Dah seminggu cuti sekolah, barulah saya berpeluang keluar dari daerah KD. Itupun cuma sekejap saje. Percutian singkat hujung minggu.
Bermula dengan trip kami pada hari Sabtu, iaitu ke Port Dickson bersama mak, kakak, makcik, sepupu dan anak-anak buah. Kami ber'BBQ' di tepi pantai Ilham Resort. Makan ayam panggang yg panas2 diangkat dari bara sambil menghirup udara laut.... fuh, best!! Nikmat sungguh rasanya duduk di tepi pantai dengan perut yg kenyang... hehe.
Pada hari Ahad, kami naik ke bukit pula... menuju ke Fraser's Hill. Menghirup udara nyaman selepas air laut yg masin... hehe. It was ok... AHA lah yg terlebih teruja. Pergi ke The Paddocks untuk horse riding tu sampai dua kali. Naik bot berkayuh lagi. Cuma dia tak mintak nak memanah aje!
Dan rupanya semasa kami di Fraser's Hill... kawasan rumah saya dilanda puting beliung yg agak dahsyat. Adik ipar saya SMS beritahu... 'ada puting beliung, umah ok... keta ok.' Alhamdulillah... w/pun saya tak dpt bayangkn macamana keadaan rumah saya pada ketika tu. Tapi bila balik semalam... barulah tengok dgn mata sendiri apa impaknya puting beliung selama 10 saat itu! Dan masa tu, betul2 rasa syukur. Memang rumah kami terselamat sedangkn ada rumah yg dengarnya pecah sliding door. Memang kereta yg saya tinggalkan berkeadaan baik tanpa kemek mahupun calar balar sedangkan ada pokok besar tumbang di parking lot... tak jauh dari lot parkir saya!
Inilah gambarannya: Tiang traffic light yg tumbang, pokok yg menghempap parking lot dan hutan rimba yg jadi kosong dlm sekelip mata.
Setiap kejadian itu ada hikmahnya. ALLAH Maha Mengetahui...
2 comments:
Salam Hezzy,
syukur sangat-sangat kan...
Salam kak Durrah,
Memang bersyukur kak, w/pun sedih sbb dah tak de lagi kehijauan pokok pisang depan tingkap rumah saya tu. Semua pokok dh terbelah dua...
Post a Comment