Wednesday, December 31, 2008

Tahun Baru 1430 H & 2009 M

Sudah 3 hari kita menempuhi tahun 1430 Hijrah dan tinggal sehari lagi sebelum menjejakkan kaki ke alam 2009.



Saya nak imbas kembali serba sikit beberapa peristiwa penting yg saya lalui sepanjang 1429H/2008M. Ada di antara peristiwa itu mungkin nampak remeh, tetapi cukup signifikan bagi saya :)



Januari ~ Wedding anniversary yg ke 8 disambut di rumah sendiri. Lain rasanya bila duduk menyewa dan duduk di rumah sendiri. Dan bermulanya, rutin saya tanpa pembantu rumah... after having them around for the past 6 years!

Februari ~ Bertungkus lumus merombak manuskrip kedua utk kali yang ke 6. Entah serba tak kena rasanya mansukrip tu. Sehingga saya pernah tak tidur hampir 24 jam merombaknya!

March ~ PRU ke 12... yg menyaksikan perubahan besar politik negara. Apa yg saya rasa? I've posted one entry about this. Dan lepas PRU, barulah saya sedar, ramai pulak rupanya penyokong PKR di keliling saya... hehe.

April~ Buat kali pertama berada di kalangan para novelis sempena Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC. It was an awesome experience!

May ~ Selepas berbulan-bulan test drive bermacam-macam kereta, keluar masuk pelbagai show room, puas menyelak majalah Motor Trader dan AutoCar... at the end, I've decided on that 'small & fun car... 1.4cc, 8-valve engine, 70bhp at 5500rpm. Why do I say it's fun? Because it's small but yet very stable. 3 hours of driving from Penang to KL with average speed of 140km/h... I really had fun with it!

June ~ Merasa royalti yg pertama untuk hasil karya saya bercerita ttg Zaha-Fariq, EJ-Taj dan Iman-Huzir... alhamdulillah

July ~ Buat pertama kali, ditemuramah live on TV dlm rancangan WW di Astro Awani. Selepas masuk TV, ramai kenalan yg rata-ratanya tidak pernah tahu bahawa saya menulis novel jadi terkejut dgn perkembangan terbaru saya. Sehingga ada yg berkata "You mean, you write books? What kind of novels? Hmm, I never knew any famous writer before..." Dan saya membetulkan tanggapan tersebut "I'm not famous! I just appeared in that particular slot only!"

August ~ Usia menginjak setahun lagi...

September ~ Birthday husband saya bulan April, tapi saya mintak postponed utk belikan dia hadiah. Sebabnya, tak tahu hadiah apa nak bagi. Dah masuk bulan September dan ada budget lebih sikit, baru saya belikan sesuatu... hehe. Teruk betul, kan?

October ~ AHA's graduation day. Nak masuk darjah 1 dah anak dara saya tu...

November ~ Novel ke2 'Kenangan Terindah' mula berada di pasaran. Saya suka sebaris ayat dlm sinopsis novel KT, simple tapi penuh makna... Hati Marisa tidak pernah keliru...

December ~ There must be a push and pull factor for every changes. Or may be, it's high time to make the changes?? Hmmm...



Kita akan membuka lembaran baru. Apa azam tahun baru saya? Masa dulu-dulu saya selalu berazam tiap kali tahun baru tiba. Tapi bila usia dah meningkat ni... boleh dikatakan setiap hari saya berazam! Hahaha... macam bagus-bagus aje, kan? Tapi mmg betul pun... tiap-tiap hari saya berazam utk melakukan sesuatu yg lebih baik dari semalam, dan cuba mengelak utk melakukan kesilapan seperti hari yang sebelumnya. Tercapai atau tidak... itu belakang kira... hehe. Tapi sekurang-kurangnya, saya berazam jugak kan?



Selamat Menyambut Awal Muharam 1430H dan Tahun Baru 2009 kpd semua pengunjung blog ini... moga tahun baru ini membawa lebih kesejahteraan dan keberkataan.

Friday, December 26, 2008

Di Pulau Pinang ~ 19 & 20 Disember

Ini dia beberapa keping gambar yg sempat dirakamkan ketika berlangsungnya Karnival Buku Pulau Pinang di Perpustakaan Negeri Seberang Perai dan Pesta Buku Antarabangsa Pulau Pinang di Penang International Sports Arena pada 19hb & 20hb Disember 2008.



Saya berada di sana bersama novelis Damya Hanna, Emma Maizura dan Hasreeyati Ramli (penulis berpangkat 'adik' dan 'kakak' yg mmg happening...hehe). Turut serta dua org staf ALAF 21; Ziana dan Liza (yg sentiasa cool, relax dan sabar w/pun kepenatan drive dari KL ke Penang dan kemudian terpaksa pula berpusing2 di sekitar Georgetown!)




Ketika menaiki feri utk ke Seberang Jaya. Dah lama saya tak naik feri, rasa excited pulak... tu yg bergambar2 tu...hehe


Bersama En. Azizi Abdullah serta beberapa pengunjung dan peminat novel.



Terima kasih diucapkan kpd pihak ALAF 21 yg membawa kami ke sana dan semua peminat novel yg sudi menjenguk meja kami. Harap2 dapat berjumpa lagi...

Tuesday, December 16, 2008

Temui Anda Di Sana...

InsyaALLAH, saya dan rakan2 penulis yg lain akan berada di:

PESTA BUKU PULAU PINANG
Perpustakaan Negeri Seberang Perai
17 Dis - 21 Dis 2008
10 pg - 9 mlm
SESI BERTEMU PENULIS 19 Dis 2008
Emma Maizura, Damya Hanna, Hezzy Azra, Hasreeyati Ramli

PESTA BUKU ANTARABANGSA PULAU PINANG

PISA (Penang International Sport Arena)

16 Dis - 21 Dis 2008
10 pg - 9 mlm
SESI BERTEMU PENULIS 20 Dis 2008
Emma Maizura, Damya Hanna, Hezzy Azra, Hasreeyati Ramli

Wednesday, December 10, 2008

Hujan, hujan dan hujan...

Sana sini hujan, siang malam pun hujan. Kain baju, cadar, tuala... semua lambat nak kering. Saya pun sebutlah hajat saya pada husband, rasa macam nak beli dryer jer...hehe. Dan jawapan dia... "Beli dryer? U nak bukak kedai dobi ke apa?"



Sabtu 6hb ~ Saya ke rumah novelis kak Lily Haslina sempena meraikan perkahwinan Hanif-Suzie... tahniah diucapkan kpd pasangan pengantin. Ni kira majlis menyambut menantu/adik ipar. Balik dari Bandar Rinching... dlm hujan yg lebat tu, kami tetap pecut sbb nak menghadiri satu lagi kenduri kahwin di Kg Baru. Mujur sempat sampai sebelum pkl 4... sebelum katerer angkat meja... hehe.



Ahad 7hb~ Petang raya masa mencari lemang kat Karak Hiway pun hujan mencurah-curah. Bila hujan dah reda, saya yg berada di rumah mak ketika tu, asyik terdengar bunyi helicopter lalu-lalang di angkasa... atas bumbung rumah. Pasukan penyelamat atau mungkin juga pihak media yg sedang membuat liputan kejadian tanah runtuh yg meranapkan 14 buah banglo di Bukit Antarabangsa. Jarak antara Bkt Antarabangsa dgn rumah mak saya pun tak jauh... kurang drp 5km. Setiap kali ada tanah runtuh di kawasan berdekatan, memang tak sunyi drp bunyi helicopter. Kepada keluarga mangsa yg terlibat, ucapan takziah saya ucapkan. Dan kejadian ini juga membuatkan saya rasa sedikit sebak bila teringatkan rakan sekelas sejak drp darjah 5 hingga tingkatan 3... yg terkorban bersama dua orang anak dan suami, ketika kejadian tanah runtuh banglo Tan Sri Ismail di Tmn Hillview pada November 2002. Al-Fatihah utk Allahyarhamah Zaradina...




Isnin 8hb~ Begitu juga ketika menyambut Aidil Adha. Dari rumah mak saya, ke rumah mertua dan kemudian ke rumah mak saudara di Putrajaya... sepanjang perjalanan hujan.




Selasa 9hb~ Dah mula bekerja. Plan nak balik awal pada mulanya. Tetiba hujan turun selebat-lebatnya... it pours like crazy! Dan saya pun terkandas la sekejap di dalam office. Yang pastinya, laluan depan office saya gerenti banjir kilat bila hujan mcm ni. Selalunya saya boleh nampak kereta saya dari pintu office, tapi dek kerana hujan yg lebat sgt... inilah gambaran parking di mana saya slalu park kereta.




Tak nampak apa, kan??

Wednesday, December 03, 2008

Did you go to Giant?

Pasaraya Giant KD telah dibuka berhampiran dgn rumah saya sejak hari Khamis 27.11.2008. In less than 5 minutes of driving, kami sudah sampai di ruang parkirnya.

Hari pertama pembukaannya, kami sekeluarga berpusu-pusu menyertai beribu-ribu orang yang menjejakkan kaki di situ. Mungkin hampir setengah resident KD berada kat sana. Meriah betul... sampai nak cari parking pun seksa. Hampir satu jam berlegar-legar baru dpt parking. Dahlah masa tu hujan. Tapi itu semua tak mematahkan semangat kami yg berkobar-kobar utk menjadi antara pengunjung terawal... jakun betul rasanya kami masa tu! Hehe

Hari Jumaat, kunjungan yg kedua. This time around, just to have a sip of coffee and delicious variety of donuts at J-Co. Another main attraction in this new Giant besides Wendy's. Sekarang ni, saya tak perlu bersusah payah masuk KL utk ke Pavillion atau merentas LDP utk ke Sunway Piramid kalau rasa nak makan donut di J-Co. In KD... we have it all! I just love being a KD resident! Haha

Hari Sabtu, kunjungan yang ketiga. Saje jalan-jalan mencuci mata. Singgah J-Co... again!

Hari Ahad, kunjungan keempat. Setakat nak beli telur, kentang, green peas dan bread-crumb.... dan... donut! Cari alasan je tu sebenarnya... hehe.

Hari Isnin, had dinner at Kenny Roger's, Giant

Mak aaiii... terlebih-lebih excited kami ni, kan? Sampai tiap2 hari pergi Giant. Sehingga ada seorang kenalan bertanya kepada saya sambil tersenyum "How was ur weekend? Did you go to Giant again?" Soalan yang saya kira sengaja utk mengusik dan menyindir saya.

Dan dengan rasa malu, saya mengangguk dan mengaku "I think I'm being addicted to this J-Co donuts and all the shops inside that huge building!" Dia tergelak dengan jawapan dan reaksi saya. This friend of mine must be thinking... tak pernah pergi Giant kot minah ni... jakun semacam!

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...