Friday, November 30, 2007

The License

Hari ni saya memperbaharui lesen memandu buat kali yg ke 15.

After 15 years, driving has become my daily routine. Saya cuma tak pegang stereng kereta masa dah 7 bulan mengandung... itu pun atas nasihat doktor (due to the pregnancy complication). Kwn baik saya; SS pernah kata "Woi, tak padan dgn mengandung... bwk keta macam kan apa!"Kalau ikutkan hati, selagi perut yg memboyot tu tak sentuh stereng, selagi itu saya nak terus memandu sampai hari bersalin! Sebab tu, cukup aje 44 hari tempoh berpantang, saya dah capai kunci kereta nak pegi Giant beli grocerries... rindu sgt nak drive!

I dont know about other people, but as for me, I find driving as an art... that requires skill and passion. Sejak kecil lagi, saya suka perhatikan arwah abah memandu. Kalau saya tengok perempuan yg drive, saya rasa kagum teramat sgt. Ketika tahun 70an dan 80an... lady drivers tak seramai skrg ni. And that really inspired me. Masa tu, mmg saya bercita-cita sgt nak belajar memandu (maka sbb itu jugaklah, saya tak reti tunggang basikal kerana cita2 saya nak pandu kereta!) Haha... cukup memalukan... sampai skrg pun saya tak reti naik basikal!

Dan bila umur saya genap 17 tahun, saya terus ckp pada arwah abah, saya nak enrol di driving school. Tapi arwah tak benarkan... dia kata muda sgt lagi, tunggu dulu. Stress giler saya masa tu. Lebih-lebih lagi bila kwn2 dah mula belajar memandu. Tapi saya tak patah semangat... dgn duit yg arwah bagi utk belanja sekolah, saya simpan sikit2 dan terus daftar dgn driving school ketika saya dlm tingkatan 6. Saya belajar memandu lepas habis sekolah, sblm arwah balik kerja. Mak saya tahu... jadi dia tolong cover line utk saya! Hahaha... konspirasi anak beranak! Kali pertama saya ambik ujian memandu, saya gagal sebab terlanggar tiang nak masuk side parking. Tapi usaha mesti diteruskan! Berkat kesabaran dan ketekunan, lepas habis exam STPM, saya pun dapat lesen! Seronok giler masa tu... terasa di awang-awangan. Dan arwah pun senyap lepas tu... nak kata apa lagi bila saya ambik jer kunci kereta dia bawak mak saya jalan2 pegi kedai!

Sepanjang 15 tahun sebagai pemandu, pelbagai pengalaman pahit, manis dan sedih pernah saya lalui. Saya telah 'berkhidmat' sebagai 'pemandu tetap' yg membawa arwah abah ke klinik saban hari selama berbulan-bulan utk menerima rawatan susulan. Masa tu dia tak boleh drive kerana kesihatan tak mengizinkan. Saya pernah accident dlm thn 1999 kerana menghentam boot kereta depan di MRR2...(gara2 leka dgr lagu hindustan, saya disaman RM300!). Saya juga pernah skidded sorang diri tgh2 hiway kerana hujan lebat. Alhamdulillah... nasib baik tak de kereta lain yg melanggar saya pulak. Tiga kali saya memandu mengalahkan ambulance dlm saat2 kritikal kerana membawa orang2 tersayang ke emergency room... (arwah abah sesak nafas, arwah wan kena hypo dan husband diserang appendix yg hampir burst!) Dan itulah 'khidmat' terakhir saya kpd arwah abah. Antara pengalaman manis pula, apabila trip dari Kuala Trengganu-KL cuma 4 jam. Personal achievement tu... sbb bukan drive 'sports' car saya tu tapi sebaliknya Toyota Prado! Dan saya pernah memberi saingan yg hebat kpd BMW 330ci di LDP (saje nak menyakat mamat Beamer yg eksyen tu!)

Walau apapun, saya berterima kasih pada abang err...(saya lupa nama dia!) yg pertama kali mengajar saya memandu dlm tahun 1992 dgn penuh kesabaran. Dan husband yg sering kali provoke dan challenge saya bila memandu... always push me to the limit as long as I can take the challenge! To a certain people, it may not be a good practice... but I look at it in a positive way. That makes me a better driver... when he has increased my speed limit from 140km/h to 160km/h recently!

10 comments:

Anonymous said...

Yup seen how u drove…you’re one lady driver! Please put on your crash helmet like all other drivers on the Sepang Racing Circuit did. At least on the track they are all going in the same direction...

Hezzy Azra... said...

eses56 - quote yg 'you're one lady driver' tu... should i take it as a compliment or the other way round? hehe...
Pasal helmet tu, i'l take tat into consideration... wlaupun terasa pelik pulak pakai helmet bawak citroen zx! hahaha

diamond baby said...

woi pompuan gile! 160 meh? wei, aku tak nak naik dgn ko lah! 160 tu bila sorang2 je kan? not with your loved ones in the car kan? scarynya...

Hezzy Azra... said...

db- relax la babe... of coz' 160 tu while i'm alone or husband next to me (w/out the little girl) and it's not all the time. under circumstances & emergency jer... i.e. aku dh lambt nak pegi ofis ke, test tayar baru ok ke tak alignment & balancing,rushing nak ke toilet ker...hehe

Lily Haslina Nasir said...

hah.. terus teringat zaman zaman belajar memandu.. baru 3 hari memandu, terus ke bandar baru bangi dari melaka dgn penuh beraninya! memandu 120-130 km sejam... mak asyik urut dada duduk di sebelah. sampai di round about bangi.. lepas tol.. hah, kiri ke kanan.. kiri ke kanan.. kaki pijak pedal minyak... terus terbalik...
sejak kejadian tu (1988) hanya pada tahun 1997 baru memandu semula...

Hezzy Azra... said...

kak lily - salute sama lu... hehe! terror dan beraninye akak baru 3 hari belajar memandu dah bleh drive jauh2 dan buat stunt! so, bila dah memandu semula lepas 9 thn ni... buat lagi ke mcm tu?... semakin serik atau bertambah hebat?

Anonymous said...

Hmm... dulu mmg tak ramai perempuan yg blh drive. Post ni mengingatkan saya pd perbualan lebih 20 tahun yg lalu.
"Kalau habis sekolah nanti aku nak bawak kereta..." kata saya pd adik laki yg umur muda 2 tahun drp sy.
"Eh, perempuan mana boleh bawak kereta..." adik saya jawab.
"Boleh aje... dah besar karang, aku nak bwk jugak!" saya jawab dengan penuh confident!
Masa bertekak tu mmg rasa amat tercabar, walhal masa tu baru sekolah rendah tahap 1. Skrg sy dah buktikan pada adik sy tu bhw perempuan juga boleh memandu, sama macam lelaki!Ahhh... puas hati saya.

Hezzy Azra... said...

jogi - serupa pulak cita2 kita zaman bebudak dulu ye?
betul tu... bahawasanya pompuan bleh memandu dan ada masanye, pemandu pompuan lebih cekap, hebat dan berhemah drp sebilangan pemandu lelaki yg drive terhegeh-hegeh mengalahkan kura2 dan tunjuk terror dgn memotong q!(sexist la pulak! hehe)

content said...

Thanks Hezzy for this wonderful post. It makes me wanna drive again. As embarrassed as i am to admit this, i've not driven a car for the past 10 years! Now it's time to re-live the joy & passion of driving all over again. Wish me luck! :)

Hezzy Azra... said...

Content - thanks to u for visiting my blog and so glad tat this post has actually brought back your driving joy & passion. and of coz... I wish u all the best... drive safe and smart!

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...