Followers

Monday, January 30, 2012

APD's lolichoc...

Inilah dia lolichoc berimej cover APD yg saya jadikan cenderahati kepada semua pembeli/pembaca yg telah datang menemui saya semalam; Ahad 29 Januari 2012 bersempena Karnival Karangkraf yg diadakan di Seksyen 15, Shah Alam.

Kepada yg datang beramah mesra dgn saya, menghulurkan APD untuk ditandatangani, saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan semangat anda mengharungi kesesakan lalu lintas dan lautan manusia untuk sampai ke booth Grupbuku yg di bawah rimbunan pokok rhu itu. Untuk anda semua, selamat membaca APD sambil makan cokelat ya...:)

Dan kepada mereka yg tidak dapat menikmati lolichoc ini mahupun membeli APD sepanjang festival berlangsung... saya mohon maaf byk2. Bukan saya tak nak bagi lolichoc tu, tapi saya dikhabarkan yg APD sudah kehabisan stok!! *Alhamdulillah*

Walau apa pun, saya berharap agar anda tidak putus harapan... teruskan pencarian APD di kedai2 buku berhampiran anda, k?? :)

0 say you... say me:

 
Copyright (c) 2010 when Hezzy Azra writes.... Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.