Dgn harga tiket yg 'sebegitu' dan kamera phone yg tak berapa nak canggih... maka, dpt la gambar 'sebegini' sahaja masa tgk konsert Anuar Zain 3 Dekad di Stadium Malawati mlm Ahad lepas. Hu hu... what do u expect, right? ;P
Mula aje concert dan sepanjang tiga lagu pertama yg dinyanyikan... sungguh tidak berjaya menarik hati saya. I was quite dissapointed with the sound systems. The music was too loud... sehingga menenggelamkan suara 'lelaki ini' (no doubt that the musicians are all proffesionals... but hello... I pergi konsert Anuar Zain sbb nak dgr suara AZ yg powerful tu secara live, hokay??) Masa tu, saya dah terfikir... kalau mcm ni la throughout the 2 hours show... dont think so I can enjoy listening to him. Baik saya dgr CD dlm kereta saya with my best amplifier. Dah la for sure I dont really enjoy seeing him sbb jauh bebenar seat saya tuh!! (Note to myself: Lain kali nak clear, sila beli tiket mahal. Kalau beli tiket VIP hari tu...entah2 dpt bunga ros drp Anuar Zain...:D)
Tapi NASIB BAIK... Anuar Zain telah berjaya 'mengubati kesedihan dan kekecewaan saya' bila dia mula menyanyikan lagu2 yg MEMANG SAYA HENDAK dgr sangat-sangat. First was JANGAN BERSEDIH LAGI...(dan saya pun tak 'bersedih' lagi lepas tu...hehe) Then, MUNGKIN... another nice song dan diikuti KAU BUNGA CINTAKU, KEABADIAN CINTA, SEMPURNAKAN AKU (dia tak nyanyi tapi siarkan nice video clip sebagai sambungan AJARI AKU bersama Nora Danish) Kemudian, lagu yg saya tunggu2... HANYA MILIKMU!! Wah... masa tu rasa best giler dan terus hanyut dgr lagu tuh!! (walaupun bukan full song... he started with the 2nd para) tapi saya berpuas hati sbb saya keciwa sgt dia tak nyanyi lagu ni masa concert 'Lelaki Ini' di Istana Budaya few years back!!
Dan bila krew bawak masuk piano dan Mac Chiew duduk kat situ... saya dah agak and told my hubby... ni mesti dia nak nyanyi KETULUSAN HATI atau CINTA HARUS MEMILIKI... (kerana dua lagu ni amat sesuai dgn piano rather than the orchestra) And it turned out to be... he sang both songs!!!Waaaaaaa.... Masa tu rasa nak jerit2 cakap kat dia... thank you, Anuar!!! Hahahah. Macam dia tahu-tahu aje permintaan saya in my last blog entry!!! You terbaca blog I ke??? Muahaha. During that two songs... rasa meremang bulu roma...:P. Just as I expected it to be... he sang it beautifully!! Siap ada Adibah Noor, Dina dan Elvira as back up singers!! Splendid!! Awesome!!
And final song was SEDETIK LEBIH. I loike!!! Lagu yg konon-kononnya dia tak nak nyanyi... :D. Biasa la... kasi gimmick skit... last2 nyanyi jugak. Mana boleh dia tinggalkan stage without singing this hit song, betul tak?
Lepas habis performance... saya dan hubby terus chow. Perut dah lapar giler masa tu!! Kami tak sempat dinner sebelum show. Dah la balik ofis lewat, keluar rumah pukul 7.45 lepas Maghrib, jammed la pulak kat NKVE sbb hujan. So perut saya lebih kuat 'muziknya' drp orchestra AZ pada malam tu!!
Overall... could have been better if the sound systems/sound engineer is good. Tapi tak pe la... ni kan first time AZ buat konsert secara besar-besaran (as claimed by him) So, as the first attempt and effort... saya boleh terima seadanya. AZ and his team has done their very best. Congratulations!
Dan saya berharap, cepat2lah keluarkan DVD konsert ni. Sbb saya nak tengok semula performance AZ masa nyanyi lagu berhantu (killer songs) iaitu KETULUSAN HATI dan CINTA HARUS MEMILIKI tu. Rasa tak puas hati ... rasa nak record secara haram aje mlm tu...:P. But at the end, saya TIDAK seperti sesetengah audience yg merakamkannya secara senyap2 melalui handphone mereka. Kerana saya amat respect hak cipta AZ...;)
P/S: Kalau lepas ni AZ terfikir nak buat concert lagi... saya dan hubby suggest AZ buat Akustik Concert... baru power...;)
No comments:
Post a Comment