Menulis sebuah kisah cinta antara dua insan mungkin mudah… tapi untuk mencipta scene atau dialog yg sweet & romantic antara hero dan heroin… sebenarnya cukup susah. Terutama sekali utk saya yg masih merangkak di bidang penulisan novel ini. Walaupun ianya sebuah kisah cinta dan bunyinya begitu senang tapi buntu jugak kadang2 nak mencipta dialog atau scene yg original dan pure. Yg scene nya tidak ada persamaan dgn mana2 novel cinta yg lain. Yg dialognya memang tidak boleh dijumpai… melainkan dalam novel saya saje. Hahaha… kononnya!
Seriously, untuk menulis scene2 yg ‘sweet and cute’ dgn dialog yg ‘romantic and catchy’ sehingga pembaca boleh turut ‘menikmati’ keindahan percintaan hero & heroin itu, boleh sama2 merasai kembang kuncupnya hati hero dan heroin ketika scene itu atau mengalami debaran serta gelora perasaan mereka... argh… sesungguhnya ia satu cabaran bagi saya!
Di sini saya nak kongsi sikit beberapa scene yg sweet & romantic dalam ketiga2 novel saya; MK, KT & CTB. Kalau mengikut istilah ‘sweet’ saya, memang banyak scene yg sweet dlm novel2 saya tu. Hehe... ye lah… saya yg fikir, saya yg tulis, saya punya novel, saya punya seleralah kan… hahaha. Di saya punya blog ni… saya paparkan sebahagian saje dulu buat masa ini… hehe.
Melodi Kasih (MK)-scene di mana si hero memujuk si heroin (a perfect gentleman with an ego lady…hehe)
LENA Zahara terganggu dengan bunyi deringan telefon yang tidak putus-putus. Malas sungguh rasanya untuk menjawab panggilan tersebut, namun deringan itu bagaikan tidak mahu berhenti.
‘Siapalah yang telefon pukul 11.00 malam ni?’ Rungutnya sambil mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja solek.
“Zaha... can you please walk towards your window?”
Suara Fariq membuatkan mata Zahara yang layu menjadi segar-bugar. Kelunakan suara itu memanggil namanya menggoncang perasaan. Dengan pantas, dia melangkah ke jendela biliknya dan menyelak langsir, memandang ke luar kepekatan malam.
“Nampak I berdiri kat bawah ni?”
Zahara melepaskan pandangannya jauh ke tingkat bawah. Seberang jalan di luar pekarangan kondominium, sayup--sayup kelihatan sesusuk tubuh Fariq sedang bersandar di tepi kereta dalam samar-samar cahaya neon di bahu jalan.
“Err... ya...” sahut Zahara dalam suara yang tersekat-sekat. Jantungnya masih berdegup kencang. Rasa begitu bahagia dapat mendengar suara dan melihat diri Fariq, biarpun dari jauh. Namun, hatinya masih ragu-ragu. ‘Mimpikah aku ni? Apa ertinya semua ini?’
“Look... there’s so many reasons why I need to see you now. But let me just start by saying... I would like to apologize and forgive you for everything,” sambung Fariq lagi apabila melihat bayang Zahara di sebalik jendela.
Zahara tersandar di sisi jendela. Perasaannya tidak menentu. Antara curiga, gembira, lega, terharu dan teruja, sehingga tiada kata yang terucap di mulutnya. ‘Apa yang Fariq katakan tadi? Aku dah dimaafkan? Benarkah?’
“So now... do you want to cross the road, to meet me down here? Or do you want me to climb the stairs to see you at your doorsteps? It’s your choice, dear...” Fariq bertanya lembut. Dia tidak mahu mendesak lagi. Kalau seminggu yang lepas, dia berasa dia mungkin sedikit memaksa. Namun malam itu, biarlah Zahara diberi peluang untuk membuat pilihan dengan kerelaan hati sendiri.
“I turun sekarang...” Tanpa berfikir panjang, Zahara lantas menjawab dalam nada suara menahan sebak apabila kemaafannya diterima. Dia tidak menyangka Fariq akan datang menemuinya malam-malam begitu. Dia cukup tersentuh apabila Fariq sanggup berkompromi. Dengan rela hati, dia membuat pilihan. Fariq tidak perlu naik ke kondominiumnya setelah bersusah payah menerjah malam, biar dia sahaja yang turun mendapatkan lelaki itu.
Sepantas kilat dia bertukar baju dan bergegas ke lif. Rindunya sudah tidak terbendung lagi. Dia tidak akan membiarkan Fariq berlalu pergi begitu sahaja. Malam itu akan jadi penentu segalanya. Dia tidak mahu ia berulang lagi seperti minggu lalu. Cukuplah sekali dia melihat Fariq melangkah pergi tanpa berpaling kepadanya lagi. Pedihnya masih terasa di ulu hati.
MATA Zahara dan Fariq bertatapan sebaik sahaja berdiri bertentangan. Hanya pandangan mata yang berkaca melakarkan segalanya. Rindu, bersalah, menyesal dan terharu. Semua perasaan itu sebati menjadi satu, di dalam dua jiwa yang sedang bergelora saat itu.
“Kenapa tak benarkan I naik atas?” soal Fariq sambil tersenyum nakal, sengaja mengusik dan menguji. Memulakan bicara untuk memecah kesunyian di antara mereka sejak tadi.
“You nak panjat tangga, lambat sangat nak sampai tingkat lima. I turun tadi guna lif!” Zahara menjawab dalam senyuman dan mata yang bergenang. Cuba berlawak melindungi perasaannya yang masih sebak.
Fariq ketawa mendengar jawapan selamba Zahara. Dia menghormati prinsip Zahara yang tidak akan sewenang-wenangnya mengizinkan mana-mana lelaki menjejak kaki di kondominiumnya. Prinsip itulah yang sedikit sebanyak membuatkan hatinya semakin tertarik kepada Zahara. Semakin sayang, semakin jatuh cinta.
“You dah makan?” Atas rasa ambil berat, Zahara mengajukan soalan itu.
Penampilan Fariq pada malam itu cukup selekeh baginya. Dengan seluar jean lusuh, baju T berkolar bulat berwarna kelabu dan berselipar Jepun. Lelaki itu tampak begitu berserabai dan kelaparan. Mungkin masih belum makan malam dan sudah seminggu tidak bercukur, agaknya! Namun, ketampanan Fariq masih ada di wajah yang mula ditumbuhi jambang-jambang halus itu.
Fariq menggeleng. Dia masih tidak lepas merenung Zahara yang memakai seluar linen hitam dan baju T berlengan pendek berwarna putih. Bagi melawan kedinginan malam, tubuh Zahara dilitupi dengan selendang berwarna merah. Rindunya yang selama ini menyesakkan jiwa terlerai sudah. Mahu sahaja dia menarik Zahara ke dalam dakapannya. Namun, cepat-cepat dia membunuh keinginan yang membara. Lantaran kewarasan akalnya dan keimanan yang dimiliki walaupun mungkin tidak setebal mana.
“Jom, supper dengan I. Dah lama tak makan dengan you... rindu sangat!’ Fariq lantas membuka pintu kereta.
Hati Zahara sekali lagi tersentuh. Layanan Fariq tidak sedikit pun berkurangan. Nada suara Fariq masih seperti biasa, begitu bersahaja. Dia melangkah masuk ke dalam kereta.
Kenangan Terindah (KT) – scene di mana si hero menguji si heroin dengan memandu uji Putra 1.8…hehe
“Be my first guest... to drive my ‘new’ old Proton Putra year 2000 model, which I just bought two days ago!” ucap Akmal penuh bangga sambil menghulurkan kunci keretanya kepada Marisa. Di lubuk hatinya, bersarang rasa malu dan kerdil terhadap Marisa. Apalah sangat kereta yang dibanggakan itu berbanding dengan kereta yang gadis itu pandu!
Marisa terkejut. Dia menyambut kunci yang dihulurkan oleh Akmal dengan teragak-agak. Hatinya tersentuh dengan layanan Akmal yang membuatkan dia rasa cukup istimewa. Sudah lama benar perasaannya tidak diusik dengan detik-detik seperti itu. Berabad rasanya dia tidak dilayan sebegitu istimewa sejak ditinggalkan Ridzwan. Dulu, kereta Proton Satria kesayangan Ridzwan itulah yang kerap dipandu ke hulu ke hilir. Ridzwan tidak pernah memberi keizinan kepada mana-mana gadis memandu keretanya itu selain dia. Kini, adakah Akmal juga cuba melakukan perkara yang sama?
Tiba-tiba dia tertawa, melindungi perasaan sendiri bila melihat sepasang mata Akmal asyik memerhatikannya. Lantas dia membuka pintu kereta dan duduk di kerusi pemandu. Enjin dihidupkan, dibetulkan posisi kerusi dan cermin pandang belakang.
Akmal masuk ke dalam kereta dan terus duduk di sebelah Marisa. Tersenyum melihat reaksi Marisa yang tidak menentu. Dalam tawa girang Marisa, terpamer riak terharu di wajahnya. Kalaulah Marisa tahu, apa yang tersirat di lubuk hati aku ini... Bukan sahaja dia mahu Marisa menjadi orang pertama yang memandu keretanya, malah dia mahu Marisa menjadi gadis pertama yang menerima cintanya!
Kereta Proton Putra berwarna perak metalik itu meluncur laju keluar dari tapak projek menuju ke jalan besar di sepanjang Cyberjaya yang tidak banyak kereta dan tidak sesibuk seperti di Kuala Lumpur.
“So, how does it feel? Kereta lama tapi bila I bandingkan dengan beberapa buah yang I dah test drive hari tu, ini yang terbaik.” Akmal bercerita tentang pengalamannya mencari kereta seorang diri.
“Betullah... kereta ni okey lagi walaupun dah lama. Kenapa you beli Putra, bukan Audi A4 tu?” Marisa memancing penjelasan Akmal. Nalurinya terlalu ingin mengetahui adakah komennya tempoh hari membuatkan Akmal memilih kereta itu. Kalaulah benar tanggapannya, dia berasa gembira dan terharu. Pandangannya diterima oleh Akmal, walaupun hubungan dia dengan Akmal tidak diketahui apa statusnya.
“Besides the good performance, this is the most affordable one for me!” jawab Akmal selamba.
Hati Marisa tercalit kekecewaan dan tidak keruan, riak mukanya berubah. Dia tidak mengharapkan jawapan itu sebenar-benarnya. Dia ingin mendengar jawapan yang lebih meyakinkan dan menyenangkan untuk melegakan hati yang sedang bergelora. Dek kerana tidak puas hati dengan jawapan Akmal, lantas dia memijak lagi pedal minyak untuk melepaskan geram. Selain merasai keupayaan dan kelajuan kereta Proton Putra itu.
“Hei... hei... kenapa laju sangat ni?” Akmal bersuara sambil menoleh ke arah Marisa. Dia tahu, Marisa tidak senang dengan jawapannya tadi. Memang sengaja dia menguji.
“Well... I want to feel the performance, is it worth the price you are paying!” kata Marisa bersahaja. Kalau Akmal tak mahu berterus terang, tak apa. Kalau Akmal masih berterusan untuk menduga dan menguji, aku juga akan buat perkara yang sama!
“Kalau ya pun you marah dengan I, janganlah lenjan kereta I... baru beli ni!” Akmal mengusik lagi.
Marisa tidak mempedulikan kata-kata Akmal, buat-buat tidak dengar. “Siapa kata I marah?”
Akmal menyentuh tangan Marisa yang kebetulan sedang memegang gear. Marisa terkejut. Bagai satu sentuhan elektrik mengalir dalam dirinya dengan sentuhan Akmal itu.
“Okay... I admit, I bought this car after taking into consideration... your point of view! How about that?” ujar Akmal lembut sambil tangan yang halus dan lembut itu semakin erat dalam genggamannya.
Kata-kata, renungan mata dan sentuhan tangan Akmal itu menikam jantung Marisa. Kali ini lebih hebat debarannya, lebih hebat gelora jiwanya. “That sounds slightly better!” balasnya cuba melindungi debaran di hati.
Diam seketika di antara mereka. Tangan Marisa masih dalam genggaman Akmal. Mereka bagaikan menikmati saat-saat yang begitu indah dan cukup manis dirasakan. Sukar diluahkan dengan kata-kata.
Cinta Tak Beralih (CTB) – scene di mana hero & heroin saling mengurat di FB chat…hehe
Tiba-tiba bebola mata Larra bersinar sebaik sahaja kotak mesej FB Chat terpapar di skrin. Sekejapan itu, hatinya melonjak riang.
Shaq: Assalamualaikum, Larra. How r u? Sorry 4 gone missing!
Sepantas kilat Larra menaip balasan.
Larra: Waalaikumussalam. Fine thx! R u ok? Where r u?
Shaq: I ok ke? X ok sgt! I kat mana ya? Hmm... jauh dari u.
Larra tersenyum lebar. Sebaris ayat yang ringkas, tapi mempunyai pengertian yang cukup mendalam. Dia pantas menaip bila hati sudah tercuit.
Larra: Jauh mana? Smp beribu km ke?
Shaq: Jauh... smp I kena renew pasport! There goes my RM300!
Larra: Haha... teruklah u ni, Shaq. Duit renew pasport pun nak berkira! So, r u on business trip? Or on vacation?
Shaq: RM300 is still money... registration fee utk open track day di SIC, tau! Haha... Well, I’m on vacation but I’m giving these people here, a LOT of business!
Larra: ‘Here’ tu kat mana? X nak beritahu I ke?
Shaq: U akan tau bila I balik minggu depan.
Larra: Lama lagi...
Shaq: Rindu ke?
Larra: Rindu nak menyakat you! Hehee...
Shaq: Oh... ya ke? I pun rindu nak disakat. Haha. Nnti tggu di basement minggu depan. Meanwhile... take good care of urself, ya? Sediakan payung sebelum hujan... J
Larra: U 2. Not 2 worry. sehari dua ni x ujan kat sini.
Shaq: Berkat doa I sepanjang masa kat sini... sbb kalau ujan, I tak ada kat sana nak payungkan you.
Larra tersenyum dalam debaran membaca barisan akhir ayat Shaqril. Tidak pasti sama ada itu sebahagian daripada gurauan atau memang Shaqril ikhlas menuturkannya. Sesuatu yang boleh disimpulkan di sini, insiden mereka berpayung sama dua minggu lepas bagai mengeratkan lagi dua hati. Sekaki payung pemberian Shaqril sentiasa dibawa ke sana ke mari. Ada rasa indah lagi bahagia mula menyelinap ke sanubari.
Dia mengambil sedikit masa untuk membalas. Entah kenapa, ketandusan idea untuk mencantumkan ayat. Tidak pasti, kata-kata apa yang sesuai untuk menggambarkan perasaannya. Takut jika dia pula terlebih-lebih sedangkan Shaqril cuma bergurau. Atau biarkan sahaja luahan hati Shaqril yang ikhlas itu tanpa balasan?
Akhirnya, dia tidak menjawab sepatah pun. Tidak perlu rasanya memanjangkan perbualan. Memadai dengan maklumat, Shaqril dalam keadaan yang selamat biar di mana pun berada. Cukuplah sekadar mengetahui, kemungkinan yang dia berada di dalam ingatan serta doa Shaqril sepanjang masa. Juga, ada secebis rindu antara mereka!
SHAQRIL pantas log out daripada Facebook di telefon bimbitnya sebelum menerima sebarang balasan daripada Larra. Hatinya berbolak-balik. Dia cuba merahsiakan pemergiannya ke Bandung. Larra tidak sepatutnya tahu, ke mana destinasi dan tujuannya. Namun dalam masa yang sama, dia ingin sekali bertanya khabar. Serasa tidak adil pula, menghilangkan diri begitu sahaja. Kesian Larra kalau dia tunggu aku di basement. Tapi ada kemungkinan ke dia tunggu?
Akhirnya, dia tewas dengan perasaan. Mesej dihantar juga kepada Larra. Dan kemudian, mengakhirinya secepat mungkin. Bimbang jika dia terlanjur menulis bait-bait kata yang mampu menggambarkan kerinduannya terhadap Larra. Risau jika dia gagal mengawal naluri bila Larra sudah menyentuh tentang ‘rindu’ tadi. Sepatah perkataan yang berjaya mengusik sanubari.
Kerana pada hakikatnya, diri sudah lama larut dalam kerinduan yang menyesakkan jiwa sejak hari pertama dia menjejakkan kaki di Bandung. Tidak seminit pun, wajah dan senyuman Larra luput dari fikiran. Gelak tawa dan usikan Larra terus berkumandang di telinga tanpa henti. Bukan sekadar ‘rindu untuk disakat’... tapi lebih daripada itu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...
No comments:
Post a Comment