Followers

Thursday, May 28, 2009

UEFA Champions League 2008/2009

MU kalah di tangan Barcelona di perlawanan akhir Champions League awal pagi tadi!!




Expected?? Walaupun saya penyokong tega MU, tapi gerak hati saya merasakan MU akan kalah. Haha... macamlah kuat sangat gerak hati saya tu!! Sebab tu, bila husband tanya saya nak tengok tak final UEFA... saya jawab, kalau terjaga pkl 2 pagi, saya akan tengok. Tapi kalau tengok saya tidur dengan lena, TOLONG jangan kejut! Tapi akhirnya saya tersedar jugak masa perlawanan dah berlangsung 75 minit. Tengok-tengok score... aik, 2-0??





Oklah, best team win! Mesti Barcelona yang control game... sebab tu MU kalah! Tapi walau apapun, saya cukup suka tgk Manager/Coach Barcelona yang kacak lagi macho ini...hehe... Pep Guardiola setiap kali team dia bertarung. He can be very cool but at the same time, very energetic!















Dan sebagai mengubati kekecewaan dengan kekalahan MU... kami telah pun membeli tiket perlawanan MU menentang Malaysia pada 18 Julai nanti di Stadium Bukit Jalil!! Frust jugak bila dapat tahu tiket RM58 dan RM68 dah habis. Cuma tinggal RM308 (kalau husband beli tiket ni, memang saya akan menjerit "That is one month of utility bills, u know!!) dan RM98 (ok la... this one is quite reasonable!) And the best part is, we got ourselves the training passes as well. Tapi training tu saya rasa malas pulak nak pergi. Biarlah husband pergi dengan geng2 penyokong MU nya. But the game itself... I'll be joining him and the rest of MU supporters!

See you guys there!!

Monday, May 25, 2009

Award-award Yang Diterima

Waaa… sejak seminggu dua ni… saya terima dua award sekaligus! Iaitu daripada Kak Meen Zulaikha dan Azrin. ALHAMDULILLAH… saya dengan besar hati menerimanya. Ada jugak yg sudi bagi saya award padahal saya tak tahu apa yang sudah saya lakukan. Apakah sumbangan saya kepada agama, bangsa dan Negara? Atau mungkinkah saya seorang pejuang kemanusian?? (Eh… suddenly I sound very patriotic…)






Apa-apa pun, terima kasih banyak2 kepada pemberi award ini (Kak Meen Zulaikha dan Azrin) serta orang yang mencipta award ini.

Award daripada Kak Meen




Award daripada Azrin

Copy award di atas utk diletakkn di blog anda
Done!

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini -
i- saya dan Azrin membesar di tempat yang sama
ii- kami juga ada pertalian saudara
iii- rajin berblogging (satu hari entah berapa kali dia buat entry! Hehe)
iv- novel lovers (terima kasih sbb sudi baca MK dan KT)
v- murah hati sebab beri saya award ni



Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya:
Ni yang den lomah sikit nih! Tapi tak apa… layan aje lah…

1. Suka bercakap/bergayut di telefon
2. Suka buat perkara-perkara yang orang tak pernah terfikir nak buat
3 Enjoy tengok football game i.e BPL, Champions League, World Cup
4. Di masa lapang dan bila tak de kerja, suka menjenguk mana2 car showroom dan test drive kereta
5. Cepat rasa boring bila drive kereta below 90km/h
6. Suka merapu dengan orang2 tertentu. Kadang2 dengan AHA pun saya boleh merapu! Hehe
7. Serious and focus in doing things especially when I have a lot of interest in it
8. Suka mendengar lagu sambil buat sesuatu i.e driving, buat kerja di ofis, menulis, membaca
9. Suka berangan dan merancang apa nak buat
10. Cook only when I feel like cooking



Anda perlu memilih 10 penerima seterusnya dan describe tentang mereka:
Minta ampun banyak2… saya tidak cukup bermurah hati nak bagi award ni pada sesiapa (Hehe... tak patut betul!) Tapi saya bukan tamak… cuma saya dah tak tahu siapa nak bagi. Seems that almost every bloggers that I know (saya pun bukan kenal ramai sangat bloggers) have received this award. Tapi kalau ada sesiapa yang nak… jangan malu2, ambil saje award ni dari blog saya… saya halalkan… hehe.



Sekian terima kasih!

Monday, May 18, 2009

Tagged by Bikash & Azrin...

10 Facts About Me...

(from other people’s point of view… and the key words are those in Italic! Hehehe)




1. Seperti kata husband masa kali pertama jumpa saya 19 tahun lalu. His first impression was: “Huh… minah ni, eksyen giler!



2. Seperti kata mak bila membebel setiap kali mengemas barang-barang saya: “Kau ni sayang sangat kat barang-barang lama yang dah tak guna ni! Buat apa simpan, buang ajelah!”


3. Seperti kata arwah abah bila dia marah setiap kali terima bil telefon zaman saya muda remaja dulu: “Entah dengan siapa dia bergayut 24 jam… bil telefon sampai beratus-ratus ringgit!”



4. Seperti kata kawan-kawan karib bila saya bercerita tentang benda-benda yang saya buat: “Goodness... You did that? Tapi kau memanglah… suka buat kerja-kerja mengarut tu!”


5. Seperti kata orang-orang sekeliling bila dapat tahu saya temankan husband berjaga mengadap TV: “Awak pun suka tengok bola jugak ke?”


6. Seperti kata seorang kenalan bernama SS bila mengetahui saya selalu fikir lain daripada orang lain: “You are not abnormal, but you are unique in your own way and thinking.


7. Seperti kata ex-IT Manager di pejabat bila saya complaint apasal PC saya tak macam orang lain punya: “Memanglah kau punya PC aku tak install semua tu… buat membazir aje. Kau bukan IT savvy, mana reti pakai program tu!”


8. Seperti kata AHA bila naik kereta dengan saya: “Lagi-lagi lagu M.Nasir, mama suka M.Nasir, eh?”



9. Seperti kata novelis Lynn Dayana tentang ketagihan saya: “You are a mom with speeding addiction!



10. Seperti kata ex-b/f bila kami bertekak dahulu kala: “You are too stubborn!



People I tag: Alahai… part ni yang leceh sikit. Hmm… Lynn Dayana, Laila Kamilia, Dhiya Zafira, Meen Zulaika dan sesiapa yang sporting, anda dialu-alukan untuk menjawab… silakan!




Btw, as a proud MU supporter, ingin saya kongsikan gambar kejayaan MU menjulang piala BPL pada 16 May 2009 utk 3 tahun berturut-turut buat kali yg ke 18!
(Sorry to all Arsenal, Liverpool & Chelsea fans... yang terdiri drp office mate, anak sedara dan adik ipar saya! Hehe)



Tuesday, May 12, 2009

The One Year Old Pug...


Yeah… I know, it’s just a Pug… not M3, SLK or even an Imprezza WRX. But I love the awesome feeling of driving it. Macam rasa bawak rally car! Haha… perasan! Tapi betul apa… Pug model yang sama seperti saya tapi berenjin 2.0 litre, memang rally car pun.

Masa saya nak miliki dia setahun lalu, saya berfikir lebih seratus kali. Malah, saya pergi test-drive lebih daripada tiga kali! Sebabnya, saya bukan orang kaya… yang mampu beli apa-apa saja kereta dan kemudian, senang-senang tukar kereta. Not just I need a car to take me from point A to point B, but… I want to own a driver’s car!
Saya memang agak sukar bila tiba bab nak membeli kereta. Kalau ikutkan nafsu dan hati, kereta idaman saya macam-macam. Tengok ajelah gambar kereta yang terhias dengan cantiknya di tepi blog saya ni… haha. Tapi saya sedar diri, kemampuan saya setakat mana saje. All those German cars, are still not in my budget. Maka sebab itu, saya cuba mencari kereta yang saya minat, stable, reliable, saya tidak teragak-agak untuk pecut, yang tak sempit sehingga berlaga lutut dan tak besar sangat sehingga saya tak tersentuh dashboard!

Once I decided on that car… husband saya tanya berulang kali “Are you sure this is what you really want?” Saya jawab kat dia… “Jangankan nak beli Audi A4… Airtrek second hand pun tak mampu lagi… so, beli aje lah yang ni!” And with that, each one of us own a French car now!

And I think I have made the right decision… I have no regrets at all. Sepanjang setahun, saya cukup berpuas hati dengan performance of this ‘lion brand’…. 0-100KM acceleration is rated at 15.2 seconds. After all, it’s only 1.4 litre with 8-valve SOHC engine. I cannot compare with my old 1.8 litre Putra (yg dah jadi arwah tu! Uhuk uhuk)… 0-100KM at 8.7 seconds with 16 valve DOHC engine, right? But when you have reached certain speed, it’s quite stable. Sebab tu kami pernah buat record… Kangar-KL in 4 hours, KL-Penang in 3 hours. In terms of petrol consumption, RM55 can go up to 400KM for town driving. But if it is constant highway driving… it can even reach 500KM. Servicing is being done every 10,000KM. And what is the most important thing is that, there’s no problem so far. Be it major or minor (i.e no weird sound coming from the dashboard… atau power window sangkut ke…hehe)

Sempena dia berusia setahun ni, saya rasa nak ubah sikit kelainan pada penampilan dia. Hmm… apa ye? Ada intention nak tukar tayar… daripada 175/65R14 kepada 180/60R14… biar lebar sikit. Low profile tyre… sure best bila cornering! Hehe. Tapi husband saya kata, tayar tu belum botak lagi… rugi pulak rasanya kalau tukar sekarang.

Nak tambah bodykit? Saya memang suka kalau kereta saya nampak sporty, baru masculine sikit. Tapi husband kata kereta tu ladies car … buat camana pun masih nampak feminine di mata dia! Argh!!

Or may be I should get it tinted. Cuaca sekarang ni panas terik… my kulit like terbakar even though I’m inside the car! Hehe. Lagipun, elok juga cermin gelap sikit… biar orang tak berapa perasan siapa pemandunya bila saya merempit. Haha.

Yeah, may be that’s the best idea for now!

Friday, May 08, 2009

Mother's Day & being a mother...


Tanggal 10 May nanti… diiktiraf sebagai Mother's Day. Sana sini dah heboh dengan promosi sempena meraikan kaum ibu dan macam2 program yg telah dirancang. Hari yg turut membuatkan saya terfikir dan mula menilai diri sendiri, have I been a good mother all these years?

I’m a mother to a 7 year old daughter. Masa dapat tahu saya mengandung, I had a mixed feelings. Syukur, seronok dan takut. Syukur dan seronok kerana saya bakal dikurniakan anak yang ALLAH amanahkan. Tapi takut teramat sangat… tak tahu sama ada mampukah saya melaksanakan tugas mendidik anak yang ALLAH kurniakan dan amanahkan itu? Jenis ‘mak/mama’ yang bagaimanakah saya nanti? Boleh ke saya jadi seperti mak yang cukup bersabar melayan kerenah saya masa kecil-kecil dulu? Mampu ke saya tenang seperti mak ketika berhadapan dengan kenakalan saya ketika meningkat remaja?

Setelah 7 tahun bergelar mama, I tend to realize that it’s not an easy task to do. Everybody can be a mother, but how to be A GOOD mother is the major thing! Tidak semestinya jika anda mempunyai PhD, Masters atau degree… gerenti anda akan menjadi ibu yang baik. Dan tidak semestinya, jika anda tidak pernah memijak tangga universiti, anda tidak boleh menjadi ibu contoh. Bagi saya itu semua bukan ukuran, tapi kita mengukurnya dengan melihat apa ‘hasilnya’ anak yang anda didik itu. My philosophy is simple… It’s not the degree you hold, but it’s how your kids being raised!

Saya ambil contoh, mak saya. Dia tak belajar tinggi sehingga peringkat universiti… tapi pengetahuan dan kesabaran mak saya cukup tinggi hingga kami tiga beradik jadi begini. Bukanlah nak kata kami semua ni cukup sempurna, tapi kekurangan kami tidaklah seteruk mana.

Saya mengaku saya masih banyak kekurangan dan saya masih lagi di peringkat pembelajaran untuk menjadi mak/mama. Ada banyak lagi yang saya perlu tahu. Kalau masa AHA masih baby lagi, saya kena belajar bezakan erti tangisan dia. Bila dia dah besar sikit dan pandai show tantrum, saya kena belajar camana nak handle tantrum nya itu. Sekarang ni dia dah darjah satu, saya kena belajar untuk faham pemikiran budak seusianya. Tak lama lagi, bila dia dah jadi anak dara, mungkin saya kena belajar camana nak fahami dia kalau tetiba dia beritahu saya, dia sedang bercinta! As the conclusion, the learning process of a mother will never stop!

And I’m not learning or trying to be a superwoman… neither do I want to be a supermama. I just want to be like my ideal mother, so that in future, I can be an ideal mother to my daughter!

Happy Mother’s Day to all mothers out there!
You're Really A Mom When...
You count the number of sprinkles on each kid's cupcake to make sure they are equal.
You want to take out a contract on the kid who broke your child's favorite toy and made him/her cry.
You have time to shave only one leg at a time.
You hide in the bathroom to be alone.
Your child throws up and you catch it. Someone else's kid throws up at a party and you keep eating.
You hire a baby sitter because you haven't been out with your husband in ages, then you spend half the night talking about and checking on the kids.
You hope ketchup is a vegetable because it's the only one your child eats.
You obsess when your child clings to you upon parting during his first month at school, then you obsess when he skips in without looking back.
You hear your mother's voice coming out of your mouth when you say, "Not in your good clothes."
You stop criticizing the way your mother raised you.
You read that the average-five-year old asks 437 questions a day and feel proud that your kid is "above average."
A Mom's Dictionary:
* Bottle-feeding: An opportunity for Daddy to get up at 2 am.
* Family planning: The art of spacing your children the proper distance apart to keep you on the edge of financial disaster
* Full name: What you call your child when you’re mad at him.
* Grandparents: The people who think your children are wonderful even though they’re sure you’re not raising them right.
* Independent: How we want our children to be as long as they do everything we say.
*Dumbwaiter: One who asks if the kids would care to order dessert.
*Hearsay: What toddlers do when anyone mutters a dirty word.
*Sterilize: What you do to your first baby's pacifier by boiling it, and to your last baby's pacifier by blowing on it and wiping it with saliva.
*Two-Minute Warning: When the baby's face turns red and she begins to make those familiar-grunting noises.
 
Copyright (c) 2010 when Hezzy Azra writes.... Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.