Sunday, October 05, 2008

Sepanjang 5 hari beraya...

Cepat betul masa berlalu. Macam baru saje lagi, terpisat2 mata bangun sahur pkl 5 pagi... tetiba dah hari ke lima beraya! Dan esok dah mula nak kerja! Huhu... tension... tak puas cuti!




Tapi cuti lama2 pun buat apa, kan?? There are many other better things to do! Ini sebenarnya kata2 orang yg keciwa... haha. Bukan apa, saya dan suami sebenarnya tak ada kampung nak balik beraya... sad to say! Dan selalunya, trip beraya kami boleh selesai dalam masa dua tiga hari saje. And this is what everybody has been telling us too, mereka tidak nampak perlunya kami bercuti raya lama-lama... memandangkan kami hanya jadi penunggu di rumah saje!





Malam raya~ Satu kemestian utk berada di rumah mak saya. There is no two ways about this... ever since I got married!





Hari raya pertama~ Solat raya di masjid berdekatan rumah. Kemudian ke rumah kakak ipar yg hanya 3 minit perjalanan dari rumah saya. She managed to gather everybody... mertua saya, ipar duai yg lain, sepupu2 & mak2 saudara, which is easier for all of us. Boleh berjumpa dan bermaafan sekaligus... get it done and over with! By 12 noon, saya dah berada di rumah mak saya pulak. Lepas Asar, kami ke Cheras menziarah mak saudara sebelah mak saya. Lepas Maghrib, kami di Shah Alam beraya ke rumah sepupu suami saya pulak.






Hari raya kedua~ Menziarah pusara arwah mama (mertua saya) di Tampin. Balik dari Tampin, dah termangu-mangu tak tahu nak pegi mana. Nak beraya ke rumah saudara mara yg lain, saudara mara pun balik ke kampung mertua masing2. Sudahnya, kami 'beraya' ke IKEA sekejap... sempat jugak saya rembat satu teapot dan satu tray raya... hehe.





Hari raya ketiga~ Beraya ke rumah bapa saudara saya di Kuala Kubu Bharu.




Hari raya keempat~ Pergi Ipoh sekejap, ada jemputan kahwin.





Hari raya kelima~Makan tengahari di rumah mak saudara saya di Putrajaya. Minum petang di rumah kawan baik saya di Kemansah Heights.




Hari raya keenam~ Meneruskan kerja-'kerja' di office yg sudah tertangguh selama 8 hari! Kemungkinan akan bermulanya jemputan2 utk rumah terbuka raya. Saya menunggu jemputan sesiapa yg sudi menjemput. InsyaALLAH, kalau tak ada aral... saya pasti datang. Dan sekiranya confirm, rumah terbuka yg saya rancangkan itu tidak menjadi (well... as it is now, I still couldnt find a reliable caterer)... mungkin saya akan bawak kuih raya saya tu ke office... menjamu kengkawan di dalam office dan kenalan di luar office!

2 comments:

RaudhahRuds said...

Salam, you've been tagged :) go to my blog and see how's it's done k. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Raudhah

Hezzy Azra... said...

Salam... selamat hari raya to you too. Maaf zahir batin.

Visited your blog... ok, nnt i jawab tag tu:)

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...