Terjumpa petikan ni di FB. Mungkin ramai yg sudah membacanya. Tapi tak salah rasanya kalau saya share dgn anda yg mungkin tak pernah come across this article.
Kepada mereka yg beragama Islam dan mengaku Muslim... tapi tiba-tiba melenting dan melatah bila ada fatwa yg mengatakan HARAM sambut Valentine's Day... mungkin petikan ini boleh membuatkan anda sedar apa sebenarnya yang anda beria-ia sgt nak sambut tu.
Valentine ni satu hari upacara keagamaan Kristian.. HARAM bagi umat islam sambut.. makna sini kalu sambut main2 saja HARAM.. TAPI kalu memuliakan hari valentine nih jadi KAFIR.. na'uzibillah--
- kite tgk umat islam lening boleh kata majoriti duk sambut.. habih duk pakat ingat tarikh 14 febuari.. padahal tahun hijrah ade, tapi dia dok ingat.. berat menanam... ulama' nk ajor takmoh dengor.. meh serba sedikit sejarah hari valentine nih.. guane buleh jadi hari valentine++
~ Nama paderi, Saint Valentino.. sepatutnya dlm agama Kristian, paderi dokleh nikoh.. TAPI dia brcinta dgn seorang awek.. haaa, nama awek dia hok kmpulan Search wak lagu tuh... haaa, Isabella.. ni nama awek Saint Valentino..--- jadi sepatutnya paderi takleh brcinta tapi gereja2 beloh Europe, Perancis, Sepanyol, UK, England membenarkan dia kahwin.. BAKPE DIBENAR?? sebab sumbangan St. Valentino nih besor, dia memurtadkan 1 JUTA umat islam di Sepanyol, masuk agama kristian semula... ADAPUN HOK MAROH, TAK BENARKAN CINTA nih gereja2 alik Rome, lening alik Vatican City.. di rome nih ibu pejabat dia.. Akhirnya, St. Valentino kawin jugok dgn Isabella pada tarikh 14 FEBUARI.. nampokk?? walaupun St. Valentino buat dosa besor dalam agama kristian iaitu paderi brkahwin TAPI dia ada jasa besor memurtadkan SEJOTE (1Juta) umat islam, dia dibenarkan kahwin.. dialah satu2 paderi besor kristian yg dibenarkan kahwin dgn awek ---
*gitu lah sejarah dia.. kita jgn sambut saja2, belajor etek benda agama nih.. tahu halal haram.. "jangan pandai akademik saja, ilmu akhirat dok tahu ke hala..."
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) --
Saya pun sebenarnya masih byk ilmu agama yg perlu didalami dan dipelajari. Setiap hari saya cuba belajar benda yg baru.. dan belajar dari kesilapan saya yg lalu. Tapi bila ada perkara baru yang saya tahu... saya akan cuba beritahu.
So, after reading this article... do you still want to go on with the celebration? Kepada yg terfikir utk meraikannya, anda ada perkaitan ke dgn tarikh kahwin Paderi tu? Atau kisah cinta anda ada kena mengena dgn Isabella tu?!
Seriously saya tak faham kenapa ada golongan yg bersungguh utk menyambutnya. Dan dlm waktu yg sama, saya rasa agak terkilan dan kesal terhadap golongan yg melenting tak tentu hala pasal isu pengharaman sambutan Valentine's Day ni. Ada yg mempertahankan pendapat dgn mengatakan bahawa mereka saje suka2 nak sambut Valentine's Day. "Suka hati I la... nak sambut ke tak. I terasa nak pakai cantik2... nak keluar makan pegang2 tangan dan lovey dovey dgn husband I... tak kan tak boleh kot??!" Kononnya nak rasa special sikit. Apa yg specialnya? Byk lagi hari 'special' yg boleh sambut... i.e. birthday ke, anniversary ke, hari raya ke...(just to name a few)
Kenapa nak buat sesuatu dgn 'suka-suka' dan kemudian anda dapat dosa? Astaghfirullahallazim. Bagi pendapat saya la kan... secara logiknya, kalau nak pakai cantik-cantik tiap2 malam keluar dgn your spouse pun... who cares?? Pakai la apa nak pakai pun! Kenapa nak tunggu Valentine's Day baru nak pakai baju cantik yg harga beratus-ratus tu? Kalau nak berpegang-pegang tangan dan lovey dovey dgn your partners pun... go ahead...nobody's stopping you! Tak perlu tunggu Valentine's Day pun... just GET A ROOM!!
Tepuk dada tanya iman...
P/S: Mlm ni malam Jumaat... meh pakat pakai cantik2 dan pergi masjid :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...
No comments:
Post a Comment