Monday, August 30, 2010

Sedang dalam mood untuk buat kuih raya

Sebenar-benarnya, saya ni suka buat kuih & kek menjelang hari raya. Because baking has been my speciality in the family... chewah... hehe... perasan!! Disebabkan saya ni taklah pandai masak jadi kenalah pandai buat kuih... barulah seimbang, ye tak? Hehe. Walaupun tak lah terror mana sebenarnya.

Antara kami tiga beradik, rasanya saya yg paling rajin utk buat biskut raya dan telah 'berkecimpung' dalam bidang ini sejak umur saya 15 tahun lagi! Infact when I was 19, saya telah menerima tempahan biskut ovaltine drp kawan sepejabat arwah abah. Personal achievement tu. Dapatlah duit raya lebih sikit masa tu... hehe.

Tapi sejak dah ada AHA lapan tahun lepas... mood untuk buat kuih raya tu menurun sikit. Mungkin sbb busy (kononnya beranak kecil... lame excuse! Hehe) Mungkin juga sbb penat (dah beberapa tahun juga kami beraya tanpa maid... maka sayalah yang terpaksa jadi maid...hehe). Atau mungkin juga kerana saya diserang penyakit MALAS!! (Hahaha... itulah yg sebetulnya!)

Tapi tahun ni, dengan tiba2 saya jadi rajin. Entah kenapa mood untuk buat kuih raya muncul. Mungkin bila harga kuih sekarang teramatlah mahal. RM20-RM35 sebotol... kira mahal utk saya sebab selalunya saya bukan hanya akan beli sebotol saje nanti... sekurang-kurangnya 3 botol untuk 1 jenis. Kalau berbotol2 dan berjenis2... dah berapa 'hengget' pulak tu? Dan setelah didarab, dicampur dan ditolak... akhirnya saya decide nak buat biskut raya sendiri. Lebih2 lagi biskut yg saya nak, susah betul nak dapatkan di pasaran sekarang ni. Rata2 org jual biskut yg moden... yg sudah di'improvise' drp resepi2 lama. And yes.... being an oldies... saya suka resepi turun temurun zaman mak saya muda2 dulu... biskut kelapa, biskut kacang & biskut cornflakes yg original.



Dan inilah hasilnya sepanjang cuti hujung minggu semalam. Biskut cornflakes kegemaran saya!! Baru buat satu jenis dah kecoh.... hahaha. Tapi ada sebab saya boleh berbangga. Kerana saya menyediakannya seorang diri... tanpa bantuan sesiapa pun. Berpanas duduk di depan oven tu dari pukul 7am hingga 2pm untuk sesi pertama. Dan sesi kedua, dari pukul 8.30pm hingga 11.30pm. Buat 7 adunan pulak tu... roughly 450 pieces... boleh tahan banyak jugak tu... hu hu.

InsyaALLAH, minggu akan datang saya nak buat biskut kacang. Sebab bila dah nak dekat raya nanti, saya kena buat kek pulak. Ish.... ish... sibuk betul la saya nak raya nih! Hehehe.


** Atau mungkin saya 'merajinkan' diri untuk buat kuih raya sebagai 'menggantikan' masa-masa yg sepatutnya diperuntukkan untuk menulis manuskrip. Yes... by right, I should be writing my 4th manuscript NOW. But I am baking raya cookies instead!! But come to think of it... okay wat?? Sekurang2nya nampaklah jugak hasil (berbalang2 home made cookies) walaupun manuskrip masih tak berganjak muka surat, kan?


YES... I'm JUSTIFYING myself!!! Hahahaha.

Tuesday, August 17, 2010

Sweet & romantic scenes

Menulis sebuah kisah cinta antara dua insan mungkin mudah… tapi untuk mencipta scene atau dialog yg sweet & romantic antara hero dan heroin… sebenarnya cukup susah. Terutama sekali utk saya yg masih merangkak di bidang penulisan novel ini. Walaupun ianya sebuah kisah cinta dan bunyinya begitu senang tapi buntu jugak kadang2 nak mencipta dialog atau scene yg original dan pure. Yg scene nya tidak ada persamaan dgn mana2 novel cinta yg lain. Yg dialognya memang tidak boleh dijumpai… melainkan dalam novel saya saje. Hahaha… kononnya!

Seriously, untuk menulis scene2 yg ‘sweet and cute’ dgn dialog yg ‘romantic and catchy’ sehingga pembaca boleh turut ‘menikmati’ keindahan percintaan hero & heroin itu, boleh sama2 merasai kembang kuncupnya hati hero dan heroin ketika scene itu atau mengalami debaran serta gelora perasaan mereka... argh… sesungguhnya ia satu cabaran bagi saya!

Di sini saya nak kongsi sikit beberapa scene yg sweet & romantic dalam ketiga2 novel saya; MK, KT & CTB. Kalau mengikut istilah ‘sweet’ saya, memang banyak scene yg sweet dlm novel2 saya tu. Hehe... ye lah… saya yg fikir, saya yg tulis, saya punya novel, saya punya seleralah kan… hahaha. Di saya punya blog ni… saya paparkan sebahagian saje dulu buat masa ini… hehe.

Melodi Kasih (MK)-scene di mana si hero memujuk si heroin (a perfect gentleman with an ego lady…hehe)
LENA Zahara terganggu dengan bunyi deringan telefon yang tidak putus-putus. Malas sungguh rasanya untuk menjawab panggilan tersebut, namun deringan itu bagaikan tidak mahu berhenti.
‘Siapalah yang telefon pukul 11.00 malam ni?’ Rungutnya sambil mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja solek.
“Zaha... can you please walk towards your window?”
Suara Fariq membuatkan mata Zahara yang layu menjadi segar-bugar. Kelunakan suara itu memanggil namanya menggoncang perasaan. Dengan pantas, dia melangkah ke jendela biliknya dan menyelak langsir, memandang ke luar kepekatan malam.
“Nampak I berdiri kat bawah ni?”
Zahara melepaskan pandangannya jauh ke tingkat bawah. Seberang jalan di luar pekarangan kondominium, sayup--sayup kelihatan sesusuk tubuh Fariq sedang bersandar di tepi kereta dalam samar-samar cahaya neon di bahu jalan.
“Err... ya...” sahut Zahara dalam suara yang tersekat-sekat. Jantungnya masih berdegup kencang. Rasa begitu bahagia dapat mendengar suara dan melihat diri Fariq, biarpun dari jauh. Namun, hatinya masih ragu-ragu. ‘Mimpikah aku ni? Apa ertinya semua ini?’
“Look... there’s so many reasons why I need to see you now. But let me just start by saying... I would like to apologize and forgive you for everything,” sambung Fariq lagi apabila melihat bayang Zahara di sebalik jendela.
Zahara tersandar di sisi jendela. Perasaannya tidak menentu. Antara curiga, gembira, lega, terharu dan teruja, sehingga tiada kata yang terucap di mulutnya. ‘Apa yang Fariq katakan tadi? Aku dah dimaafkan? Benarkah?’
“So now... do you want to cross the road, to meet me down here? Or do you want me to climb the stairs to see you at your doorsteps? It’s your choice, dear...” Fariq bertanya lembut. Dia tidak mahu mendesak lagi. Kalau seminggu yang lepas, dia berasa dia mungkin sedikit memaksa. Namun malam itu, biarlah Zahara diberi peluang untuk membuat pilihan dengan kerelaan hati sendiri.
“I turun sekarang...” Tanpa berfikir panjang, Zahara lantas menjawab dalam nada suara menahan sebak apabila kemaafannya diterima. Dia tidak menyangka Fariq akan datang menemuinya malam-malam begitu. Dia cukup tersentuh apabila Fariq sanggup berkompromi. Dengan rela hati, dia membuat pilihan. Fariq tidak perlu naik ke kondominiumnya setelah bersusah payah menerjah malam, biar dia sahaja yang turun mendapatkan lelaki itu.
Sepantas kilat dia bertukar baju dan bergegas ke lif. Rindunya sudah tidak terbendung lagi. Dia tidak akan membiarkan Fariq berlalu pergi begitu sahaja. Malam itu akan jadi penentu segalanya. Dia tidak mahu ia berulang lagi seperti minggu lalu. Cukuplah sekali dia melihat Fariq melangkah pergi tanpa berpaling kepadanya lagi. Pedihnya masih terasa di ulu hati.

MATA Zahara dan Fariq bertatapan sebaik sahaja berdiri bertentangan. Hanya pandangan mata yang berkaca melakarkan segalanya. Rindu, bersalah, menyesal dan terharu. Semua perasaan itu sebati menjadi satu, di dalam dua jiwa yang sedang bergelora saat itu.
“Kenapa tak benarkan I naik atas?” soal Fariq sambil tersenyum nakal, sengaja mengusik dan menguji. Memulakan bicara untuk memecah kesunyian di antara mereka sejak tadi.
“You nak panjat tangga, lambat sangat nak sampai tingkat lima. I turun tadi guna lif!” Zahara menjawab dalam senyuman dan mata yang bergenang. Cuba berlawak melindungi perasaannya yang masih sebak.
Fariq ketawa mendengar jawapan selamba Zahara. Dia menghormati prinsip Zahara yang tidak akan sewenang-wenangnya mengizinkan mana-mana lelaki menjejak kaki di kondominiumnya. Prinsip itulah yang sedikit sebanyak membuatkan hatinya semakin tertarik kepada Zahara. Semakin sayang, semakin jatuh cinta.
“You dah makan?” Atas rasa ambil berat, Zahara mengajukan soalan itu.
Penampilan Fariq pada malam itu cukup selekeh baginya. Dengan seluar jean lusuh, baju T berkolar bulat berwarna kelabu dan berselipar Jepun. Lelaki itu tampak begitu berserabai dan kelaparan. Mungkin masih belum makan malam dan sudah seminggu tidak bercukur, agaknya! Namun, ketampanan Fariq masih ada di wajah yang mula ditumbuhi jambang-jambang halus itu.
Fariq menggeleng. Dia masih tidak lepas merenung Zahara yang memakai seluar linen hitam dan baju T berlengan pendek berwarna putih. Bagi melawan kedinginan malam, tubuh Zahara dilitupi dengan selendang berwarna merah. Rindunya yang selama ini menyesakkan jiwa terlerai sudah. Mahu sahaja dia menarik Zahara ke dalam dakapannya. Namun, cepat-cepat dia membunuh keinginan yang membara. Lantaran kewarasan akalnya dan keimanan yang dimiliki walaupun mungkin tidak setebal mana.
“Jom, supper dengan I. Dah lama tak makan dengan you... rindu sangat!’ Fariq lantas membuka pintu kereta.
Hati Zahara sekali lagi tersentuh. Layanan Fariq tidak sedikit pun berkurangan. Nada suara Fariq masih seperti biasa, begitu bersahaja. Dia melangkah masuk ke dalam kereta.

Kenangan Terindah (KT) – scene di mana si hero menguji si heroin dengan memandu uji Putra 1.8…hehe
“Be my first guest... to drive my ‘new’ old Proton Putra year 2000 model, which I just bought two days ago!” ucap Akmal penuh bangga sambil menghulurkan kunci keretanya kepada Marisa. Di lubuk hatinya, bersarang rasa malu dan kerdil terhadap Marisa. Apalah sangat kereta yang dibanggakan itu berbanding dengan kereta yang gadis itu pandu!
Marisa terkejut. Dia menyambut kunci yang dihulurkan oleh Akmal dengan teragak-agak. Hatinya tersentuh dengan layanan Akmal yang membuatkan dia rasa cukup istimewa. Sudah lama benar perasaannya tidak diusik dengan detik-detik seperti itu. Berabad rasanya dia tidak dilayan sebegitu istimewa sejak ditinggalkan Ridzwan. Dulu, kereta Proton Satria kesayangan Ridzwan itulah yang kerap dipandu ke hulu ke hilir. Ridzwan tidak pernah memberi keizinan kepada mana-mana gadis memandu keretanya itu selain dia. Kini, adakah Akmal juga cuba melakukan perkara yang sama?
Tiba-tiba dia tertawa, melindungi perasaan sendiri bila melihat sepasang mata Akmal asyik memerhatikannya. Lantas dia membuka pintu kereta dan duduk di kerusi pemandu. Enjin dihidupkan, dibetulkan posisi kerusi dan cermin pandang belakang.
Akmal masuk ke dalam kereta dan terus duduk di sebelah Marisa. Tersenyum melihat reaksi Marisa yang tidak menentu. Dalam tawa girang Marisa, terpamer riak terharu di wajahnya. Kalaulah Marisa tahu, apa yang tersirat di lubuk hati aku ini... Bukan sahaja dia mahu Marisa menjadi orang pertama yang memandu keretanya, malah dia mahu Marisa menjadi gadis pertama yang menerima cintanya!
Kereta Proton Putra berwarna perak metalik itu meluncur laju keluar dari tapak projek menuju ke jalan besar di sepanjang Cyberjaya yang tidak banyak kereta dan tidak sesibuk seperti di Kuala Lumpur.
“So, how does it feel? Kereta lama tapi bila I bandingkan dengan beberapa buah yang I dah test drive hari tu, ini yang terbaik.” Akmal bercerita tentang pengalamannya mencari kereta seorang diri.
“Betullah... kereta ni okey lagi walaupun dah lama. Kenapa you beli Putra, bukan Audi A4 tu?” Marisa memancing penjelasan Akmal. Nalurinya terlalu ingin mengetahui adakah komennya tempoh hari membuatkan Akmal memilih kereta itu. Kalaulah benar tanggapannya, dia berasa gembira dan terharu. Pandangannya diterima oleh Akmal, walaupun hubungan dia dengan Akmal tidak diketahui apa statusnya.
“Besides the good performance, this is the most affordable one for me!” jawab Akmal selamba.
Hati Marisa tercalit kekecewaan dan tidak keruan, riak mukanya berubah. Dia tidak mengharapkan jawapan itu sebenar-benarnya. Dia ingin mendengar jawapan yang lebih meyakinkan dan menyenangkan untuk melegakan hati yang sedang bergelora. Dek kerana tidak puas hati dengan jawapan Akmal, lantas dia memijak lagi pedal minyak untuk melepaskan geram. Selain merasai keupayaan dan kelajuan kereta Proton Putra itu.
“Hei... hei... kenapa laju sangat ni?” Akmal bersuara sambil menoleh ke arah Marisa. Dia tahu, Marisa tidak senang dengan jawapannya tadi. Memang sengaja dia menguji.
“Well... I want to feel the performance, is it worth the price you are paying!” kata Marisa bersahaja. Kalau Akmal tak mahu berterus terang, tak apa. Kalau Akmal masih berterusan untuk menduga dan menguji, aku juga akan buat perkara yang sama!
“Kalau ya pun you marah dengan I, janganlah lenjan kereta I... baru beli ni!” Akmal mengusik lagi.
Marisa tidak mempedulikan kata-kata Akmal, buat-buat tidak dengar. “Siapa kata I marah?”
Akmal menyentuh tangan Marisa yang kebetulan sedang memegang gear. Marisa terkejut. Bagai satu sentuhan elektrik mengalir dalam dirinya dengan sentuhan Akmal itu.
“Okay... I admit, I bought this car after taking into consideration... your point of view! How about that?” ujar Akmal lembut sambil tangan yang halus dan lembut itu semakin erat dalam genggamannya.
Kata-kata, renungan mata dan sentuhan tangan Akmal itu menikam jantung Marisa. Kali ini lebih hebat debarannya, lebih hebat gelora jiwanya. “That sounds slightly better!” balasnya cuba melindungi debaran di hati.
Diam seketika di antara mereka. Tangan Marisa masih dalam genggaman Akmal. Mereka bagaikan menikmati saat-saat yang begitu indah dan cukup manis dirasakan. Sukar diluahkan dengan kata-kata.

Cinta Tak Beralih (CTB) – scene di mana hero & heroin saling mengurat di FB chat…hehe
Tiba-tiba bebola mata Larra bersinar sebaik sahaja kotak mesej FB Chat terpapar di skrin. Sekejapan itu, hatinya melonjak riang.

Shaq: Assalamualaikum, Larra. How r u? Sorry 4 gone missing!

Sepantas kilat Larra menaip balasan.

Larra: Waalaikumussalam. Fine thx! R u ok? Where r u?
Shaq: I ok ke? X ok sgt! I kat mana ya? Hmm... jauh dari u.

Larra tersenyum lebar. Sebaris ayat yang ringkas, tapi mempunyai pengertian yang cukup mendalam. Dia pantas menaip bila hati sudah tercuit.

Larra: Jauh mana? Smp beribu km ke?
Shaq: Jauh... smp I kena renew pasport! There goes my RM300!
Larra: Haha... teruklah u ni, Shaq. Duit renew pasport pun nak berkira! So, r u on business trip? Or on vacation?
Shaq: RM300 is still money... registration fee utk open track day di SIC, tau! Haha... Well, I’m on vacation but I’m giving these people here, a LOT of business!
Larra: ‘Here’ tu kat mana? X nak beritahu I ke?
Shaq: U akan tau bila I balik minggu depan.
Larra: Lama lagi...
Shaq: Rindu ke?
Larra: Rindu nak menyakat you! Hehee...
Shaq: Oh... ya ke? I pun rindu nak disakat. Haha. Nnti tggu di basement minggu depan. Meanwhile... take good care of urself, ya? Sediakan payung sebelum hujan... J
Larra: U 2. Not 2 worry. sehari dua ni x ujan kat sini.
Shaq: Berkat doa I sepanjang masa kat sini... sbb kalau ujan, I tak ada kat sana nak payungkan you.

Larra tersenyum dalam debaran membaca barisan akhir ayat Shaqril. Tidak pasti sama ada itu sebahagian daripada gurauan atau memang Shaqril ikhlas menuturkannya. Sesuatu yang boleh disimpulkan di sini, insiden mereka berpayung sama dua minggu lepas bagai mengeratkan lagi dua hati. Sekaki payung pemberian Shaqril sentiasa dibawa ke sana ke mari. Ada rasa indah lagi bahagia mula menyelinap ke sanubari.
Dia mengambil sedikit masa untuk membalas. Entah kenapa, ketandusan idea untuk mencantumkan ayat. Tidak pasti, kata-kata apa yang sesuai untuk menggambarkan perasaannya. Takut jika dia pula terlebih-lebih sedangkan Shaqril cuma bergurau. Atau biarkan sahaja luahan hati Shaqril yang ikhlas itu tanpa balasan?
Akhirnya, dia tidak menjawab sepatah pun. Tidak perlu rasanya memanjangkan perbualan. Memadai dengan maklumat, Shaqril dalam keadaan yang selamat biar di mana pun berada. Cukuplah sekadar mengetahui, kemungkinan yang dia berada di dalam ingatan serta doa Shaqril sepanjang masa. Juga, ada secebis rindu antara mereka!

SHAQRIL pantas log out daripada Facebook di telefon bimbitnya sebelum menerima sebarang balasan daripada Larra. Hatinya berbolak-balik. Dia cuba merahsiakan pemergiannya ke Bandung. Larra tidak sepatutnya tahu, ke mana destinasi dan tujuannya. Namun dalam masa yang sama, dia ingin sekali bertanya khabar. Serasa tidak adil pula, menghilangkan diri begitu sahaja. Kesian Larra kalau dia tunggu aku di basement. Tapi ada kemungkinan ke dia tunggu?
Akhirnya, dia tewas dengan perasaan. Mesej dihantar juga kepada Larra. Dan kemudian, mengakhirinya secepat mungkin. Bimbang jika dia terlanjur menulis bait-bait kata yang mampu menggambarkan kerinduannya terhadap Larra. Risau jika dia gagal mengawal naluri bila Larra sudah menyentuh tentang ‘rindu’ tadi. Sepatah perkataan yang berjaya mengusik sanubari.
Kerana pada hakikatnya, diri sudah lama larut dalam kerinduan yang menyesakkan jiwa sejak hari pertama dia menjejakkan kaki di Bandung. Tidak seminit pun, wajah dan senyuman Larra luput dari fikiran. Gelak tawa dan usikan Larra terus berkumandang di telinga tanpa henti. Bukan sekadar ‘rindu untuk disakat’... tapi lebih daripada itu!

Monday, August 16, 2010

Ramadhan Yang Ke 6

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Berpuasa kpd semua pengunjung blog yg tidak seberapa dan seglamour mana ini. Semoga dapat menjalani ibadah berpuasa dengan sempurna dan mendapat keberkatan dariNYA. Amin.

Sepanjang 6 hari berpuasa... AHA tak tinggal puasa sehari pun. Alhamdulillah... kuat jugak iman dia walapun asyik complaint dahaga, penat dan lapar setiap kali balik sekolah. Sampaikan bila dia tengok monyet yg menggeledah makanan di tempah pembuangan sampah dekat rumah saya tu pun, dia siap cakap "Bestnya monyet tu makan!!" Hahahaha... tak senonoh betul anak saya tuh!!

Hari pertama dan kedua berpuasa... saya cuma masak nasi dan masak air saje... hehe... teruk betul! Lauk2 kami beli drp restoren dan bazaar ramadhan. Hari ketiga... hujan lebat masa balik kerja dan mengakibatkan traffic jammed... sudahnya kami berbuka di luar saje. Hari keempat kami berbuka di rumah mak saya. Sedap mak saya punya nasi ayam... hehe. Dan hari kelima... barulah saya berpeluang untuk masak juadah berbuka (selain drp nasi & air... hehehe) Inilah yg terhidang semalam...



Creamy butter prawn


Chilli Crab


Entah kenapa, terasa nak makan seafood sangat2... tu yg sampai dua dishes saya buat! Huh... tak seimbang langsung permakanan kami semalam!! Tapi tak pe... sedap!! Hahahaha

Wednesday, August 04, 2010

Being 36 + 1

Alhamdulillah... saya masih berpijak di bumi ALLAH ini untuk tahun yg ke 37 pada hari ini. Masih dilimpahi rezekiNYA utk bernafas. Masih diberi peluang untuk menatap wajah2 org tersayang. I feel really blessed with my life. Mudah-mudahan perjalanan saya selepas ini dipermudahkan olehNYA. Amin.


Seawal pagi lagi, saya terima ucapan Happy Birthday dari husband dan AHA. Lepas tu mak saya pulak yg menelefon. SMS demi SMS saya terima. Dan sesampai di ofis dan online FB... berderet2 ucapan di wall saya. Terima kasih byk2 kpd SEMUA yg memberi ucapan dan mendoakan kesejahteraan saya. Semoga anda SEMUA dirahmati ALLAH. Amin. And for the very first time in my life... saya rasa sungguh glamour dan popular la pulak hari ni!! Hahahaha. Frankly speaking, all the birthday wishes really make my day!!


Apa hadiah yg saya terima sempena bertukarnya angka?


Obviously... no expensive jewellery (sejak mencecah umur 30an ni, entah kenapa saya kurang berminat dgn barang kemas), no i-phone, Blackberry, Samsung Galaxy atau sebagainya (saya juga kurang berminat dgn handphone yg hi-tech ni... cukup la sekadar Nokia E66 tu aje...hehe), no Gucci or LV handbag (koleksi handbag jer yg byk tapi isi nye kosong...buat apa, kan? hehe) no Ferragamo shoes (because there's no sale...hehe) no new car (been longing for the Audi A4 or the Golf GTi... but then again, I'm not marrying a millionaire...hehe). So what do I get?!


Inilah dia hadiah untuk saya sepanjang bulan August...bulan hari jadi, bulan Ramadhan dan bulan kemerdekaan... hehe

Pakej Rawatan Aura Spa

Salt foot bath

Sauna

Body Scrub Green Tea

Body Mask Coffee

Body Polish Aloe Vera

Milk Bath

Manicure

Pedicure

Facial treatment

Hair treatment

I guess, it's not easy being 37. Memandangkan sudah terlalu banyak 'damage' kebelakangan ni kot... tu pasal saya perlu di 'overhaul' agaknya.... hahaha.

Tuesday, August 03, 2010

Proud to be her sister...

Semalam 2 Ogos 2010, saya menghadiri Istiadat Konvekesyen UM di Dewan Tuanku Chanselor sempena meraikan kejayaan kakak sulung saya yg telah memperolehi doctorate. And with tat, akan ada pangkat 'Dr.' di pangkal namanya utk setiap urusan rasmi selepas ini. Alhamdulillah... so happy for her!!

I know how much it means to her... after all her hard work and effort... bertungkus lumus untuk menyiapkan thesis dan dalam waktu yang sama, masih bekerja sebagai Pensyarah... plus being a wife, a mother of 3 kids, the eldest daughter of 3 (kami hanya 3 beradik shj)... mmg dia memikul tanggungjawab yg lebih besar dan berat. Semestinya satu cabaran yg hebat dan akhirnya rezeki dan kejayaan tetap berpihak pada dia.

And as the youngest sister, I have all the reasons to be proud of her and think highly on her. Kakak saya ni mmg dari dulu rajin belajar (tak macam adiknya yg sorang nih...) Dia menuntut sampai ke USA (sedangkan saya setakat di KL ni aje...) She's the homely type and innocent... (kontra sungguh dgn adiknya yg suka sgt ber'gathering' dan bersosial sana sini...hehe). She's also the best cook among 3 of us. Kepandaian dia memasak setanding dgn emak saya... (dan jauh sngt la bezanya kalau nak dibandingkan dengan saya!! hehe) Kerana itu saya tak pernah cemburu atau mempersoalkan kenapa dia menjadi anak hatta cucu kesayangan pun... yup... she has all the good qualities.

Congratulations again Along!!













P/S: Di waktu kakak saya sibuk menyiapkan thesis yg bertajuk Malay Home Ownership: An Assessment Study of High Income Groups in Shah Alam, Selangor... saya juga sibuk menyiapkan MK & KT... :)

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...