Expected?? Walaupun saya penyokong tega MU, tapi gerak hati saya merasakan MU akan kalah. Haha... macamlah kuat sangat gerak hati saya tu!! Sebab tu, bila husband tanya saya nak tengok tak final UEFA... saya jawab, kalau terjaga pkl 2 pagi, saya akan tengok. Tapi kalau tengok saya tidur dengan lena, TOLONG jangan kejut! Tapi akhirnya saya tersedar jugak masa perlawanan dah berlangsung 75 minit. Tengok-tengok score... aik, 2-0??
Oklah, best team win! Mesti Barcelona yang control game... sebab tu MU kalah! Tapi walau apapun, saya cukup suka tgk Manager/Coach Barcelona yang kacak lagi macho ini...hehe... Pep Guardiola setiap kali team dia bertarung. He can be very cool but at the same time, very energetic!


Dan sebagai mengubati kekecewaan dengan kekalahan MU... kami telah pun membeli tiket perlawanan MU menentang Malaysia pada 18 Julai nanti di Stadium Bukit Jalil!! Frust jugak bila dapat tahu tiket RM58 dan RM68 dah habis. Cuma tinggal RM308 (kalau husband beli tiket ni, memang saya akan menjerit "That is one month of utility bills, u know!!) dan RM98 (ok la... this one is quite reasonable!) And the best part is, we got ourselves the training passes as well. Tapi training tu saya rasa malas pulak nak pergi. Biarlah husband pergi dengan geng2 penyokong MU nya. But the game itself... I'll be joining him and the rest of MU supporters!


See you guys there!!