Friday, December 28, 2012

SRV- Petikan 2

Hah... pagi Jumaat minggu lepas, manuskrip kelima saya ni masih takde tajuk lagi. Saya cuma diberitahu tajuknya pada petang Jumaat tu.

So apa tajuknya???

Diumumkan bahawa... tajuk novel terbaru saya adalah.... jeng...jeng...jeng...
SRV!!!
Apa itu SRV??? {Sexy, Ravish & Vogue} hahhahaa

Jom layan petikan kedua SRV saya ni... enjoy!!!


“Raina… bill please!” Jeffri menggamit tangan memanggil Raina yang sedang membantu Yu Shan menyusun kek dan pastri di dalam almari berkaca.

Raina bergegas ke kaunter juruwang.

“Eh… ni kafĂ© layan dirilah. Pergi bayar sendiri kat kaunter tu. Mengada-ngada betul kau ni,” tegur Emir.

Bukan mengada. Tapi aku dah biasa dengan Raina,” jawab Jeffri selamba.

Tatkala itu juga Raina tiba di tepi meja dengan bil yang diletakkan di atas piring.

“Tak gitu Raina?” usik Jeffri sambil memandang gadis itu.

“Apa, encik?” Raina yang tidak tahu hujung pangkal, menyoal dengan hairan.

“Kita kan dah biasa.” Jeffri tersengih.

Raina tersenyum memandang pelanggan tetap yang mengunjungi Kafe Boraque itu selang sehari. Timbul akalnya untuk mengusik melihat sengihan Jeffri. “Kalau dah biasa, lepas makan encik kena hantar pinggan kotor ke dapur,” jawabnya masih dalam senyuman.

Sebaik mendengar kata-kata Raina, Jeffri melambakkan tawanya. Rasa lucu dan tersindir dengan gurauan gadis itu. Emir yang menjadi pendengar dan pemerhati juga tidak dapat menahan rasa geli hati. Dalam tawa, dia memandang wajah Jeffri dengan pandangan ‘hah… padan muka kau, Jeff!’ Kemudian, matanya menyorot ke wajah gadis yang telah berjaya mengenakan sepupunya. Begitu selamba gadis yang bernama Raina itu.

“Terima kasih, encik. Jemput datang lagi, ya.”

“Esok I datang lagi… tolong cuci pinggan,” gurau Jeffri.

Raina tersengih dan beredar meninggalkan keduanya.

“Comel budak Raina tu, kan?” puji Jeffri setelah Raina kembali ke kaunter dan dia sudah pun bangkit dari kerusinya.
Emir juga turut bangun. Mencapai buku yang dibawanya sambil menoleh sekali lagi ke wajah Raina. Memang comel budaknya. Lebih-lebih lagi senyuman manisnya yang punya satu daya tarikan tersendiri.

“Sedar-sedarlah sikit diri tu. Kau tu dah kahwin. Anis tu pun dah cukup comel untuk kau.”

“Mestilah Anis comel… sebab dia bini aku. Tapi aku boleh pasang empat, apa?” Selamba Jeffri menjawab sambil tertoleh-toleh ke arah Raina walaupun mereka sudah tiba di muka pintu.

Ada hati nak pasang empat? Daripada jadi isteri kau, lebih baik jadi isteri aku!” sanggah Emir.

Jeffri tergelak kuat. “Oh… kau pun berminat juga rupanya.”

Emir hanya ketawa sebelum mereka berpisah ke haluan masing-masing dan berjanji akan berjumpa lagi… di Kafe Boraque sekali lagi.

No comments:

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...