Monday, May 18, 2009

Tagged by Bikash & Azrin...

10 Facts About Me...

(from other people’s point of view… and the key words are those in Italic! Hehehe)




1. Seperti kata husband masa kali pertama jumpa saya 19 tahun lalu. His first impression was: “Huh… minah ni, eksyen giler!



2. Seperti kata mak bila membebel setiap kali mengemas barang-barang saya: “Kau ni sayang sangat kat barang-barang lama yang dah tak guna ni! Buat apa simpan, buang ajelah!”


3. Seperti kata arwah abah bila dia marah setiap kali terima bil telefon zaman saya muda remaja dulu: “Entah dengan siapa dia bergayut 24 jam… bil telefon sampai beratus-ratus ringgit!”



4. Seperti kata kawan-kawan karib bila saya bercerita tentang benda-benda yang saya buat: “Goodness... You did that? Tapi kau memanglah… suka buat kerja-kerja mengarut tu!”


5. Seperti kata orang-orang sekeliling bila dapat tahu saya temankan husband berjaga mengadap TV: “Awak pun suka tengok bola jugak ke?”


6. Seperti kata seorang kenalan bernama SS bila mengetahui saya selalu fikir lain daripada orang lain: “You are not abnormal, but you are unique in your own way and thinking.


7. Seperti kata ex-IT Manager di pejabat bila saya complaint apasal PC saya tak macam orang lain punya: “Memanglah kau punya PC aku tak install semua tu… buat membazir aje. Kau bukan IT savvy, mana reti pakai program tu!”


8. Seperti kata AHA bila naik kereta dengan saya: “Lagi-lagi lagu M.Nasir, mama suka M.Nasir, eh?”



9. Seperti kata novelis Lynn Dayana tentang ketagihan saya: “You are a mom with speeding addiction!



10. Seperti kata ex-b/f bila kami bertekak dahulu kala: “You are too stubborn!



People I tag: Alahai… part ni yang leceh sikit. Hmm… Lynn Dayana, Laila Kamilia, Dhiya Zafira, Meen Zulaika dan sesiapa yang sporting, anda dialu-alukan untuk menjawab… silakan!




Btw, as a proud MU supporter, ingin saya kongsikan gambar kejayaan MU menjulang piala BPL pada 16 May 2009 utk 3 tahun berturut-turut buat kali yg ke 18!
(Sorry to all Arsenal, Liverpool & Chelsea fans... yang terdiri drp office mate, anak sedara dan adik ipar saya! Hehe)



2 comments:

laila kamilia said...

M.U patut kalah je. ko tau psl apa aku suka teman laki aku tgk bola jugak? supaya aku blh sokong sumer team yg M.U lawan....hahahha

Hezzy Azra... said...

Laila... best team win! (Haha...saje nak bagi ko tension!)Aku sbelum kawin dulu sokong Liverpool tapi bila dh kawin dgn penyokong MU... if u cant beat them, u join them! Hehe

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...