Friday, February 22, 2008

Tabiat Makan dan Gaya Hidup Yg Sihat...

Malu nak ngaku sebenarnya… that we are actually (esp. myself) have not been living in a healthy lifestyle.

Masa saya kecik2, arwah Wan kata senang nak besarkan saya. Bila cucunya yg sorang ni balik kampung, saya cuma nak makan ikan bawal goreng dan gulai lemak kobis yg dimasak oleh Wan. Bila saya mengandung, saya tak mengidam yg pelik2 pun, makan pun tak byk. Cuma bila dah 7 bulan onwards, saya nak lunch kat umah mak saya hari2. Kesian husband, terpaksalah menghantar saya ke umah mak setiap pagi dan jemput setiap petang. Mujur 15 km aje!

Tetapi sejak bbrp tahun kebelakangan ini, tabiat mkn saya yg tak consistent mmg ada ketikanya menakutkan. Ada masa saya bleh makan apa saje… mulut asyik nak mengunyah tak henti-henti. Ajak husband mkn kat tmpt best2 semata-mata nak makan seafood au gratin, crab meat in shell, seafood’s platter, bathura with butter chicken and massala prawn, lamb chop, kari kepala ikan, grilled chicken, chicken Monterey, macaroni & cheese, oyster, sotong bakar… pendek kata, all those fattening food and high cholestrol la kiranya! Dan husband tak sampai hati agaknya, akan tetap bwk saya ke tempat2 yg disebutkan (takut saya kempunan, kot?) Bila saya berjaya menghabiskan makanan tersebut tanpa dia perlu menghabiskannya utk saya, dia pasti akan kata “Wow, you eat a lot nowadays… Bravo! Tapi jgn complaint klau kebaya u ketat!”

Ada masanya, tanya lah saya apa nak makan… dan jawapan standard saya “dah tak tahu nak makan apa!” Maknanya mmg saya tak berselera langsung. Masa ni, husband saya lah yg kena menghabiskan segala2nya agar tidak membazir. Dan office mate pun dah faham sgt… sepinggan mee goreng, saya cuma makan 5 sudu… yg selebihnya, supplement utk diorg! Kadang2 saya rasa, saya ni mcm ular sawa pulak… minggu ni mkn byk, tapi minggu seterusnya mkn skit… sbb stock minggu sebelum tu masih ada lagi, kot! Haha

Senaman? Oh well, jenis ‘senaman’ yg saya buat hanyalah turun naik tangga, jln kaki dari parking ke office (yg hanya 5 minit tu), berjalan keliling stadium s.alam dua minggu skali sambil meninjau brg2 yg dijual di car boot sale/flea market! Kasut jogging saya? Hmm… saya pun dah tak ingat bila last saya pakai! Teruk betul saya ni, kan?

Dan dengan sedikit kesedaran/keinsafan yg ada… saya pun gagahkan diri pergi ke gymnasium di club house. Selain drp nak memulakan gaya hidup yg sihat (sebelum terlambat!), saya juga berusaha utk fully utilized what ever facilities that the club house has to offer… or else, we will be paying the management for nothing! Buat rugi jer duit! Husband saya jugak kata… kena biasakan diri dulu dgn pergi gym, bila dah fit nnt bleh temankan dia main squasy. Saya pun dgn confidentnya jwb balik kat dia… “I fit apa?”

For the first attempt, saya mulakan dgn cycling. Next visit, saya nak try treadmill, weight lift…. Waaahh… tinggi cita-cita... berkobar-kobar semangat! Bila peluh dah keluar, rasa2 calori pun dah turun skit (iya ke?) saya dengan bangganya pulang ke rumah!

Dan malam ni, saya mula terasa sesuatu! Paha saya… rasa selenguh-lenguhnya. Kaki saya… berkeriut-keriut bunyinya. Pinggang saya… teramatlah sengalnya. Mak ooi… sakit2 badan den!

Fit? Tak de nye fit kalau tak pernah exercise! Nak main squasy? Klau macam ni lah gaya nye… lagi 3 bulan la kot pegang reket squasy tu!

8 comments:

dhiya zafira said...

hahahhaha....aku lak dari dulu dok plan nak main badminton setiap petang dgn adik tapi sampai la ni raket pon tak beli2 lagi....hahahha...aku pon nak ikut azam hang la....

Hezzy Azra... said...

dhiya,
cepat pegi beli reket sblm kehabisan stock... hehe...
bleh ikut azam aku, tapi hang jgn ikut selera makan aku yg tak menentu & ntah apa2 tu... hahaha

Anonymous said...

Ada beberapa sebab kenapa anda kurang makan sekarang, pertama, kalau orang biasa ada ‘biological clock’ anda pula ada ‘biological scale’ yg bertindak secara otomatik memberitahu anda sudah cukup makan, kedua, sebab anda dah merasakan semua jenis makanan yang anda inginkan dan yang ketiga ialah kerana pemikiran, perasaan dan hati anda terlalu ‘occupied’ dengan kasih yang berubah…Ingatkan nak belanja makan tengahari ni orang dah berdiet tak jadilah nampaknye…and one more thing, gi gym tu sangat bagus tapi kena pasang niat yang betul....hehehe...

Hezzy Azra... said...

anonymous,
mungkin ketiga2 teori anda ttg kurangnya selera makan saya itu betul. tapi ada sebab yg ke4 iaitu:-
i dont see 'arrows' anywhere... so, I've lost my direction to the mamak's stall! hahaha

niat saya utk pegi gym bukan kerana inginkan bentuk badan persis supermodel... (mcm familiar jer quote ni! hehe)Cuma saya ingin memanfaatkan masa menunggu anak saya berendam di swimming pool!

P/S: Esok dan hari2 seterusnya, saya tak berdiet... bleh la blanja saya makan! hehe

Jogi a.k.a Nadhrah a.k.a Nik said...

'Arrows' xde? Silap landing kut...

Jgnlah sebab arrows, makan pun jadi xlalu. Kalau husband tau, naiye je... ;)Takkan nak jadi cam Fariq kut!

Apa-apa pun, teruskanlah dengan azam baru tu. Takkan Zaha je yang kena pegi gym...

Hezzy Azra... said...

Jogi,
Sebenarnye, selera ni mmg tak tentu. Tapi saja gunakn 'arrows' sbgai alasan... gimmick jer lebih! Haha

Betul tu.. tak kan Zaha jer pegi gym, joging kat Tmn Tasik...

diamond baby said...

jom..jom, kita gi main squash beramai2 nak tapi engkau kena cari racketlah coz aku racket dia pun tak pernah pegang...muahahaha

Hezzy Azra... said...

db,
racket squash mmg dah tersedia ada di rumah... A**** punya sejak bujang lagi. tapi kan, aku pegang hari tu pun sbb mengangkut racket tu masa pindah! muahahaha...

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...