Tetiba rajin pulak saya nak update blog ni... selang dua hari!! Ngeee...
But it's a good thing, right? Rather than biarkan berkulat je blog ni, ye tak? Especially when I have good things to share here, maka wajiblah dicoretkan di sini buat kenangan esok2 hari bila dah tak releven dlm bidang ni lagi. Kat blog ni, kita cerita perkara2 yg happy aje. Perkara2 yg mendukacitakan dan menyesakkan dada...kita simpan dalam hati dan bawa sampai mati...:P
Okay... hari Sabtu ini...bersamaan 25 April, saya dan rakan2 novelis seramai 23 org yg sama2 berbumbungkan ALAF21, akan diraikan dalam satu majlis di PWTC. Kesemua kami bakal dianugerahkan dgn gelaran 'Novelis Prolifik' sempena PBAKL yg akan berlangsung.
Novelist??
~ Something which I never thought of becoming one.
Prolific??
~ Something which I never dreamt of.
8 tahun saya bernaung di bawah ALAF21 (2007-2015) dan saya rasa gelaran Novelis Prolifik ini sangat besar dan bermakna untuk saya. Sebab kalau diselak semula sejarah bagaimana saya mula2 terjun dalam bidang penulisan ni... mmg ia satu keputusan yg mengejutkan. It was an overnight decision... when I suddenly decided to write a book after my sister suggested it!! Masa tu...tanpa apa2 pengalaman, tanpa pengetahuan yg luas, tanpa apa2 sasaran... saya terus merangka jalan cerita dan mula menulis 'Bab 1'!! Bak kata org...hentam kromo aje!!
Bila dah berjaya menyiapkan satu manuskrip dalam masa 5 bulan... saya gamble aje hantar ke Alaf21 pada August 2006. Kalau diterima... alhamdulillah. Kalau ditolak... anggap sajelah yang saya ni tak berbakat dalam penulisan ni... dan rezeki saya bukan dlm bidang ni.
Tapi lps hantar manuskrip pertama tu... tetiba saya rasa mcm, eh why not I try to write another manuscript? Three months later... i started writing the second manuscript and finished it in 6 months. And for the second time... saya gamble aje hantar ke Alaf pada Jun 2007. Walaupun masa tu...first manusript tu belum habis dinilai...apatah lagi masuk senarai utk diterbitkan! Dan saya masih berpegang pada ayat dan tekad yg sama... kalau diterima, alhamdulillah. Kalau ditolak... maybe I should forget about writing a book.
Rupanya, ada ezeki saya dlm bidang ni bila akhirnya... MELODI KASIH diterbitkan pada December 2007. Rasa macam tak percaya aje pegang MK tu buat pertama kali. Cium bau buku macam cium bau baby baru lahir...excited gitu!! Dan bermula dari situlah, saya rasa bidang penulisan ni serasi dgn jiwa saya. Walaupun ada masanya, saya rasa lelah untuk menulisnya. Stress + penat!! But despite that, it's something that I enjoy doing it. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu, manuskrip kedua saya lulus dan akan diterbitkan the following year.
So, KENANGAN TERINDAH pun terbit pada November 2008. Selepas terima macam2 komen positif ttg MK & KT... saya mula nampak... ada laluan utk saya dlm bidang ni. Tapi laluan tu sama ada jauh atau dekat... lurus atau bengkang bengkok... saya tak tahu dan saya tak boleh agak. Apa yg saya tahu, saya akan cuba menulis manuskrip ketiga, seterusnya keempat dan kelima. Maka lahirlah CINTA TAK BERALIH 2010, AKU PILIH DIA 2011, SEMERAH RED VELVET 2013.
Tapi kenapa saya target cuma lima novel??
Kerana saya rasa, that's the maximum I could go. Itu sudah dikira paling jauh utk saya yg asalnya bukanlah berbakat sangat. Bukannya ada idea melimpah-ruah. Bukannya ramai pembaca atau peminat. Bukannya konsisten sangat menulis. Bukannya anggap penulisan ini satu full time job...sekadar part time job saja. Tapi bila ALLAH anugerahkan saya rezeki dari segi idea dan kudrat... that's when I continue writing the sixth novel and SAH AKU CINTA KAMU finally published in 2014. And last February, I have completed the seventh manusript. Sekarang ni, manuskrip tu tgh tunggu que untuk diedit dan diterbitkan.
From zero to six + one... Ya ALLAH... tak ada ucapan selain daripada Alhamdulillah. Panjang rupanya jodoh saya dengan ALAF21 ni... sampai dah nak lahir 7 'babies'!!
~ Kepada pihak editorial ALAF21, terima kasih kerana sudi menerbitkan karya kecil saya and those involved in the whole process (the designer, the marketing & promotion team). And my special thanks goes to En Nord (yg menerajui ALAF ketika saya mengorak langkah pertama dulu), Kak Wan Rohana yg menyambut manuskrip MK & KT, Kak Saadi yg sering berikan semangat dan Kak Ruby yg akan meneruskan legasi.
~ Kepada Moon (editor MK, KT, CTB, APD), Lis (editor SRV and soon to be the editor for my 7th), Seyha (editor SACK)... thank you so much for all the effort you guys have put in. Akak sangat berbangga dan berpuas hati bekerjasama...it's been great working with all of you!
~ Kepada semua pembaca di luar sana yg menerima karya saya.... yg tidak putus2 beri sokongan, semangat dan komen2 positif... saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya tak mampu nak ucapkan terima kasih kepada anda, anda dan anda secara satu persatu. Hanya yg termampu saya kirimkan adalah doa... moga ALLAH balas budi baik dan keikhlasan anda menbeli/menerima/menyukai karya saya. Melalui penulisan, kita berkenalan... dan moga ikatan ini berpanjangan.
~ Kepada keluarga dan kawan2 yg sentiasa sentiasa mendengar keluh-kesah saya bila tension tak ada idea menulis, atau sudi hulurkan maklumat bila saya terdesak tak sempat nak google any info...thank you for all your immediate help and support. You guys are great friends!!
~ To my dear hubby and daughter... thank you for being understanding and accepting my new passion. I wouldn't have gone this far without love and support from both of you!!!
Sebak pulak ai menulis ucapan ala2 menang award nih!
P/S: So, my next target is to be able to write 10 novels. Saya ni small timer... suka target kecik2 aje...:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...
1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment