Tengah hari smlm, saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari kawan yg mengatakan guru kami masa darjah 5 iaitu Puan Fatimah Mastan telah kembali ke Rahmatullah. Salam takziah saya ucapkan kpd keluarga allahyarhamah yang berada di Penang sekarang ini.
Arwah merupakan guru kelas saya ketika berada di darjah 5 Mawar CBN 2. Arwah memang garang sampaikan saya cukup takut kalau buat salah di dalam kelas lebih-lebih lagi waktu subjek Matematik dan Spelling. Suara lantangnya saja dah cukup menggerunkan kami semua terutama saya yang merupakan murid baru di CBN2 masa tu. Murid2 lain mungkin dah tahu dia macam mana tapi saya terasa begitu asing dengan senario tersebut. Saya pernah ditegur di dalam kelas dengan kata-kata "Speak in English when you talk to me and your friends!" Saya terkedu... alamak... saya tak begitu fasih berbahasa Inggeris... camana nak cakap English dengan dia dan kawan2???!!
Tapi bila fikirkan semula, kerana teguran itulah, saya cuba membiasakan diri bercakap bhs Inggeris. Bukan nak mengagungkan bhs asing tersebut tetapi ada ketikanya kita memang perlu berbahasa Inggeris untuk beberapa urusan. We have to admit that. Sesiapa yg pernah ada pengalaman bersekolah di Convent, tentu tahu macam mana persekitaran dan keadaannya, kan? Maka dgn itu, saya yang dulunya malu dan tak reti nak cakap... kini dah mampu bertutur dalam bahasa tersebut (walaupun tidak sefasih dan selancar mana) gara-gara teguran dia. Terima kasih untuk arwah di atas jasa, tunjuk ajar dan teguran dia telah menjadikan saya... I am what I am now!
Sepanjang mengenali arwah, dia sebenarnya seorang yang penyayang dan kelakar if u know her personally. Bila saya bukan lagi murid kelas dia... kami boleh bergurau macam anak dan emak bila berjumpa. Dia cukup mesra dan suka mengusik pelajar2nya. Apa yg paling saya ingat, bila jumpa saya, arwah akan memanggil saya 'budak kecik'... sebab katanya saya tak besar-besar sejak dulu!! ;)) Dia juga suka berborak... macam2 cerita yang selalu dikongsi dengan kami. Dan kerana sifat caring dan loving dia tu lah, ada rakan saya yang begitu baik dengan arwah sampai boleh dikatakan sebagai anak angkat kepada arwah dan keluarganya. Bila kawan saya ni call beritahu dlm tangisan yg arwah dah takde tengah hari smlm... saya faham kesedihan itu. Sedangkan saya bekas pelajar pun berasa sedih, inikan pulak kawan saya yg biasa tidur baring kat rumah arwah.
Salam takziah sekali lagi saya ucapkan kpd keluarga arwah. Al Fatihah untuk Puan Fatimah Mastan, semoga rohnya dicucuri rahmat olehNYA.
Gambar terakhir yg sempat dirakamkan bersama Arwah (yg bertudung merah) semasa Majlis Reunion CBN 2 di Flamingo Hotel tahun 2005 (kalau tak silap saya)
Ni cerita lain pulak. Pada hari Sabtu lepas bertempat di MPH Subang Parade, rakan novelis saya Lynn Dayana telah mengadakan majlis 'Temu Mesra Penulis' anjuran Alaf21. Terlambat sikit nak posting cerita ni sbb sejak beberapa hari lalu, saya kurang sihat (mental dan fizikal) tapi bukan sakit mental, ok? :)
Ni gambar sekitar majlis tersebut yg turut dihadiri rakan2 penulis spt Aleya Aneesa, Ayu Emelda, Dhiya Zafira, Laila Kamilia, Meen Zulaikha dan Shanika Latisha. Tahniah pada Lynn dengan Juara Carta Cinta (JCC) dan terima kasih krn sudi menyelitkan 'Kenangan Terindah' di dalamnya.
Page 139
“Hai, dik…” Mesra Maya menegur.
“Hai kak. Saya nak novel ni.” Gadis yang bertocang dua itu menghulurkan novel terbaru karya Hezzy Azra.
“Dah baca Kenangan Terindah?” Maya bertanya.
“Dah. Best. Jatuh cinta dengan heronya. Tu yang nak beli novel yang kali ni.” Lincah saja anak gadis itu menjawab sambil menghulurkan wang mahu membayar.
“Sampai jatuh cinta!” Maya memasukkan novel itu ke dalam beg plastic dan menghulurkan wang baki. Dia juga memberikan senyuman yang manis.
No comments:
Post a Comment