Tuesday, March 29, 2011

Pemandu wanita berbahaya?? Ye ke??

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan. Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan. Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon. ‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita. ‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.



Ok... kalau saya beri komen dari kaca mata seorang perempuan yg penuh emosi... sesungguhnya saya TIDAK BERPUAS HATI dengan kenyataan tersebut di atas! Kenyataan yg saya anggap cukup Bias!! Double Standard!! Tidak adil menyalahkan wanita semata-mata!! Tergores sungguh hati dan perasaan saya!! Hu hu.







Kerana pada pendapat saya, kalau dilihat secara umum, kemalangan PALING banyak berlaku sehingga membawa maut selalunya kereta yang dipandu oleh orang LELAKI bukannya PEREMPUAN! Ya... saya akui, saya tak punya statistik nak tunjuk kat sini... takde reliable sources atau strong evidence untuk membuktikannya. Tapi kalau baca akhbar yg memberitakan ttg kemalangan maut... 80% saya rasa lelaki adalah pemandunya. Sebabnya, kaum lelaki ni adventurous. Suka nak try bawak kereta macam Karamjit Singh la (rally driver)... Michael Schumacher la (F1 driver), Tengku Djan la (Drifter), jadinya... risiko mereka yg terlibat dalam kemalangan itu lebih besar berbanding dengan kaum perempuan yang tak ramai bercita-cita nak jadi macam Azrina Jane Abdullah atau Leona Chin (Both of them are Malaysian Lady Drifters). Dan kebiasaannya, pemandu wanita lebih berhati-hati, bersopan santun dan berhemah di jalan raya. Tak berminat untuk jadi racer, maka peluang mereka amat tipis untuk terdedah kpd sebarang kemalangan.




Kalaulah saya boleh tanya pada PDRM, juta2 saman yg mereka keluarkan dulu... rata2 pembayar saman itu lelaki atau perempuan? Dari situ mungkin kita boleh lihat... siapa sebenarnya yg bawa kereta main ikut sedap aje? Tanpa mempedulikan peraturan jalan raya hatta pengguna jalan raya yg lain?





Kalau nak argue lagi, byk lagi point yg saya rasa boleh diperdebatkan. Tapi hati saya sudah tercalar ;) Jadi saya ulangi di sini, kenyataan di atas sungguh tidak berasas dan cukup menyinggung perasaan kewanitaan saya...;)







TETAPI...




As a truly lady driver who has been driving for the past 19 years... yg sama membayar cukai jalan dan membayar lesen memandu yg RM30 setahun tu... in a way... yes I do agree with that statement! Ops... jangan kata saya lalang pulak. Atau tak tetap pendirian. Kan saya dah kata awal tadi, pendapat pertama di atas dari luahan rasa seorang wanita yg cepat tersentuh hati dan penuh emosi.... hehe. Kenapa saya bersetuju dengan dakwaan Datuk Bung itu? Simply because I see that scenario every single day of my 19 years of driving life! Bukan nak mengutuk kaum sendiri... tetapi itu yg saya lihat hampir setiap hari.


Yg tiba2 masuk simpang tak bagi signal... bila tengok... alamak, kak long ni! Yg keluar simpang tak toleh kiri kanan sehingga kita pulak yg kena brek mengejut utk beri dia laluan... bila tengok... aisyeman... amoi ni! Bila buat U-turn di tempat2 yg tak boleh U-turn sbb dah terlepas entrance shopping mall tu... bila tengok... alahai aci ni!! Yg teragak-agak bila nak memotong, yg road hogging di laluan paling kanan walaupun kereta belakang dah bagi high beam, yg tak sensitive with the surrounding... drive mcm bawa kereta makan angin tepi pantai jer, yg kdg2 drive kereta malam2 pun lampu tak pasang, yg drive kereta berpuluh-puluh kilometer tanpa menurunkan hand-brake atau pintu tak rapat, yg masuk parking senget sehingga menyusahkan kereta di sebelah, yg suka drive rapat-rapat dengan kereta depan dan menjajar brek bila kereta depan berhenti, yg suka sgt tekan brek... sikit2 nak brek (never brake in the middle of the raod okay), yg indecisive dunno which lane to follow... kejap ke tepi dan kejap ke tengah... sad to say, basically they are all lady drivers.


Bila saya tengok macam tu... saya rasa kesal dan marah. Kesal sbb saya rasa mereka sepatutnya lebih berhati-hati. Jangan jadi pemandu wanita yg sering direndah-rendahkan. "Please dont disgrace women drivers!" Dan marah sbb kelalaian mereka itu boleh mendatangkan kecelakaan kpd diri sendiri malah kpd orang lain.




I'm not saying that I'm a good lady driver...yg tak pernah buat sebarang mistake seperti yg tersebut di atas... but somehow, I'll try to minimize it. Saya tidak suka kalau pemandu lain menyusahkan saya (kalau dh parking senget benget tu, mesti menyusahkan kereta sblh nak keluar kan?). Jadi saya cuba untuk tidak menyusahkan pemandu lain (masuk parking tu make sure betul2 baaeekk punya) Saya tak suka bila pemandu tu kurang ajar (potong q sesuka hati). Jadi saya cuba untuk tidak kurang ajar dengan pemandu lain (bila masuk q, saya bagi signal!)





I think this is all about mentality... that reflects the way you drive. Kalau anda seorang yg considerate... pastinya anda tidak akan menjadi seorg an inconsiderate driver. Bila anda ambil sikap tak kisah langsung dengan kereta-kereta di sekeliling anda...you will turn to be a selfish driver! Bila anda mula selfish... sbb tu anda rasa boleh buat sesuka hati aje (U turn kat simpang mana2 yg anda suka, bila org honk... anda marah pulak!)




And driving is about skills too. Skil yg boleh develop kalau anda melakukannya hari2. Sebagai contoh, kakak2 yg bawak van sekolah di persekitaran tempat saya tinggal. Wah... mereka semua terror2 tau! Jalan sempit pun bleh redah aje sbb hari2 lalu jalan serupa ;)Tapi ramai wanita yg sebenarnya tak suka/malas driving. Drive bila terpaksa saje, jadi tidak dinafikan, kemahiran memandu tu sedikit berkurangan berbanding dgn mereka yg hari2 drive kereta. Kebarangkalian untuk mereka doing such mistake (macam yg saya bagi contoh tu)... memang ada.




Walau apapun, perkara sebegini boleh dielakkan. To all lady drivers out there... we can change this perception and prove them wrong!! Asalkan anda memandu dengan berhati-hati dan tidak mementingkan diri sendiri. Dan saya mohon maaf sekiranya pendapat saya ni menyentuh hati mana-mana pemandu wanita yg beremosi dan berjiwa sensitif ;)

3 comments:

dhiya zafira said...

hahhahaha...

aku setuju dengan post emo n rasional ko tu..hmmmm sometimes bila aku n mak drive ke mana2..jumpa pemandu lembap sket terus automatik kata.." padanlah..pompuan rupanya' dan seakan2 terlupa yg aku juga perempuan ..hahhhaaa

Shanika Latisha said...

dhiya... aiceh... statement kita sama la... wakakkaka...

Hezzy Azra... said...

Dhiya & Ika,
Hahaha... serupa la kita. Sering terlupa yg kita juga ber'binti'!!

Ada jugak man driver yg sengal kan, tapi apasal kita tak ckp "oohh padanlah...lelaki rupanye..." hmmm...

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...