la tu…hehe)
3) have the tendency and potential to do things which can be considered as 'kerja gila/mengarut' by most people
4) cook only when I feel like cooking
5) driving 110km/h when the speed limit is 90km/h... 140km/h when the speed limit is 110km/h. haiya… just cannot follow the speed limit laa…




5 places I've lived/living
1) KP
2) TK
3) BSP
4) DD
5) KD




5 people I tag

1) Mersik 2) Lynn Dayana 3) Dhiya Zafira 4) Iris Ixora 5) Diamond Baby

Friday, October 10, 2008

AHA is six...

AHA satu tahun...


AHA dua tahun.. AHA tiga tahun...



AHA empat tahun...AHA lima tahun...
AHA enam tahun...


Masih ingat lagi, kata2 gynae saya dua minggu sebelum AHA lahir... "With your condition and complication, you mungkin akan bersalin cukup 36 minggu. Kalau sampai 38 minggu... it's going to be a bonus to you. To reach 40 weeks, kind of miracles."


Dan pada hari Khamis 10.10.2002 bersamaan 3 Syaaban 1423 pukul 2.59pm... kelahiran AHA secara normal delivery memang 'bonus' untuk saya. Alhamdulillah

Time flies! Today, she is already six. Soon, she's going to be a grown up girl... (yg akan lebih tinggi daripada saya sikit masa lagi!) Masa dia baby, ramai orang kata dia photosate copy muka saya. Tapi bila dah besar ni, ramai pulak yg kata dia lebih byk ikut rupa papa dia. Tak kisah la... muka siapa pun sama aje. But one thing for sure, she doesn't follow my size neither my height! Her moody side..."I got it form my mama!" (Baris lirik lagu 'Will I Am' yg dia selalu nyanyi kalau nak mengusik saya!) And her 'loyar buruk' skill, I must say that it's 100 percent from her papa...
Happy Birthday 'Princess of Happiness'... jadilah anak yang soleh dan beriman. Semoga jadi 'doktor gigi yang terbaik' bila besar nanti... (ini doa yg AHA sering ucapkan selepas solat)

Sunday, October 05, 2008

Sepanjang 5 hari beraya...

Cepat betul masa berlalu. Macam baru saje lagi, terpisat2 mata bangun sahur pkl 5 pagi... tetiba dah hari ke lima beraya! Dan esok dah mula nak kerja! Huhu... tension... tak puas cuti!




Tapi cuti lama2 pun buat apa, kan?? There are many other better things to do! Ini sebenarnya kata2 orang yg keciwa... haha. Bukan apa, saya dan suami sebenarnya tak ada kampung nak balik beraya... sad to say! Dan selalunya, trip beraya kami boleh selesai dalam masa dua tiga hari saje. And this is what everybody has been telling us too, mereka tidak nampak perlunya kami bercuti raya lama-lama... memandangkan kami hanya jadi penunggu di rumah saje!





Malam raya~ Satu kemestian utk berada di rumah mak saya. There is no two ways about this... ever since I got married!





Hari raya pertama~ Solat raya di masjid berdekatan rumah. Kemudian ke rumah kakak ipar yg hanya 3 minit perjalanan dari rumah saya. She managed to gather everybody... mertua saya, ipar duai yg lain, sepupu2 & mak2 saudara, which is easier for all of us. Boleh berjumpa dan bermaafan sekaligus... get it done and over with! By 12 noon, saya dah berada di rumah mak saya pulak. Lepas Asar, kami ke Cheras menziarah mak saudara sebelah mak saya. Lepas Maghrib, kami di Shah Alam beraya ke rumah sepupu suami saya pulak.






Hari raya kedua~ Menziarah pusara arwah mama (mertua saya) di Tampin. Balik dari Tampin, dah termangu-mangu tak tahu nak pegi mana. Nak beraya ke rumah saudara mara yg lain, saudara mara pun balik ke kampung mertua masing2. Sudahnya, kami 'beraya' ke IKEA sekejap... sempat jugak saya rembat satu teapot dan satu tray raya... hehe.





Hari raya ketiga~ Beraya ke rumah bapa saudara saya di Kuala Kubu Bharu.




Hari raya keempat~ Pergi Ipoh sekejap, ada jemputan kahwin.





Hari raya kelima~Makan tengahari di rumah mak saudara saya di Putrajaya. Minum petang di rumah kawan baik saya di Kemansah Heights.




Hari raya keenam~ Meneruskan kerja-'kerja' di office yg sudah tertangguh selama 8 hari! Kemungkinan akan bermulanya jemputan2 utk rumah terbuka raya. Saya menunggu jemputan sesiapa yg sudi menjemput. InsyaALLAH, kalau tak ada aral... saya pasti datang. Dan sekiranya confirm, rumah terbuka yg saya rancangkan itu tidak menjadi (well... as it is now, I still couldnt find a reliable caterer)... mungkin saya akan bawak kuih raya saya tu ke office... menjamu kengkawan di dalam office dan kenalan di luar office!
 
Copyright (c) 2010 when Hezzy Azra writes.... Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.