Saturday, February 25, 2012

Cinta Harus Memiliki...

Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Selamanya
Ku tak percaya kata
Cinta tak harus memiliki
Lalu mengapa?
Hati terasa sakit
Ini sebahagian daripada lirik lagu 'Cinta Harus Memiliki' nyanyian Anuar Zain.
Apasal tetiba cerita pasal lagu ni pulak? Sebabnya lagu ni kan tgh popular skrg ni... dan bila dihayati liriknya...opss... lagu ini mengingatkan saya pada jalan cerita novel ketiga iaitu 'Cinta Tak Beralih'!
Sedikit sbyk lirik lagu ni ada persamaan dgn kisah cinta Larra-Shaq... esp part 'waktu tak berpihak' tu. Kalau sesiapa yg dah baca CTB dan menjiwainya, pasti faham kesedihan Larra & Shaq kan? Yg 'terbercinta' ketika Shaq sudah menjalinkan pertunangan ;) Tetapi bagi yg belum baca CTB... sudi2kanlah mencarinya di kedai2 buku dan cuba mendalami apa mesej yg tersirat di sebalik percintaan Larra-Shaq. Kerana ketika menulis CTB... saya bukan menulis sesuka hati saje. Setiap plot atau dialog, terselit 'sesuatu' di sebaliknya. It's not just a mere love story...this love story is about principles (principles of Larra, Shaq and Razlan). And you have to see the overall story... jgn sekadar selak page ni, selak page tu... rasa tak berkenan sikit...terus tutup buku! ;)
Frankly speaking, saya bukan seorang pembaca yg tegar. Tetapi saya seorg pembaca yg kritikal dan sabar...;) Sesebuah novel yg saya baca ada kalanya memakan berminggu utk menghabiskannya. Tapi saya cuba untuk berlaku adil pada novel2 yg saya baca tu...I want to do justice to the book. Walaupun mungkin novel itu tidak menepati citarasa saya atau penceritaannya bosan gila... tapi saya membacanya dengan fikiran yg terbuka. Saya TETAP tidak akan tutup buku selagi tak jumpa perkataan 'tamat' dan akan pastikan setiap helaian mukasurat dibaca satu persatu. Simply because, I dont want to be prejudice towards the book. Saya faham kepayahan seseorang penulis untuk menghasilkan sesebuah novel. Maka, setiap perenggan saya akan baca, setiap helaian saya akan selak, saya akan teliti semuanya krn saya ingin mencari apa yg cuba disampaikan oleh penulis. I dont want to miss anything coz, who knows, mungkin helaian yg saya 'missed' itu ada terkandung sesuatu mesej atau moral of the story, kan? Tak kanlah penulis tu saje2 nak tulis cerita yg tidak ada sedikit pun pengajaran... betul tak?
Sebagai seorang penulis (kecil-kecilan), sememangnya saya mengharapkan karya saya diterima. Saya tidak mengharapkan pujian yg melambung terhadap karya saya... tapi janganlah pula terus 'menghukum' karya saya sebagai 'tidak best langsung' hanya selepas anda melangkau-langkau pembacaannya dan terjumpa part yg tidak begitu berkenan di hati.... anda terus kata 'that's it... tak suka hero ni, marah dgn heroin ni, tak suka jln cerita macam ni!' Please judge the book after you have finish reading it and analyse the whole story... not just a few plots in the story. Kalau anda melihat keseluruhan cerita, anda pasti boleh nampak apa sebabnya wujud plot itu... muncul konflik ini... ...apa perkaitan di antara semuanya dan akhir sekali... what this story is all about.
Ish... panjang pulak saya membebel tetiba, ek? Hu hu.
Akhir sekali, saya ingin berkongsi rasa gembira saya bila baru2 ni, ada seorang pembaca dari Temerloh... Salina gerangan namanya... yg sudi membaca CTB dan memberikan komen spt di bawah:-
So utk CTB plak..apa yg saya nampak...sikap Larra yg berpegang kuat pada prinsip hidupnya patut diberi kredit tinggi...walau asyik masyuk syg n cintakan si Shaq, dia mampu ketepikan perasaan dia bila kebenaran terbongkar. Dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa walaupun sedikit goyah pd awalnya. Dia mampu keluar dari kepompong kesedihannya..walaupun bkn mudah. Shaq pula...jenis berpegang pada janjinya...dan sanggup mengorbankan perasaannya. Kerana janji yg dah dibuat..dan cuba menerima Balqis dan perkahwinannya seadanya. Sikap memberi dan membantu tanpa mengharapkan balasan Razlan, jadikan CTB tambah menarik...sbb zaman skrg jrg org bersikap begitu. Itu secara ringkasnya...mungkin pada sesetengah org anggap membaca novel sekadar suka2. Bagi saya bukan sekadar suka2...tapi kita cari apa yg boleh dijadikan panduan. Sebab apa yg kita lalui tidak sama dgn org lain..so dr pembacaan ada ilmu yg kita boleh dapat walaupun dr sebuah novel cinta.
This is just what I wanted to show in CTB...;)

2 comments:

Elynn Salina said...

Oh.. Hezzy..terima kasih daun keladi.Terharu sekali

Hezzy Azra... said...

Salina, saya yg sepatutnya ucap terima kasih. Bukan mudah sebenarnya utk membuatkan pembaca membaca karya kita dan sekaligus menghayatinya...:)

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...